Pages

Monday, May 27, 2013

Saat Di Duga...

Petang tadi saya berpeluang melawat kawan lama di kampung... Kawan masa sekolah rendah. Kawan baik yang juga 'rival' dalam pencapaian di sekolah rendah sebelum masing2 bersekolah menengah dan melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza.. Kawan yang dulunya sama2 denganku mencari tebu di tepi estet berdekatan rumah neneknya, pada lewat petang selepas pulang dari sekolah agama. Lepas tu merangkak saya di bawah pagar estet nak keluar dari kawasan tu.  Hehe... nostalgia indah budak kampung.. Dah bertahun2 tak pernah berjumpa di kampung ni.

Hari ni saya mengunjungi dia setelah mendengar berita menyedihkan. Pemergian anak sulungnya ke Rahmatullah. Perjanjian Allah untuk si anak menikmati kehidupan di dunia ini telah tamat semalam.

Kehilangan insan tersayang adalah ujian yang besar untuk yang masih tinggal di dunia. Tidak kira bagaimana caranya pun. Namun, bertemu kawan ini, membuat hati lega. Awalnya bimbang juga kalau saya disambut dengan emosi. Bimbang saya hilang kata2 kerana saya memang jenis tak pandai nak berbahasa secara lisan. Kawan saya sangat berilmu tinggi. Lantaran jawatannya pun tinggi sebagai guru di sekolah. Apabila bertemu insan sebegini, kita akan dapat menilai betapa pergantungannya kepada yang Maha Pencipta itu adalah yang maksimum! Reda ibu adalah yang terbaik buat anak yang pergi. MasyaAllah... Alhamdulillah..

Buat kawanku Rozita, semoga terus tabah menghadapi satu kehilangan. Apapun perasaan yang sedang menerpa, ianya adalah milikmu dan hanya kau yang tahu rasanya. Kudoakan Allah sentiasa merahmati roh anakmu dan memberi 1001 kekuatan buat dirimu dah seluruh ahli keluargamu. Amin.


Monday, May 20, 2013

Aktiviti Hari Hujan

Alhamdulillah... sejuk sikit hari ni. Sampai ke malam. Jadi, malam ni aircond bilik bolehlah berehat. Dulu, sebelum duduk sini saya tak pakai pun aircond. Kat Bukit Jalil, kawasan saya tinggal dulu, agak sejuk dan redup. Mungkin sebab berdekatan taman rekreasi yang penuh dengan pokok2. Pasang kipas pun tahap2 medium je. Di Jitra ni, saya rasa sedikit panas walau banyak pokok juga..

Setelah berminggu2 panas, nak bangun tidur pagi tadi hujan mula mencurah turun. Sedapnya kalau dapat terus tidur kan.. Tapi, anak nak sekolah pulak hehe! Sampai tengahari juga kiranya hujan tu. Walau hujan, saya keluar rumah juga.. jalan2 ambik angin kaedahnya! Peluang ni suka saya ambil bila abe takda di rumah. Tak payah nak masak.. Untuk Fawwaz, mak treat dia dengan spaghetti carbonara tapau dari Pizza Hut. Memang makanan no.1 dialah.. Satu bekas makan sendiri dengan penuh selera. Aksesori je untuk mak. Takpelah.. memang beli untuk dia pun. Mak dah kenyang makan nasi lemak sedap dari simpang 3 tu.

Sebelum tu, ingat nak shopping kain raya kat Nagoya. Keciwa teramat sebab sale habis semalam. Padahal dah tau.. tapi sebab takde kelapangan dan mood ke Nagoya sampai semalam. Hari tu dah pergi tapi tak sempat nak rembat. Konon2 nak beli banyak. Postpone punya postpone, terus tak jadi beli. Nanti kalau dah hilang keciwa, baru datang lagi.. Beli dengan harga biasa.. huhuhu.

Untuk mengubat bosan, saya pun melawat kedai jual pelbagai produk kosmetik dan kesihatan keluaran tempatan. Walau tak semeriah kedai Kassim Kadir di Sungai Besar tu, kedai yang ni pun boleh kata macam2 ada.

