Pages

Friday, July 3, 2015

Panas Sana-Sini

Assalamualaikum..

Hari ni tak semena-mena serabut kepala otak akak neh bila bawa wall FB. Tapi sebab akak tak banyak kerja, layan je lahh. Patut diisi masa tu dengan zikir kalau dah tak dapat nak mengaji Quran tu, tapi nauzubillah.. 

Akak duk terfikir yang kita ni mangsa untuk segala2nya.. mangsa politik, mangsa ekonomi merosot, duit merosot, fikiran merosot, daya tahan merosot.. petrol je naik.. huhhhh. Negatif semuanya!! Kesian semut2 macam kita ni kan.. Tapi kalau banyak cakap dan berfikir lagi akak serabut. Kelihatannya terlalu ramai pakar di sini yang semuanya nak bercakap di media sosial.

Mujurlah ada radio teman sejati akak yang memperdengarkan perkara2 yg menyejukkan hati dan positif. Biorle yang pakar tu terus berkata2.. kita2 ni fokuskan pada kehidupan yang lebih jauh. Apa pun tak boleh tak ambil tahu hat duniawi jangka pendek ni cuma jangan terlalu 'eager' nak bercakap kuat2, mengeluh kuat2.. Allah kan ada,, bisik2 dalam hati pun Dia dengar.

Paling akak tak tahan bila kemarin tgk post pasal pisang, epal dll yang statementnya buat akak tak puas hati.. Maaflah ye. Mungkin ada yg tak setuju dengan akak ni. Akak ni biasalah.. orang kampung. Kalau nak bandingkan pisang sesikat dan sekotak cereals maupun kinder bueno yang dakwanya boleh dibeli hanya dengan 5 paun, akak rasa nasi lemak kat Jitra ni lagi murah.. Seringgit je punn, kenyang setengah hari,. Ini perbandingan oleh orang tak sekolah cam akak ler.. Akak tak suka perbesar2kan kehidupan indah di negara lain sebab MALAYSIA IS STILL THE BEST!! Mungkin situasi politik dan ekonominya tengah celaru. Tapi inilah negara tumpah darah kita.. Kita wajib pertahankan dan menyayangi dengan apa cara. Jangan kata 'benci' pada negara sendiri melainkan anda memang sengaja nak tukar warga negara.

Akak memang tak betah duduk di negara orang.. Nak makan makanan kita kena masak sendiri.. Eheh.. makannn je la kan yang diutamakan. Kulit boleh jadi gatal2 sebab tak sesuai dengan cuaca. Kadang nak cari ubat-ubatan pun mahal.. charge doktor pun mahal. Macam2 lagi yang buat akak tak betah kat tempat orang. Paling tak betah terpaksa berjauhan dengan keluarga. Cuma akak selalu berangan2, kalaupun ada peluang nak migrate, biarlah ke Mekah atau Madinah. Mana tau dapat peluang mati di sana dan disembahyangkan oleh ribuan jemaah. 

Heheh.. membebel tak tentu arah malam ni. I just don't want to be part of the haters. Kadang tak tau mana betul dan tidak apa yang dicakap. Kalau bab GST, matawang turun tu akak boleh faham lagi. Tapi bila masuk cerita pak menteri, 1MDB dan yang sewaktu, akak rasa nak muntah hijo dah. Moga Allah tunjukkan kita kebenaran bukan memberi kita pengajaran dengan menurunkan bala yang tak sanggup untuk difikirkan..

Nak tidolah.. sedap malam2 lepas hujan ni.. jimat bill aircond utk semalam.. ehehhh!


Sunday, May 17, 2015

Kisah Blur dan Muhasabah

Hari ni akak blur..
Entah mengapa... tak taulah. Fikiran terlalu melayang-layang..
Adalah bendanya yang difikirkan sejak semalam tu.. Kalau tulis kenalah buat entry lain.. huhu!

