Pages

Wednesday, October 2, 2013

Anak Syurgaku - Langkah Permulaan

Alhamdulillah.. Hidup ini semakin indah dengan kurniaNya..

Kejap lagi nak hantar Fawwaz ke sesi OT Occupational Therapy) di Hospital Jitra. Sesi yang mak kira dia dah faham dan sangat enjoy! Semalam akhirnya saya mendapat pengesahan yang ditunggu-tunggu dari seorang doktor. Bukan pasal apa, saya cuma tak mahu masa habis terlalu banyak sebelum mengambil keputusan nak hantar Fawwaz ke sekolah yang lebih sesuai. Sebelum ni dah hampir 3 tahun saya biarkan masa itu berlalu dengan harapan yang terpendam di dalam hati.

Doktor psikiatri mengesahkan yang Fawwaz autis. Jadi, selepas ni mak kena lebih aktif mendapatkan pendidikan yang bersesuaian disamping usaha untuk menyembuhkannya. Doktor kata mild, mungkin juga moderate. Kalau Dr Aishah (AT) dulu kata boleh sembuh, saya akan pegang yang itu di dalam hati dengan doa kepada yang Maha Kuasa.

Jalan cerita anak-anak yang macam ni lebih kurang sama sebenarnya. Macam Fawwaz, bermula dengan speech delay. Saya kesan semenjak umurnya 3 tahun yang mana dia masih sukar membentuk perkataan berbanding kanak-kanak seusia yang lain. Dulu saya selalu ditegur kerana buat perbandingan. Tapi kita sebagai ibubapa kena tau yang anak-anak kita ni ada milestone juga.  Kalau ada perbezaan yang ketara, kita kena melakukan sesuatu.

Selepas ini, Fawwaz disarankan oleh doktor untuk mengikuti kelas khas. Maknanya memang dia tak sesuai untuk meneruskan persekolahan di tempat sekarang sebab belum ada kelas khas di situ. Cuma sebagai penjaga, kita kena terbuka hati kerana di kelas khas ni bercampur untuk semua peringkat. Saya pun belum pergi melihat, hanya setakat mendengar cerita. InsyaAllah, dalam seminggu ni nak melawat ke salah satu sekolah yang ada kelas khas ni.

Selepas itu, saya bercadang nak mendaftar ke Kebajikan Masyarakat, Nasom atau Akademi Autisme Kedah. MasyaAllah! Inilah hikmah saya dibawa suami tinggal di Kedah. Memang banyak kemudahan untuk anak-anak seperti Fawwaz dan tidak perlu saya melalui kesesakan jalanraya langsung untuk ke satu-satu tempat dan hospital. Kalau di KL dulu, faktor kesesakan jalan dan kesukaran parking selalu membuat saya lemah semangat. Kalau di HSB memang agak sesak, tapi tak pernah tak dapat parking. Manakala di Hospital Jitra, parkingnya sentiasa ada kekosongan dan suasananya damai.

Saya akan sambung lagi nanti.... Nak baking kek kejap. Ada cikgu2 dari Perak order, nak bawa balik rumah selepas berkursus.  Hehe... seronok juga hidup macam ni :D


2 comments:

  1. Boleh ke pergi ke hospital jitra? Mcm mana prosedur?

    ReplyDelete
  2. Kalau duk area Jitra, mula2 kena pergi check either ke Klinik Jitra atau Hospital Jitra.. Kemudian baru Dr bagi referral letter untuk ke hospital Sultanah Bahiyah ikut kes. Macam kami, dr klinik jitra, lepas tu ke klinik psikiatris.. dari situ dorang buat referaal utk pediatrik, OT & speech. Cuma OT je kami buat di hospital jitra. Lain2 di HSB.. :)

    ReplyDelete