"Kak nak cari apa?"  Sapa pembantu kedai.
"Takde apa.. saja masuk nak tengok apa yang ada..". Pembantu kedai tu pun membiarkan saya membelek-belek barang. Saya suka cara tu. Takdelah kita terganggu kalau dia mengekor je.

Akhirnya, saya pun terpegang lipstick dan 2-way cake foundation. Kan dah dapat... hehehe! Rupa-rupanya memang dah lama tak beli lipstick ni... Sejak dah tak bekerja, hidup di luar negara, saya dah jadi tak heran akannya. Lipstick, eyeliner, mascara, eyeshadow... ada takpe, takde pun takpe. Tapi kebelakangan ni saya dah mula tukar stok. Takut terpakai yang dah expired... hehehe!

Lipstick Collagen D'Herbs... 
kot2 boleh buat bibir akak serupa macam Watie Sadali, model lipstick ni... :P
 Kihkihkih... rupanya perasaan tak sampai...



Sunday, May 19, 2013

Progress Baiti Jannati

Progress rumah comel kami setakat ni... Alhamdulillah. Agak cepat progress nya dalam jangkamasa 1 bulan setengah. Bermula dari 1 April lepas... Sehingga semalam, rangka bumbung dah naik. Tapi sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat seperti siapkan bumbung, wiring, plaster dinding,  simen lantai, tiling, porch, pagar, taman... aishhh banyak laaa... hehehe! Target siap dalam perjanjian pun 6-8 bulan. Tapi kalau lagi awal, lagi bagus... Bagusnya kontraktor ni ialah pekerja yang ramai. Ada masa sampai 7 orang dan kebiasaannya 4 orang. Bilangan tu dah cukup la kot untuk saiz rumah yg dibuat..



Friday, May 17, 2013

Cerita Atsuhime Dah Habis..

 

Akhirnya tamat juga cerita Jepun Princess Atsu di TV AlHijrah tu. Setiap hari tak boleh terlepas. Ditambah dengan en abe yang sama bersemangat nak menonton sama. Kalau dia adalah... Maklum, kejap ada, kejap takde.. hehe.  Cerita ni pun sebenarnya entah berapa kali ulangan. Tapi baru ni sempat nak tengok.

Hari ni kejap saya menangis, kejap senyum sorang2. Namanya menghayati... hihi. Babak yang buat saya tersengih sama macam Atsu/Tenshoin tu ialah bila mak dia datang melawat anaknya tu. Memang perempuan2 Jepun dulu, sekali kawin terutama dengan orang2 besar, takkan balik semula ke pangkuan keluarga kot. Sekali dia letak nama keluarga suami, sampai matilah dia kat situ. Baru betul peribahasa melayu buang mak buang saudara tu... Senyum sekali lagi bila bekas orang2 kanan dan dayang2 nya datang melawat juga...

Babak ikut sama menangis bila sahabat dari kecil yg juga admirer dia Komatsu (Naogoro) mati.. Baru umur 36 tahun. Seksa betul rasanya dalam jiwa tu. Kira macam nyawa dia juga si Naogoro tu. Hairan juga, masing2 mati muda. Dari Iesada, shogun ke-13 (suami dia) mati umur 33, shogun ke-14 Iemochi (anak angkat dia) lagi mati muda, dan lain2. Mak dia je mati umur 60. Atsu pulak mati umur 49. Agaknyalah, hidup penuh stress, penyakit yg tak disedari... Orang Jepun kan kuat bekerja..

Shogun Tokugawa ni masa sekolah dulu adalah masuk dalam topik sejarah. Tak ingat masa tingkatan berapa. Tapi, memang hebat bila di dramakan. Walau mungkin ada tokok tambah cerita nak bagi dramatik, ianya sungguh tak membosankan. Nampak perubahan muka dan tingkahlaku Atsu dari zaman remaja sampai ke tua. Tukang make up pun akak puji sama.  Tulah namanya bila suka bebenor.. Lagi suka bila tengok kimono yang cantik2 dan penggayaannya. Kekadang abe tergelak bila akak ni tiru2 gaya perempuan Jepun berkimono berjalan. Ala2 kepit peha gitu... Hadohh!!!