Plan hari ni nak keluar bershopping sikit2. Minyak habis.. nak beli langsir emergency.. nak itu nak ini. Tapi dah pukul 11 lebih baru dapat keluar. Keluar dengan dapur berselerak sebab projek menyira terbengkalai. Banyak betul kena buat satu masa dan disebabkan sambal goreng tu bukan kemestian, tinggallah dulu walau bawang dah berkisar.. Sudahnya sampai malam ni duk terperap dalam peti sejuk..

Paling menggembirakan hati dapat singgah ke MPH dan beli buku. Ke Tesco beli minyak, barulah ke Nagoya cari langsir. Dah jumpa yang berkenan, tak boleh pula nak tempah sebab nampak ber'bundle' tempahan belum dikutip oleh tukang jahitnya. Terpaksa akak keluar dengan kecewa. Memang siang malam teringat Nagoya yang dulu akak pernah tempah langsir dan tahan hampir 10 tahun. Itupun buka sebab jemu dan tukar rumah, bukan sebab koyak.

Pergi pula ke satu lagi kedai lain. Bolehlaa.. dia kata 2 minggu siap. Memang tak nampak ramai di situ berbanding Nagoya tadi. Harga pun rasanya lebih mahal kot.. Tapi sebab dah terdesak nak menggantikan langsir koyak kat bilik yang satu tu, akak redah je. Nak buat ujikaji kenapa langsir bilik tu cepat koyak rabak walau baru setahun. Kainkah atau lain2.. Dah bagi ukuran bagai.. dan bila dia kira terkejut beruk jugalah sebab jumlah semua lebih RM300 untuk satu tingkap kecik je. Langsir kain biasa takdak ropol. Bukan hat kain branded2 tuh.. Akak lak malas nak bercongak2 cuma buat suara tekejut sambil minta diskaun tapi tak dapat dengan alasan GST. Mata pulak asyik check jam takut terlewat ambil Fawwaz. Bila disuruh sign bill terus je tenyeh dengan alasan takda pilihan.

Masa nak bayar pun agak lama berdiri di depan kaunter sebelum transaction dapat dibuat. Boleh katakan memang ambil masa juga di situ walau proses memilih kain hanya beberapa minit. Memang tak sempat belek2.. fokus color dan corak terus confirmed..

Sampai rumah duk terfikir-fikir kenapa mahal melebihi langsir koyak yang akak beli di Jakel dengan harga tak berapa murah tu. Lepas tu tengok langsir Jakel dia tak buat sambungan.. Cukup 2 keping kain bidang 90" untuk 2 keping langsir kiri kanan. Hat tadi dia nak juga 3 keping bidang 90" dan akan sambung. Lepas tu barulah nak check cash bill. Huuu.. terbeliak mata akak...!! Bila tengok tulisan kat cash bill tu ialah 6 keping = 2 set. Lorrr... padanlah mahal! Rupanya untuk 2 tingkap.. Double charged rupanya.. Huwaaaa... rugilah akakkkk lebih RM100. Tak boleh letak kat bilik lain sebab konsep color tak sama. Nampaknya kena simpan untuk tahun2 akan datang, mana tau yg satu umur pendek juga.

Muhasabah akhirnya... mungkin ini kaffarah buat akak. Nak bersihkan duit kita.. Nak suruh sedekah selalu dan langsaikan zakat secepat mungkin. Kerana itu akak tak tau nak mengeluh dan memikir. Cuma stress kejap dan tidur sebelum lebih stress sebab kena kejut dek Fawwaz dari dalam toilet hehe.

Mengambil sedikit catatan hari semalam tentang sedekah.. Kena 'take note' betul2 nih..
"SEDEKAH SEWAKTU KITA TIADA WANG ADALAH YANG PALING TERBAIK". Gunakan peluang ini untuk kita berdoa atau meminta doa dari insan yang kita bantu..

Semoga Allah ampuni daku dan beri petunjuk dan hidayahNya tanpa meninggalkan daku walau sesaat. Aamiin.


Friday, April 17, 2015

Awak di Mana? Awak di Mana?


Assalamualaikum...

