Salam hari raya, ampun maaf dipinta.. Dah sejak hari Rabu akak balik dari kampung. Terus dengan aktiviti baking. Siang tadi hantar sebiji RV kepada pelanggan. Malam pulak memulakan chilled blueberry cheesecake. Alhamdulillah... rezeki bulan Syawal.
Seminggu akak dan Fawwaz kat kampung. Seperti biasa dan semakin jadi kebiasaan, abinya tak turut serta. Sememangnya kalau kita ni jenis tak berkira atau malas nak bising apatah lagi mengungkit, satu pihak akan mengambil kesempatan terhadap kita. Tapi, dalam hal ini saya lebih memikirkan advantage dari disadvantage. Life is too short untuk bersedih-sedih. Bila kita berada di kalangan keluarga sendiri yg lebih sejiwa dgn kita, tiada yg lebih indah dari itu.. Alhamdulillah, Allah itu sangat adil dengan ku. Tak perlu bergantung dan berharap sangat dengan insan lain walau suami... Dan, sendiri juga mau ingat jika kebiasaan itu menjadi kepada ketiadaan perasaan. Sebab saya memang dijadikan dengan hati yang agak brutal.. Itu adalah kekuatan yang Allah kurniakan kepada saya.
Seperti uminya, Fawwaz pun sangat selesa dgn suasana kampung kami. Pipinya pun nampak semakin bulat sebab selera makan semakin bertambah... Takde kerja lain melainkan main game. Mak perlu buat sesuatu untuk mengurangkan ketagihan tersebut. Lepas cuti raya ni, memang banyak agenda untuk Fawwaz. Membuat dan memenuhi beberapa temujanji dengan doktor pakar. Yang dah ada dalam senarai ialah pakar ENT, bahagian pemulihan, psikiatri, pediatrik, dan lagi satu yang mak nak pergi sangat ialah NASOM.
Sejak menjalani rawatan di Attitude Therapy tempohari dan mengambil supplement yang disyorkan doktor, ada beberapa perkembangan positif pada Fawwaz. Yang paling ketara ialah selera makannya yang semakin baik. Tidak terlalu memilih macam selalu. Mula berani mencuba. Kalau dulu dia tak makan makanan segera seperti KFC dan nugget, hari ni dia dah boleh makan. Cuma saya tak akan menggalakan sangat pengambilan makanan sebegini. Dia juga dah tak minum menggunakan botol susu sejak hari terakhir rawatan. Sekarang guna cawan atau botol air dia. Cuma susu kambing dah kehabisan dan terpaksa guna semula susu lactogen sementara nak cari stok baru. Kelakarnya, pandai pulak dia cakap 'yucks!' masa mula-mula berbalik ke susu lama tu.. Jadi, kena tambah milo atau sirap sebagai penyedap.
Selain itu, sistem pelawasannya juga agak baik. Dia dah tak tertahan-tahan dari membuang air besar. Kalau rasa nak membuang aje, dia akan terus ke toilet. Kalau dulu mengambil masa 2-3 hari, terjengket-jengket menahan, sekarang setiap hari dia membuang air besar. Sikapnya juga nampak semakin baik dan lebih sabar. Cuma yang masih nampak belum pulih ialah tingkah laku atau pergerakannya. Hobi melompat-lompat dan berlari-lari tanpe penat tu masih sama. Bimbang juga mak ni.. sebab Ahad nanti dah nak mula sekolah balik. Nampak gaya jawabannya bila ditanya masih konsisten iaitu "I don't want! (sekolah)".
Sabar sajalah.. Sebagai mak ni, doa kena lebih sikit. Moga-moga semakin cerah jalan yang nak ditempoh nanti... :)
No comments:
Post a Comment