Harap2 lepas ni tak terikat dengan cerita pandang ke timur lagi. Hehe... padahal lepas tengok Jewel in the Palace dulupun cakap gitu. Susah nak keluar petang hari. Apa2 aktiviti pun kena buat selepas pukul 3:30 ptg.

Wajah sebenar Atsu

Kesimpulannya, dalam membentuk satu negara yang kuat dan disegani, memang akan berlaku banyak pertikaian, percanggahan pemikiran, pelbagai jenis hukuman, malah pertumpahan darah.. Dan kumpulan yang berpandangan jauh dan bencikan kekerasan selalu menang di fikiran rakyat. Menjadi sejarah yg paling manis.. 


Sambungan...

Bila Fawwaz balik semalam, mak pun tanya kenapa menangis? Dia jawab dengan cara dia.. "Fawwaz don't cry... sit down..". Mesti dia mengajuk apa cikgu cakap. Tapi baliknya agak ceria. Dan perilakunya pun agak baik berbanding 3-4 hari sebelum ni.

Petang semalam bila Fawwaz beriya2 menyuapkan jelly kat mulut mak ni berulang kali, terharu pulak rasa. Walau jelly tu bekas dia makan yang tak habis, mak telan je. Untuk tunjuk kepada dia yang mak menghargai suapan tu. Nanti bila mak dah tua, suapkanlah selalu sebagaimana mak suapkan dia makanan saban hari.

Beberapa jam yang lepas saya membaca tulisan Saiful Nang, photographer tersohor tu. Sebelum ni saya tak berapa kenal dia walau karyanya sangat hebat dan banyak mengambil gambar golongan dan majlis yang hebat termasuk di istana Sultan Brunei. Rupa-rupanya Saiful masa kanak-kanaknya adalah disleksia. Kategori pelajar corot zaman sekolah rendah dan bangun ketika masuk ke sekolah menengah hingga menjadi pelajar terbaik SPM.

Indahnya dan hebatnya hikmah Allah.. Dan pastinya kesedaran tuan punya badan untuk berusaha dan mengambil cemuhan sebagai cabaran.

Sebab itu sebagai mak, saya berusaha untuk tidak memandang rendah kepada kebolehan anak yang memang masuk dalam kategori lambat ini. Begitu jugalah pemikiran abinya. Namun kadang2 saya lupa, mengeluh, keliru, dan memarahinya bila hilang kesabaran. Seringkali juga hilang semangat juang. Untuk mengelakkan perasaan itu, setiap apa jua perlakuannya saya cari yang positif. Misalnya, dia melukis gambar monster atau apa2 binatang mengikut imaginasinya tu, saya puji dia dan memikirkan dari sudut kreativiti. Saya tak terlalu tekankan dia untuk maju dalam sekejapan. Begitu juga yang diingatkan oleh abinya. Biar dia membesar tanpa tekanan terhadap otak dan mindanya. Dan, Saiful Nang itu boleh dijadikan contoh. Malah beberapa orang kawan juga menasihatkan supaya bersabar dan jangan terlalu memikirkannya. Kerana pengalaman mereka juga lebih kurang sama waktu anak mereka diusia ini.

Dan sekarang, dia boleh mengagak sendiri hari2 abi ada di rumah ni. Dia dah faham jadual abi. Bermakna, dia alert dengan pergerakan harian kami.. Langkah seterusnya ialah membolehkan dia 'membaca' jam..


Thursday, May 16, 2013

Cerita Hari Guru

Selamat Hari Guru buat rakan2 ku dan semua guru di luar sana! Thank you for everything!!

Pagi ni di sekolah Fawwaz pun ada sambutan hari guru dari pagi hingga tengahari. Macam biasa Fawwaz yang bersemangat nak ke sekolah sebelum tidur, bila bangun terus cakap 'no skolah!'. Namun berjaya juga mak ni bawa dia ke sekolah on time.. Cuma, bila tengok ada kawan2 macam nak beraya pakai baju melayu, dia pun teragak2 nak melangkah ke kawasan sekolah. Puas juga memujuk dan lega bila dapat tinggalkan dia.

