Hari ni sepatutnya hari besar Ahmad Fawwaz hero ku itu. Hari konvo gitu. Namun seperti dijangka, dia tidak memberikan kerjasama. Ayolah anak omak..
Fawwaz hanya setakat mampu duduk diam di tempat duduknya. Demi saat yang dinantikan, untuk naik pentas menerima 'scroll', dia melarikan diri. Cikgu minta bantuan mak. Tapi mak awal2 dah pasrah. "Kalau dia tak mau, takpe.. Jangan paksa..". Iyalah, buatnya dia meragam atau meraung, habis rosak majlis orang kikiki... Dah cuba juga pujuk, tapi dia lari makin jauh, siap nak keluar kawasan... Macam semalam la, kawan-kawan lain ambil gambar sorang2 dengan jubah di sekolah. Fawwaz je tak mau.
Sudahnya agak bercelaru sikit masa awal tu. Sebab namanya A, maka dia peserta pertama untuk kelasnya yang dipanggil naik pentas. Padahal masa tu yang naik budak lain. Hahaha...
Apa2 pun, sebenarnya Fawwaz happy dengan majlis tadi. Dia tak takut walau ramai orang. Lebih-lebih lagi bila cikgu bagi sijil dan buku dalam folder tu di penghujung majlis. Ceria muka dia mendapatkan uminya ni. Siap sudi diambil gambarnya. Walau tak clear sebab baju sama color dengan skirting meja. Sebelum balik rumah, umi pun belanja Fawwaz makanan kegemarannya, Pizza Hut Spaghetti Carbonara dan air kotak yellow (soya bean). Sebab umi tau Fawwaz tak makan dan minum tadi.
Memang dah femes ketidaksudian Fawwaz makan di sekolah dan mana-mana. Jadi, tadi sedikit sebanyak mak pun explained perihal Fawwaz pada kawan-kawan semeja. Supaya mereka faham kenapa 'pelik' sikit perangainya di sekolah.
Begitulah... :))
Assalamualaikum Puan,
ReplyDeleteTahniah dan gigih puan dlm mendidik khalifah Allah ini....terharu saya....kebetulan saya mencari recipe topping cake...maka saya tertarik dgn cerita kehidupan puan...setiap hamba nya di duga dengan perbagai cara olehNYA....semoga puan sekeluarga sentiasa tabah dlm apa jua rintangan dan dugaan....selamat tahun baru semoga tahun ini memberi sinar yg lebih gemilang buat puan sekeluarga...
Waalaikumsalam cik puan Lina..
ReplyDeleteDalam 6 tahun ni saya dah melalui pelbagai fasa dalam membesarkannya.. Gembira, stress, suspen dan macam2 lagi. Sesungguhnya Allah tidak menguji di luar kemampuan kita.. Darinya, saya belajar bersabar dan mengawal emosi serta berfikiran positif.. Selamat tahun baru juga buat cikpuan dan terima kasih kerana sudi membaca..