Pagi tadi, Jumaat 16/1/2015
Di bawah tayar Kia Sportage yang sedang bekerja..
Sedih rasa hati akak seharian ni.. Walau cuaca tengah panas kering di luar tu, dalam rumah hujan sekejap2.. Mujur juga akak ni busy hari ni.. Banyak pulak tu kisah di sepanjang hari..
Tamteh adalah singkatan kepada 'hitam putih'. Pemilik nama ialah seekor kucing jantan yang tiba2 muncul di malam hari sewaktu kami sedang duduk di luar rumah, sebelum keesokannya nak bertolak ke kampung untuk transit sebelum bertolak ke Mekah menunaikan Umrah pada tahun lepas. Dia muncul dalam keadaan terpinga2. Keesokan paginya, kami tinggalkan dia macam tu saja dengan meninggalkan sebungkus nasi lemak, tapi nampak macam dia tak minat. Sekembali dari Umrah, Tamteh masih setia menanti di rumah. Kebajikannya dijaga oleh adik ipar yang menjaga rumah.
Tamteh ni suka memanjakan diri walau dia kucing kategori tua, Akak pulak tak suka melayan kemanjaannya. Akak kategori mak yg garang tapi dalam hati ada taman.. Macam2 rules mak ni letak.. Tapi banyak juga kebebasan dia dapat di rumah ni sebab dia je yang ada access untuk masuk rumah berbanding kucing2 lain. Sejak rumah kongsi di depan tu dah sepi, makin meriah kucing2 yang datang. Takpelah, kita boleh kongsi rezeki yang ada.. janji jangan masuk. Tamteh je boleh masuk, baring2 di sofa, atas katil dan lain2 tempat dengan pelbagai aksi. Janji jangan gesel2 mak tiri nih! Hehe... kekadang memang keji mak ni tapi dia tetap suka mengendeng kat mak mengalahkan Fawwaz!
Sejak balik dari bercuti di kampung haritu Tamteh agak berubah. Comot dan ada luka ditelinga. Akak mampu pandang dari jauh je. Hari2 balik comot. Suka main di semak malah pernah beberapa kali pacat masuk ke rumah. Dialah suspek sebab masa tu dia yg ada berdekatan. Bila dah comot, mak tiri makin straight. Rasa nak shampoo kan saja tapi mak geli! Banyak lagi perubahan pada Tamteh yang buat dia semakin sukar nak dapat akses ke dalam ni.. Paling buat mak hilang minat padanya bila timbul ancaman baru di rumah ni.
SIKENIT
Dalam seminggu ni nama sikenit atau kutu sangat menggerunkan. Akak pun tak pasti sikenit ni term untuk kutu kucing atau binatang lain. Sebab akak baru dengar nama tu dalam minggu lepas. Isu mula timbul bila Fawwaz dihinggapi sikenit. Dia mengadu sakit. Makin hari makin sakit, tapi mak tak dapat kesan sakitnya di mana. Dia tak bagi sentuh mana2 bahagian di kepala. Ingatkan ada benda masuk ke telinga sampailah satu hari mak up kan status di FB. Rasa stress sangat. Dahlah abi dia kat KL masa tu.. Ada kawan kata benda kutil yang mak sebut tu adalah kutu kucing. Itulah first time mak tau akan kutu kucing. Banyak petua dicuba untuk tanggalkan dari leher. Sebagai mak yang tau perangai anaknya, memang ke doktor itu 'will be the last resort'. Apalagi nak tarik benda yang melekat macam kena gam gajah. Bila sorang BFF cadangkan guna air tembakau, tiba2 mak dapat idea guna garam. Sebab masa tu juga teringat kaedah nak tanggalkan pacat yang melekat kat kaki.
Alhamdulillah... menjadi formula akak. Sikenit tanggal sendiri bila ditabur garam halus, tapi tak tau ke mana hilangnya.
Dalam hari yang sama, tiba2 akak pulak macam rasa sakit di telinga. Makin lama makin sakit. Bila abe dah balik, baru dapat tengok. Selepas 1-2 hari sakit. Lama2 terpaksa jumpa doktor. Mak aihhh... memang sakit sangat proses nak mencabutnya tu. Apalagi kat dalam telinga yg dah tentu sensitif. Kesan lepas kena cabut pun susah nak hilang. Sakitnya dah lebih seminggu ni.. Lepas tu baru akak sedar yang sebelum ni dah pernah kena juga kat badan.. Tapi berjaya akak tarik sendiri dan memang sakit dan berbekas. Malah abe pun kena juga... Ya Allah... mmg seram makhluk tu.
Demikianlah kisah sikenit... Resah sebab potential carrier banyak kat luar tu. Bertambah resah bila tengok telinga si tamteh yang berdarah tu. Abe kata memang benda tu ada kat telinga tamteh. Akak suruh mandikan atau buat rawatan yang sesuai utk dia sebab kesian. Tapi takde respon positif. Mulut akak suruh buang tapi dalam hati jatuh kesian. Nanti jadi ancaman kat orang lain pulak. Pasrah je lah.. Dalam kepala duk fikir2 nak pergi Vet tapi kat mana? Lagi pulak tengah sibuk dengan produk baru ni..
Maka timbullah detik hati akak... biarlah dia mati dari menderita sakit macam tu dan jadi ancaman seisi rumah. Banyak lagi detik hati yang biarlah akak simpan sendiri. Hati akak memang taknak dia berkeliaran bimbang terkena lagi kutu tu kat Fawwaz terutamanya. Namun kebajikan perut kucing2 tu tetap akak jaga dengan penuh kasih sayang. Ada juga masa tercicir bila terlalu sibuk dan tuan rumah sendiri tak sempat makan.
Pagi tadi akak tak sempat nak beri makan pada tamteh and the gang lagi. Biasanya bagi nasi dengan ikan yang direbus je. Ada juga makanan kucing tapi nampak ikan rebus tu lebih menarik. Baru nak prepare abe dah bagi perkhabaran sedih. Tamteh terlanggar dek kereta 4WD abe yang tengah angkat batu dari bukit tu... Akak terkejut... tak pergi tengok sebab tak sampai hati. Tapi Fawwaz ada di tempat kejadian. Memang tamteh suka ikut kemana kami pergi.. terutama bila berkebun. Tapi tadi abe tak sedar yang dia ada di bawah tayar tu...
Itulah pengakhirannya si kucing... Seharian ni airmata mesti keluar bila tengok gambar dia atau memandang ke tempat persemadiannya. Sedih macam kehilangan anak. Fawwaz pulak seharian bertanyakan kemana 'cat' pergi dan suruh Dr ubatkan cat. Mujur dia boleh terima bila mak jawab "Allah dah ambil Cat... Cat dah pergi jauh.. Allah ubatkan cat... Fawwaz jangan cari cat lagi.. ". Dia pun angguk2 sebelum bertanya lagi sejam dua kemudian... Huhuhuu... sedihnya masa akak tulis ni... mau bengkak mata esok pagi.
No comments:
Post a Comment