Maka mak ni pun teruskan perjalanan ke Padang Sera untuk buat delivery ke sebuah sekolah rendah. Tak dapat juga jumpa empunya kek sebab sibuk dengan upacara kot. Wahh.. meriah kan. Sana sini guru meraikan dan diraikan. Kek tu dipesan oleh seorang anak kepada ibunya lah tu.. Alhamdulillah.

Balik dari buat delivery dan meronda2 di kedai tiles dan perkakasan rumah, sampai rumah pula buat tugas selanjutnya... Tiba2 dapat message pasal anak yang sorang tu. Menangis dan sedang ditenangkan. Mak pun sebenarnya tenang walau dapat membayangkan gaya dia menangis dan meronta tu. Mesti ada yang tak kena kalau dia buat perangai kat sekolah. Tapi sebab takde berita selanjutnya dari cikgu, mak anggap OKlah semua tu. Cuma abi nya je yang risau. Nak juga pergi tengok. Terpaksa mak ni ikut. Cikgu pula tak dapat dihubungi. Rasa nak bergaduh je dengan abi yang berkeras nak tunggu, walau dah tengok anak tu dari jauh elok je beratur... Adohhh... macam tu lah.

Mujurle dapat juga jumpa cikgu lain dari pagar tu. Dapat cerita sebenar.. Yelah, bukan semua orang faham kerenah anak yang satu tu. Dia tak boleh dipaksa. Tapi dia akan ikut sendiri kalau kawan2 buat. Kalau kita arah dia macam2, memang dia akan buat hal. Mengarahnya kena ada teknik yang hanya orang tertentu tau... yg dah biasa dengan dia.. hehehe! Maaflah cikgu ye... sabor je lah cikgu ye. Kadang2 mak yang hari2 mengadap dia ni pun tak berjaya.  Entahlah... memang nak jadi ujian Tuhan buat kita. Dan kuncinya ialah SABAR dan DOA yang berpanjangan.


Sunday, May 12, 2013

Ibu yang sering di uji... :)

Hari ahad tanpa abi merupakan hari yang mencabar ummi Fawwaz.. Yelah, nak kena pergi sekolah cepat sebab setiap ahad kena join abang2 dan kakak2 berhimpun di dewan. Kalau hari biasa boleh berlenggang kangkung sebab masuk pukul 8 pagi, hari ahad kena hadir seawal 7.30 pagi. Si anak tak boleh digesa2 atau paksa, nanti sekali dia meragam, boleh jadi huru hara. Kalau ada abi dia, semua akan lancar saja. Itulah kuasa seorang bapa. Tanpa suara. Cukup sekadar kehadirannya...

Tapi mak ni tak boleh putus asa. Senjatanya ialah kesabaran dan doa saja. "La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin".. 

Pagi ni dah pukul 7.30 baru dapat keluar pintu. Pakaikan baju seragam yang penuh keceriaan tu pun bila dah sampai depan pintu pagar sekolah. Sebab asalnya tak mau pakai. Tak mau sekolah. Ikutkan ajalah asal mau keluar rumah, masuk kereta dan sampai depan sekolah. Selepas itu, akan jadi mudah.. Boleh tersengih2 nak masuk perhimpunan tu. Macam2 lah perangan anak yang sorang tu.

Seronok bila masuk kawasan sekolah zaman sekarang ni. Tadi, bila masuk je, terdengar guru bersoal jawab dengan anak2 murid tentang bulan Rejab. Kadang2 terdengar mereka mendendangkan zikir asmaul husna.. membaca ayat2 Al Quran, dan lain2. Pendekata, guru2 kena menanamkan ilmu kerohanian terhadap anak2 didik sebaik mungkin. Memandangankan dunia kini dan akan datang semakin mencabar. Itulah juga peranan kita sebagai ibu bapa ni. MasyaAllah, semoga Allah mempermudahkan tugasan kita ini.

