Sejak balik dari Jitra, angan2ku semakin memuncak. Walau yang nampak haritu hanya sekeping tanah kosong.. hehehh. Tapi sebab duk kaji plan rumah yg dah dapat kelulusan tu, maka saban masa terluang akak pun asik kerja mem'browse' je lah.. Tak sedaq banyak lagi benda belum masuk kotak dan bertabur lagi esp yg kat dapur tu. Mana nak masuk, ada the last RV of the year nak dibuat dan deliver pada 15 hb nanti. Hat tempahan lain memang akak dah tak sanggup buat.. no feel anymore! Takut kalau memaksa diri, macam2 kesilapan dibuat nanti.
Apa yg akak browse tuuu? Hehehe... dah tentu cari design dapur yang menepati citarasa. Walau tak tentu dapat approval dari 'boss', bolehlah juga try2 diutarakan nanti. Yang penting konsep rumah termasuk dapur adalah modern dan minimalis. Sesuai dengan jiwa ni. Sederhan serba serbi.
Akak berangankan dapur je.. Bahagian lain biar encik boss yg fikir. To be specific, akak fikir kitchen appliances macamana yg sesuai dengan dapur yang sederhana besar tu nanti. Adalah tengok jenama Elba, Teka, Zanussi & Electrolux. Memang seronok tengok gambar oven, hob, hood, microwave, etc tu. Hari tu abe dah macam berkenan dengan induction cooker, tapi akak kata tak suka. Bukan apa, memang la cantik dan elegen. Cuma akak tak syok kalau masak guna elektrik. Dulu kat Bahrain dah rasa, walau bukan jenis induction. Lagi pulak, jenuh nanti bil nye.. ye dak? Konon2 nak berjimat cermat ;) Pastu abe kata "Alhamdulillah.....". Hahaha dalam hati 'selamat duit aku'..
Kalau selalunya orang letak asing hob dan oven (dan itu pun citarasa asalku), akak baru je tukar fikiran. Untuk jimatkan ruang, kena guna dapur yg ada oven tu, macam sekarang ni. Macam gambar bawah ni. Sila fokus pada oven dan dapur masak je ye.. Yang lain2 tu tak masuk lagi dalam ini topik.. hehe. Kalau tade bajet, akak perosok kan je dapur lama zanussi akak tu... alamak! :P
Apa yg akak berkenan kat dapur ni ialah konsep warna dan meja kecik yg empat segi tu. Meja tulah idaman akak.. mesti mau cari!
Apa2pun, tak taulah apa hasilnya nanti.. Dah namanya pun angan-angan... :P
Note: gambar2 ihsan google..
Salam.. Nak tny kat jitra ada jual ke hood n hob jenama zanussi? Kat mana ye?
ReplyDeleteWaalaikumussalam... tak ingatlah di Jitra ni.. ada di sesetengah kedai letrik tapi tak banyak pilihan.. Kalau pegi ke mana2 home exhibition selalu ada je..
Delete