Pages

Friday, May 17, 2013

Sambungan...

Bila Fawwaz balik semalam, mak pun tanya kenapa menangis? Dia jawab dengan cara dia.. "Fawwaz don't cry... sit down..". Mesti dia mengajuk apa cikgu cakap. Tapi baliknya agak ceria. Dan perilakunya pun agak baik berbanding 3-4 hari sebelum ni.

Petang semalam bila Fawwaz beriya2 menyuapkan jelly kat mulut mak ni berulang kali, terharu pulak rasa. Walau jelly tu bekas dia makan yang tak habis, mak telan je. Untuk tunjuk kepada dia yang mak menghargai suapan tu. Nanti bila mak dah tua, suapkanlah selalu sebagaimana mak suapkan dia makanan saban hari.

Beberapa jam yang lepas saya membaca tulisan Saiful Nang, photographer tersohor tu. Sebelum ni saya tak berapa kenal dia walau karyanya sangat hebat dan banyak mengambil gambar golongan dan majlis yang hebat termasuk di istana Sultan Brunei. Rupa-rupanya Saiful masa kanak-kanaknya adalah disleksia. Kategori pelajar corot zaman sekolah rendah dan bangun ketika masuk ke sekolah menengah hingga menjadi pelajar terbaik SPM.

Indahnya dan hebatnya hikmah Allah.. Dan pastinya kesedaran tuan punya badan untuk berusaha dan mengambil cemuhan sebagai cabaran.

Sebab itu sebagai mak, saya berusaha untuk tidak memandang rendah kepada kebolehan anak yang memang masuk dalam kategori lambat ini. Begitu jugalah pemikiran abinya. Namun kadang2 saya lupa, mengeluh, keliru, dan memarahinya bila hilang kesabaran. Seringkali juga hilang semangat juang. Untuk mengelakkan perasaan itu, setiap apa jua perlakuannya saya cari yang positif. Misalnya, dia melukis gambar monster atau apa2 binatang mengikut imaginasinya tu, saya puji dia dan memikirkan dari sudut kreativiti. Saya tak terlalu tekankan dia untuk maju dalam sekejapan. Begitu juga yang diingatkan oleh abinya. Biar dia membesar tanpa tekanan terhadap otak dan mindanya. Dan, Saiful Nang itu boleh dijadikan contoh. Malah beberapa orang kawan juga menasihatkan supaya bersabar dan jangan terlalu memikirkannya. Kerana pengalaman mereka juga lebih kurang sama waktu anak mereka diusia ini.

Dan sekarang, dia boleh mengagak sendiri hari2 abi ada di rumah ni. Dia dah faham jadual abi. Bermakna, dia alert dengan pergerakan harian kami.. Langkah seterusnya ialah membolehkan dia 'membaca' jam..


No comments:

Post a Comment