Saya ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU buat semua. Kita adalah ibu dan kitalah juga guru sebenarnya.. BUAT IBUKU, AL-FATIHAH buat mu. Semoga Allah merahmatimu di dunia dan akhirat.



Wednesday, May 8, 2013

Sunyi...

Sunyinya bila Fawwaz tidur awal.. Pukul 8 lebih dah lelap kat atas sofa. Hari ni pulak memang dia kurang ceria. Tak terkinja2 macam selalu. Malam semalam tidurnya mengigau. Bila ditanya sakit perut ke? Dalam mamai dia jawab "no... sakit mulut". Umminya pun masa tu mamai... sampailah ke pagi. Lega bila dia OK dan mau ke sekolah.

Balik dari sekolah dia tak berapa ceria. Tapi minta juga "small kitkat". Hari2 pau mak dia kitkat. Sedap sangat ke?? Main game pun tak sepenuh perasaan macam selalu. Main kejap, lepas tu dia tinggal. Tak kisah pun mak dia melepak depan FB. Dah petang dia kata mulutnya sakit. Memang dia selalu sakit mulut kan.. Nak makan pun susah, sakit. Nak cuci muka tak boleh kuat2, nanti terkena part yg sakit. Mak ni syak gigi dia sakit. Atau dinding mulut terkena gigi yang tajam tu. Susah nak periksa sebab tak pernah dapat kerjasama. Saban hari mak ni gosok gigi dia dengan jari dan towel je. Tu pun kena cepat2 sebab kena tepis sini sana. Kalau terkasar, mulutnya akan berdarah.. tu yang mak kalah.

Alahai... mak pun tak seronok kalau anak tak ceria. Mak pun tak semena2 jadi lemah lembut..hehe. Nak rehat jugak lah macam ni...



Tuesday, May 7, 2013

Hentikan Semuanya...

Semakin bosan dengan wall FB akak. Tapi apa nak buat... Dah kenkawan semua tengah kehangatan dengan cerita pilihanraya. Sebelum pilihanraya dan selepasnya pun isu tetap sama. Namun akak cuba berlapang dada.. atau lebih tepat kalau tak suka, jangan dibaca. Kalau orang yang agak2 tak penting dan tak pernah ada kaitan, senang cerita buang je terus. Paling tidak block newsfeed dia je dari masuk wall kita. Jadi hati tak sakit...

Sebolehnya tak mau mengulas atau share benda2 berkaitan politik tak kira dari parti mana. Tapi jari ni laju je nak menaip bila terbaca keluh kesah rakyat Malaysia ni. Sampai tahap macam tak bersyukur langsung dengan nikmat Allah ni. Saya lemas dengar orang komplain itu ini. Entahlah, mungkin pemikiran saya tak sampai tahap orang lain. Saya hanya fikir dan doa agar rezeki saya seisi keluarga tidak terputus. Rezeki dalam bentuk apa saja. Kotaknya kecik je.. Tu pasal aku tak jadi jutawan. Entah kuasa minda yg macamana, saya tak boleh nak fikir sangat pasal duit dan kekayaan. Bila nak fikir, ianya akan terbantut. Paling2 kalau nak bersuara pun pasal makanan tak sedap (tapi kena jugak makan), jalan jem atau kawasan kotor.

Yang terkini isu perkauman. Kadang2 saya terfikir juga yang melayu ni menjadi punca timbulnya isu. Tapi kadang2 ada benarnya kalau kaum yang satu lagi pun begitu. Lebih2 lagi lepas baca tulisan orang2 bangsa mereka juga yang tidak sealiran. Yang satu lagi kumpulan melayu pula lebih mengagungkan kaum tu kerana tak sealiran dengan melayu ni. Aishhhh... pening aku! Sudah2 la tu... Apa2 pun bersederhanalah... jangan taksub dan jangan benci keterlaluan. Kerana bila berlarutan, sukar diperbaiki. Agenda syaitan dan iblis yang menghasut dari sudut yang kita tak nampak ni pun, nampaknya berjaya dengan cemerlangnya. Manakan ada sang iblis tengok sesama Islam hidup bersatu tanpa sengketa?

