Assalamualaikum...
Lama tak sembang sini.. Masa tak berapa mencukupi. Tapi hari ni tetiba rasa nak mencatatkan perkara2 indah sebagai pembuka tahun 2018. Januari pun dah di hujung jalan...
Dah lebih seminggu berlalu.. Hari Khamis 18 Jan lepas kami sekeluarga yang kecil ini
telah menggigihkan diri terbang dari Alor Star ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah.
Tujuan utama tak lain tak bukan nak mengunjungi tempat yang menjadi sebutan
ramai iaitu Kundasang dan Kota Kinabalu (KK). Kawan2 akak masing2 dah tinggalkan 'footprint' dorang di sana. Tetiba En Abe ajak, akak pun ON sajalah...hihi.
Sebenarnya agak lama kami merancang. Eh! Bukan kami laa….
Tapi En Abe tu.. Bermula dengan membeli tiket murah Air Asia untuk satu
perjalanan ke KK pada tahun lepas. Masa tu, kata putus belum dibuat. Bimbang
tak menjadi, kami relaks dulu dengan tiket satu hala. Bila dah confirmed nak
pergi, baru beli tiket pergi balik Alor Star-KLIA-KK. Ada satu cuti yang
sedikit panjang (3 hari) bersempena hari keputeraan Sultan Kedah.
Day 1
Perjalanan bermula pada hari Khamis selepas Fawwaz balik
dari sekolah. Terpaksa mak cabut awal dari mesyuarat waris yang sedang
berlangsung hari tu. Terus menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan AK
pukul 1.40 ptg dan tiba di KLIA2 lebih kurang sejam kemudian. Tak ingat pula
nak tengok jam, delayed atau tepat
pada masanya hehe!! Sempatla makan mee goreng yang sedap di Airport Alor Star.
Tiba di KLIA2 terus check in luggage, solat jamak dan masuk ke ruang menunggu.
Penerbangan seterusnya ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada jam 5.20 ptg dan tiba lebih kurang 2 jam
kemudian (dalam 7.55 malam). Menggelisah Fawwaz dan asyik bertanya bila nak
sampai ke Sabah. Hampir setiap 2-3 minit la kottt..huhuhu! Tadi dari Alor Star
pun dah berulang kali tanya. Memang macam tu lah dia.. sabar je layan.
Di KK kami bermalam di hotel bajet sahaja tidak jauh dari
KKIA iaitu Megah D’Aru. Mereka menyediakan khidmat shuttle, menjemput kami di
KKIA. Nak tidur beberapa jam saja pun. Namun begitu dah cukup selesa hotel tu cuma wifi ada kat lobby je.
Day 2
Awal pagi kereta yang akan kami sewa telah dihantar ke hotel. Kami mengambil khidmat dari Green Matrix Car Rental, kereta Proton Saga 1.3 dengan kadar sewa lebih kurang RM457 untuk 3 hari. Maka bermulalah perjalanan kami ke Kundasang seawal 8 pagi. Mula-mula ronda sekitar bandar KK dulu sambal mencari stesen minyak dan mesin ATM. Pening2 lalat juga nak cari. Kekadang nak gaduh laki bini pun ado bab2 mencari nih kahkahkah!!
Day 2
Awal pagi kereta yang akan kami sewa telah dihantar ke hotel. Kami mengambil khidmat dari Green Matrix Car Rental, kereta Proton Saga 1.3 dengan kadar sewa lebih kurang RM457 untuk 3 hari. Maka bermulalah perjalanan kami ke Kundasang seawal 8 pagi. Mula-mula ronda sekitar bandar KK dulu sambal mencari stesen minyak dan mesin ATM. Pening2 lalat juga nak cari. Kekadang nak gaduh laki bini pun ado bab2 mencari nih kahkahkah!!
Dah isi minyak, abe pun santai2 memandu sambal kami meninjau
kiri dan kanan. Mula2 jumpa rumah terbalik dan singgah. Tapi Fawwaz tak
suka tempat tu. Gaduh2 tak mau turun sambal menutup telinga. Abi dia mula
berkeras nak ajak masuk, tapi ummi surrender la. Tak suka kalau dia buat perangai.
Maka selamatlah duit abi dari membeli tiket..hahahahhh.
Lalu pula kawasan Tamparuli. Mak terus ternyanyi lagu
Jambatan Tamparuli. Maka kenalah singgah tengok. Ahaaa… tempat ni mampu
menjinakkan Ahmad Fawwaz. Dengan gembiranya dia turun dari kereta dan berjalan2
melintasi Jambatan Tamparuli. Selesai bergambar, kami turun dan minum/makan
sekejap di sebuah restoran catering. Fawwaz dan abi makan nasi, mak masih
kenyang makan kuetiaw tawar masa breakfast di hotel tu.
Menyelusuri Jambatan Tamparuli |
Nampak macam kesan banjir tu.. Akak kata ni jambatan bertolak ansur sebab kenderaan2 di situ bergilir2 melalui jambatan bagi kedua2 hala |
Meneruskan perjalanan lagi.. Destinasi seterusnya ialah
Kinabalu Park atau Kaki Gunung Kinabalu yang asyik disebut-sebut oleh Fawwaz.