Alahai... bukan saja blog dapur akak bersawang, hat sini lebih2 lagi. Bila buka ternampak gambar tamteh yang dah lama pergi, rasa sedih pulak. Tak sanggup nak tengok lama-lama. Ikutkan kisah tamteh adalah tragedi pertama... en abe yang terlanggar. Tak lama lepas tu akak pulak mengulangi kisah yang sama. Kucing betina berwarna hitam putih tanpa nama.. dulu best friend tamteh. Pantang nampak mak tiri ni mesti nak berbunyi walau dah bagi makan... Terlanggar waktu mak reverse kereta. Asalnya dia baring2 dengan gang di tepi dinding. Entah macamana dia boleh cross masuk bawah kereta dikala mak tengah serabut nak keluar cepat. Dan Fawwaz menjadi saksi sekali lagi.. :'(

Sekarang yang tinggal 2 ekor kucing kecil.. Lang dan Tam. Sebab satu belang hitam putih juga, dan satu hitam pekat lagi scary hehehe. Alhamdulillah.. masih dapat mak berkongsi rezeki.

WIFI OH WIFI..
Kenapa ya tiba2 akak muncul selepas lama menyepi? Akak dah kurang mengadap laptop. Hari tu 2 minggu wifi takda pulak. Letih dan confuse dengan macam2 urusan dengan TM.. endingnya kami beli modem baru kat kedai komputer. Alhamdulillah, problem solved. Jumpa customer service dia kata entitle utk rebate RM14.. mmm bolehla jangan tidak. Akak tak reti nak minta2 walau masa lepas jumpa dia tu ambik masa 2 ke 3 hari lagi untuk dapat balik line wifi tu..



BEING INVISIBLE
Kadang2 akak ni rasa hilang dari pandangan orang. Udahle duduk pun di hujung negeri, hujung kampung lak tu walau dalam taman perumahan. Ada atau tidak orang tak perasan pun. Terpisah terus dari insan2 yang dulu mengelilingiku.  Bulan lepas akak sembang dengan abe di meja kerja sambil makan2.. "Petanda kita dah tua dan mula hilang dari pandangan ialah bila orang dah tak ingat birthday kita.. ".  Hihihi.. waktu bday akak cuma sorang je kawan yang ingat betul, kejutkan akak dengan wish dia seawal pagi iaitu x officemate akak. And first time macam tu. The rest perasan malam dan keesokannya. Akak bukan kisah sangat cuma terfikir, inilah tahun2 penghujung garisan dimana populariti dah hilang. Macam restis pulak laa nk fofular..hihi. Satu hari nanti ada kawan yang tak tau pun kita ni sebenarnya dah lupus dari dunia. Dan memang jadi kat kawan2 akak yang dah pegi kepada Pencipta kita. Setelah beberapa tahun, masih ada yang tak tahu..

BUSINESS
Berhenti mendadak dari membuat kek dan rasa tak suka betul akannya. Pertanyaan dan permintaan masih ada tapi hati ni dah rasa kering. Rasa ngeri nak deko deko balik. Tapi masih terima tempahan brownies andai tak mengganggu projek sambal yang memberi sale berganda. Yang pasti, sekarang ni berat akak dah naik beberapa kilo.. ada baju yang tunjuk akak slim dah mula tak selesa dipakai. Level stress pulak macamnya makin tinggi sebab kepenatan sikit. Sampai mengundang penyakitla spt yang akak cerita dalam blog sebelah. Sudahnya akak tekan brake lagi.. Kurangkan kerja tapi lebihkan service kepada rumahtangga sendiri. Akak rasa bisnes akak ni takkan menjadi selagi akak tak dapat nak balance dengan hal ehwal keluarga. So kena pilih mana priority supaya hidup berkat. Bila the other half lebih suka tengok akak ni cabut2 rumput kat luar tu, taulah apa perlu dibuat. Tapi dalam waktu yang sama dia tak halang pun. Cuma dia tak suka tengok bini dia hidup tak tau berehat tapi mengadu mengantuk. Belum lagi dengan barang berkecah kat dapur tu... hehehe.