Saya nak ingatkan diri sendiri, sentiasa cuba untuk bersangka baik kepada sesiapa pun. Walau adakala ada bisikan jahat menerjah masuk, istighfar cepat2. Orang kata, musuh jangan dicari.. Akan sentiasa mendoakan keamanan dan kesejahteraan Malaysia.. dan seterusnya anak dan keturunan yang bermoral tinggi untuk selamanya.

I LOVE MALAYSIA!!

Monday, May 6, 2013

Hepi Besday Abe...


Syukur Alhamdulillah... segalanya sudah selesai. Pilihanraya dah berlalu semalam. Tinggal nak post mortem dan move forward. Muhasabah dan kerjalah dengan penuh berhemah wahai para YB semua. Walau akak kesal, malu dan sedih sebab semalam akak terpaksa menjadi warga yg tidak bertanggungjawab, hanya doa yang berpanjangan menjadi usaha akak. In sha Allah, Tuhan itu maha pendengar luahan hati hambaNya. Sebagai hamba, saya hanya mahu hidup dalam keredhaanNya.. Saya mohon supaya Dia lindungi negara ini dari segala ancaman. Moga2 anak dan keturunan akak sentiasa di dalam lindunganNya di masa akan datang. Risau, bimbang... akhlak yang bagaimanakan bakal menjadi pilihan keturunan kita nanti supaya kita tidak mendapat sahamnya. Dan lazimnya, akhlak anak itu adalah gambaran diri kita juga.

Mmm... berhenti seketika cerita pasal pilihanraya...


Yang penting, hari ni ialah birthday hubby a.k.a abe yang ke 56. Dah warga emas. Tapi akak jauh muda lagi...hehehe!! So, kali ni dah tak mau baking kek utk dia lagi. Sebab dia jaga kesihatan, kurang makan manis kononnya.. cuma air minum je nak manis selalu. Boleh...? hahaha. Tapi bermula pagi tadi, dia dah mula minum air pahit herba tu semula.. Jadi, akak sediakan pulut kuning je. Yg sebenornya, akak yg teringin makan.

Selain meraikan harijadi abe, raikan sekali kemenangan BN.. di Parlimen dan negeri Kedah ni. Untuk kali ni, Allah makbulkan doa kami.. Di masa akan datang, belum pasti. Harapan akak lepas ni ialah penyatuan orang2 Melayu dan Islam. Bergabung menjadikan Islam kuat di bumi Malaysia ni. Kuat bukan untuk berperang. Tapi meningkatkan ekonomi yang berlandaskan Islam. Menjauhi kerja2 fitnah dan perkara2 yg meruntuhkan moral. Melaksanakan undang-undang Islam dengan lebih baik dan terus memberi kefahaman kepada yang tidak faham. Supaya orang tidak memandang rendah atau mempermain2kan apabila disebut perkataan 'hudud'. Harap2 yg diberi mandat sentiasa peka dan tidak leka.

Eh! Tadi kata tak mau cerita hat yg macam ni... hehehe!


Saturday, May 4, 2013

Muscle Tension dan Ujian Hari Ini..

Sejak awal pagi akak mengalami muscle tension yakni sakit kat urat leher ni haa.. Tak boleh menoleh sangat. Tunduk pun sakit. Sapu yoko yoko pun tak reda. Letak pulak salonpas yg entah dah expired tu. Duk terbayang tukang urut je ni... Sedapnya kena urut. Walau dah lama teringin, tapi tak jugak2 panggil. Memang agak lemau di situ...

Hari ni juga penuh cabaran terutama bila masuk maghrib. Anak bujang yg sorang ni lah.. Sebab dah berhari2 tahan diri dari buang air besar (habit), maka hari ni perutnya tak sedap la kot. Dah simpan banyak toksin dan berangin. Dia kata sakit perut. Makan pun x berapa selera. Dapat minum susu, terus muntah.. Nasib baik sempat masuk toilet. Seharian buka pakai seluar. Tak selesa perut sambil menahan.. Puas dah mak membebel marah. Klimaks nya, maghrib tadi adalah 4 kali kot mak ni terpaksa batalkan air sembahyang sebab kejap2 dia masuk toilet. Tercicir kat tangga pulak. Dah nak pakai telekung pun buka balik.. Nak menangis saya. Mujur sempat juga solat. Tapi rasa tangan nak kembang duk main air je.