Maklumlah, dia study dulu kat Vlog di Youtube. Dah mula terasa kesejukannya.
Antara Tamparuli ke Kinabalu tu kalau rasa nak terkucil, adalah jenis tandas2
disediakan di tepi jalan. Bayaran dalam 20-50 sen. Saya singgah di satu tandas
tu, memang bersih walau jenis kampong punya. Airnya pulak sejukkk jer. Abe dah bimbang je bini dia
sanggup tahan sampai sakit pundi..hehe!
Tiket untuk masuk ke kawasan Kinabalu Park untuk sekeluarga
3 org ialah RM7. Kami memandu sampai ke pintu gerbang point
pertama pendakian Gunung Kinabalu. Dah posing2, turun pula ke Botanical Park.
Tapi tak masuklah. Makan eskrim sambil jalan ke kawasan jual tiket je. Kira ekstrim
la sesejuk makan eskrim walls ehehh… Selesai
sesi bergaya ambil gambar dan bertanya itu ini di kaunter, kami meneruskan
perjalanan ke Kundasang. Jauhnya dari Kinabalu Park lebih kurang 6km.
Masih di kaki G.Kinabalu, batu peringatan korban gempa bumi 2015 seramai 18 orang |
Sebelum masuk ke tempat penginapan, singgah dulu makan tengahari
di Restoran Intan di Pekan Kundasang berdekatan bulatan kubis. Ada 2 lagi
restoran kunjungan ramai di situ. Saya order nasi goreng kampung yang boleh
tahan rasanya tapi terlalu banyak portion untuk saya. Makan tak sampai separuh
dah kenyang sangat tapi terpaksa makan lebih sebelum kena tegur dengan bos sebab membazir. Abe pula mencuba menu kuetiaw ala2 kungfu (tak ingat nama sebenar).
Saya kira mereka ni masak guna tepung ubi, bukan tepung jagung ehehehh… Mujur
abe yang makan dengan muka takda perasaan. Kalau bini dia nih, mau merajuk tak
mau makan, kufur nikmat.
Fawwaz? Usah Tanya.. dia sanggup tak turun dari kereta bila
dah kata tak mau tu! Maka mak dia
belikanlah pisang goreng rangup. Ya Allah.,.. sedapnya pisang goreng tu. Siap
bagi sambal kicap ala2 Johor. Sampai keesokan harinya akak masih makan pisang tu
sebab tak habis. Masih kekal sedap..my taste. Satu lagi yang Nampak orang suka
beli berdekatan kawasan tu ialah kepak dan tungking ayam bakar atau kepak madu mungkin. Sebab
kami bukan penggemar, maka mak jadi pemerhati bebas je la. Lepas tu jangan pula geli
sebab anjing-anjing suka bersiar2 di kawasan Kundasang ni. Asal tak kacau kita
suda..
Dah kenyang kita terus mencari tempat tidur. Kami memilih Kundasang Guest House yang ditempah melalui Booking.com. Memang bajet tak mau lebih
RM200 semalam. Asalnya saya menempah penginapan lain, tapi berkenan pula yang
abe pilih (2-2 menempah 😁). Rate kami masa tu di KGH ialah RM157, termasuk
sarapan jadi RM186. Masa nak masuk tu cuak juga sebab jalan agak teruk, dan
bersebelahan dengan kubur. Mujur kubur Islam.. Menuruni bukit agak curam dan
masuk ke lorong kecil, baru sampai. Bila dah masuk kawasan tu, wahhhh memang
cantik berkenan la. Abaikan mana2 bahagian yang tak menarik tu. Sejuk sangat
masa tu. Pegang air seksa juga. Tapi Fawwaz terus meloncat2 suka. Hampir
sepanjang masa dia terkinja2 dan mengepak2 (kebanyakan budak autistic memang
begitu). Itu tanda dia meluah perasaan gembira.
Masa baru sampai tu memang tak nampak G.Kinabalu sebab dah tengahari. Dari pintu bilik nampak macam bukit bukau je. Di sebelah petang waktu keluar bersiar2 di pekan sambil cari makan, nampak sikit Kinabalu tapi lebih dilindungi awan. Masa tu pun dah teruja, sibuk ambil gambar.. Tak sangka, sungguh bagai dikata, esoknya pagi2 dah nampak seluas mata memandang G.Kinabalu dari tingkap bilik. Subhanallah...memang indah perasaan tu.
Masa baru sampai tu memang tak nampak G.Kinabalu sebab dah tengahari. Dari pintu bilik nampak macam bukit bukau je. Di sebelah petang waktu keluar bersiar2 di pekan sambil cari makan, nampak sikit Kinabalu tapi lebih dilindungi awan. Masa tu pun dah teruja, sibuk ambil gambar.. Tak sangka, sungguh bagai dikata, esoknya pagi2 dah nampak seluas mata memandang G.Kinabalu dari tingkap bilik. Subhanallah...memang indah perasaan tu.
Budak paling gumbira |
Sebelum pukul 7 pg kami dah duduk2 posing di sini.. Lokasi: Tepi jalan berdepan dengan pekan 😆 |
No comments:
Post a Comment