Hasil aktiviti terapi merumput yg sentiasa mendapat sokongan hebat.. :D
Itulah kisahnya serba sedikit... Sebenarnya macam banyak nak ditulis tapi kat otak ni macam bersimpang siur. Musykila betul.. Harini Jumaat.. nak memanfaatkan masa yang ada di rumah dengan sebaiknya. Nak jenjalan pun bukan boleh bila abe takda ni. Bos kecik yang sorang tu kadang lebih sanggup duduk sorang di rumah. Seronok sangat kot terlompat2 sorang2 di rumah sendiri.. hehehe. Terpaksalah mak dia ni pun jadi anti sosial macam anak. Ada join groups yang sewaktu pun rasa tak boleh nak masuk. Rasa lain bahasa badannya. Jadi, lebih senang berdiam diri. Bersuara bila rasa nak menyampuk tapi lepas tu macam menyesal.. haha.


Friday, January 16, 2015

Perginya Si Tamteh..

Tamteh dah pergi kepada Penciptanya..
Pagi tadi, Jumaat 16/1/2015
Di bawah tayar Kia Sportage yang sedang bekerja..


Sedih rasa hati akak seharian ni.. Walau cuaca tengah panas kering di luar tu, dalam rumah hujan sekejap2.. Mujur juga akak ni busy hari ni.. Banyak pulak tu kisah di sepanjang hari..

Tamteh adalah singkatan kepada 'hitam putih'. Pemilik nama ialah seekor kucing jantan yang tiba2 muncul di malam hari sewaktu kami sedang duduk di luar rumah, sebelum keesokannya nak bertolak ke kampung untuk transit sebelum bertolak ke Mekah menunaikan Umrah pada tahun lepas. Dia muncul dalam keadaan terpinga2. Keesokan paginya, kami tinggalkan dia macam tu saja dengan meninggalkan sebungkus nasi lemak, tapi nampak macam dia tak minat. Sekembali dari Umrah, Tamteh masih setia menanti di rumah. Kebajikannya dijaga oleh adik ipar yang menjaga rumah.

Tamteh ni suka memanjakan diri walau dia kucing kategori tua, Akak pulak tak suka melayan kemanjaannya. Akak kategori mak yg garang tapi dalam hati ada taman.. Macam2 rules mak ni letak.. Tapi banyak juga kebebasan dia dapat di rumah ni sebab dia je yang ada access untuk masuk rumah berbanding kucing2 lain. Sejak rumah kongsi di depan tu dah sepi, makin meriah kucing2 yang datang. Takpelah, kita boleh kongsi rezeki yang ada.. janji jangan masuk. Tamteh je boleh masuk, baring2 di sofa, atas katil dan lain2 tempat dengan pelbagai aksi. Janji jangan gesel2 mak tiri nih! Hehe... kekadang memang keji mak ni tapi dia tetap suka mengendeng kat mak mengalahkan Fawwaz!

Sejak balik dari bercuti di kampung haritu Tamteh agak berubah. Comot dan ada luka ditelinga. Akak mampu pandang dari jauh je. Hari2 balik comot. Suka main di semak malah pernah beberapa kali pacat masuk ke rumah. Dialah suspek sebab masa tu dia yg ada berdekatan. Bila dah comot, mak tiri makin straight. Rasa nak shampoo kan saja tapi mak geli! Banyak lagi perubahan pada Tamteh yang buat dia semakin sukar nak dapat akses ke dalam ni.. Paling buat mak hilang minat padanya bila timbul ancaman baru di rumah ni.