Bukan banyak dan selalu pun tercabar kesabaran ni. Kadang2 je... Maknanya Allah tak bagi kita leka. Ingat boleh senang lenang dengan anak satu je? Orang anak 5 pun tak tentu rasa pengalaman kita. Sekurang2nya, dialah yang menggembirakan hidup di sepanjang waktu. Anak inilah yang banyak mengajar saya erti sabar, rindu dan perasaan sebenar ibu. Sejujurnya, saya sendiri pun bukanlah anak yg baik terhadap ibu sebab tak rasa dibesarkan ibu. Sedarnya saya tatkala malam diwaktu kecil2 dulu ialah nenek, datuk dan pakcik makcik yang tidur sekali dalam satu kelambu yang panjang. Kadang digendong menggunakan kain lepas berwarna merah jambu di belakang nenek, takpun salah seorang makcik. Saya dah mula ingat tu. Tapi, bila ada anak ni, saya tak salahkan mak saya, malah semakin mengasihi dia. Kerana, setiap ibu pasti menyayangi anak2nya. Cuma, mungkin keadaan yang tak mengizinkan untuk menzahirkannya.

Eh.. tetiba lak akak nak emosi. Sebenarnya terasa bersalah kerana memarahi Fawwaz tadi sambil hati rasa nak menangis. Istighfar istighfar... jangan kata2 buruk mak menjadi doa buat anak yang suci ini.

hasil lukisan Fawwaz siang tadi... :D


Friday, May 3, 2013

Melawat Ladang Anggur


Letaknya di Tasik Beris, Sik, Kedah..

Sabtu minggu lepas, abe bawa saya menyusuri beberapa daerah di negeri Kedah ni. Sambil melihat bendera2 Pas dan BN berkibar2. Yang akak duk terfikir2, banyak benor replika kereta kebal. Agaknya ambik semangat Lahat Datu kot... Mujur ada jugak jumpa kapal dah hujung2 tu.

Dari Bandar Darulaman exit ke Kepala Batas. Ikut jalan dalam, terus melalui daerah yang saya tak pasti, singgah sarapan di Pokok Sena, sesat sikit2 sebelum menemui signboard ke Naka, seterusnya baru jumpa Sik. Beria benar set GPS, tapi masuk jalan lain. Mujur benda tu tak menjerit! hehe.... Yelah, kalau GPS dah tentu kena ikut highway yg kurang mencabar minda.

Boleh tahan jauh juga dari Jitra ke Sik. Melalui perkampungan yang kukira masih 'dara' tetapi jalan raya sangat cantik. Itulah Malaysia. Walau di pedalaman, jalannya tetap elok. Sik ni terasa jauh sebab kami lalu jalan dalam, bukan highway kot. Sebab bila balik, exit melalui Gurun, sekejap je rasa perjalanan.

Tasik Beris tu boleh lah tahan cantiknya. Tenang... cuma tak berapa banyak aktiviti pelancongan yang berjaya nampaknya selain dari ladang anggur yang tak berapa besar tu. Ingat nak pi tengok ostrich pun, macam takde je... Apa2 pun, boleh tahan ramai orang melawat ladang anggur tu...



Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja


Selamat hari pekerja kawan-kawan! Dah nak masuk 6 tahun saya tak bekerja makan gaji. Semakin hari semakin luntur semangat nak bekerja tu. Beberapa tahun dulu masih teguh keinginan tu. Tapi saya terpaksa mengalah pada situasi yang sukar diluah melalui kata-kata. Biarlah hati ini yang menyimpannya buat selamanya.

Meninggalkan dunia pekerjaan mengajar saya untuk lebih bersabar dan bersyukur. Fikiran kena sentiasa positif dan tidak terlalu terikut-ikut dengan godaan duniawi. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki ku dan suami yang sentiasa bertanggungjawab terhadap kami. Amin.