SIKENIT

Dalam seminggu ni nama sikenit atau kutu sangat menggerunkan. Akak pun tak pasti sikenit ni term untuk kutu kucing atau binatang lain. Sebab akak baru dengar nama tu dalam minggu lepas. Isu mula timbul bila Fawwaz dihinggapi sikenit. Dia mengadu sakit. Makin hari makin sakit, tapi mak tak dapat kesan sakitnya di mana. Dia tak bagi sentuh mana2 bahagian di kepala. Ingatkan ada benda masuk ke telinga sampailah satu hari mak up kan status di FB. Rasa stress sangat. Dahlah abi dia kat KL masa tu.. Ada kawan kata benda kutil yang mak sebut tu adalah kutu kucing. Itulah first time mak tau akan kutu kucing. Banyak petua dicuba untuk tanggalkan dari leher. Sebagai mak yang tau perangai anaknya, memang ke doktor itu 'will be the last resort'. Apalagi nak tarik benda yang melekat macam kena gam gajah. Bila sorang BFF cadangkan guna air tembakau, tiba2 mak dapat idea guna garam. Sebab masa tu juga teringat kaedah nak tanggalkan pacat yang melekat kat kaki.

Alhamdulillah... menjadi formula akak. Sikenit tanggal sendiri bila ditabur garam halus, tapi tak tau ke mana hilangnya.

Dalam hari yang sama, tiba2 akak pulak macam rasa sakit di telinga. Makin lama makin sakit. Bila abe dah balik, baru dapat tengok. Selepas 1-2 hari sakit. Lama2 terpaksa jumpa doktor. Mak aihhh... memang sakit sangat proses nak mencabutnya tu. Apalagi kat dalam telinga yg dah tentu sensitif. Kesan lepas kena cabut pun susah nak hilang. Sakitnya dah lebih seminggu ni.. Lepas tu baru akak sedar yang sebelum ni dah pernah kena juga kat badan.. Tapi berjaya akak tarik sendiri dan memang sakit dan berbekas. Malah abe pun kena juga... Ya Allah... mmg seram makhluk tu.

Demikianlah kisah sikenit... Resah sebab potential carrier banyak kat luar tu. Bertambah resah bila tengok telinga si tamteh yang berdarah tu. Abe kata memang benda tu ada kat telinga tamteh. Akak suruh mandikan atau buat rawatan yang sesuai utk dia sebab kesian. Tapi takde respon positif. Mulut akak suruh buang tapi dalam hati jatuh kesian. Nanti jadi ancaman kat orang lain pulak. Pasrah je lah.. Dalam kepala duk fikir2 nak pergi Vet tapi kat mana? Lagi pulak tengah sibuk dengan produk baru ni..

Maka timbullah detik hati akak... biarlah dia mati dari menderita sakit macam tu dan jadi ancaman seisi rumah. Banyak lagi detik hati yang biarlah akak simpan sendiri. Hati akak memang taknak dia berkeliaran bimbang terkena lagi kutu tu kat Fawwaz terutamanya. Namun kebajikan perut kucing2 tu tetap akak jaga dengan penuh kasih sayang. Ada juga masa tercicir bila terlalu sibuk dan tuan rumah sendiri tak sempat makan.

Pagi tadi akak tak sempat nak beri makan pada tamteh and the gang lagi. Biasanya bagi nasi dengan ikan yang direbus je. Ada juga makanan kucing tapi nampak ikan rebus tu lebih menarik. Baru nak prepare abe dah bagi perkhabaran sedih. Tamteh terlanggar dek kereta 4WD abe yang tengah angkat batu dari bukit tu... Akak terkejut... tak pergi tengok sebab tak sampai hati. Tapi Fawwaz ada di tempat kejadian. Memang tamteh suka ikut kemana kami pergi.. terutama bila berkebun. Tapi tadi abe tak sedar yang dia ada di bawah tayar tu...

Itulah pengakhirannya si kucing... Seharian ni airmata mesti keluar bila tengok gambar dia atau memandang ke tempat persemadiannya. Sedih macam kehilangan anak. Fawwaz pulak seharian bertanyakan kemana 'cat' pergi dan suruh Dr ubatkan cat. Mujur dia boleh terima bila mak jawab "Allah dah ambil Cat... Cat dah pergi jauh.. Allah ubatkan cat... Fawwaz jangan cari cat lagi.. ". Dia pun angguk2 sebelum bertanya lagi sejam dua kemudian... Huhuhuu... sedihnya masa akak tulis ni... mau bengkak mata esok pagi.