Dengan TM ni, macam2 pakej akak dah rasa..
Sejak balik M'sia 2012, akak dah pernah melanggan Unifi masa di Bukit Jalil.. semua baik saja, no complaint. Sesekali buat hal, call customer service, masa tu juga baik.. Lama2 akak pun pandai sendiri, tak perlu call...
Pindah ke Kedah, terpaksa tukar pakej Streamyx... takde HyppTV dah. Menderita dgn TV Astro je sampai terpaksa pakai TV free je.. Line wifi tetap cantik...
Pindah ke rumah baru, maintain pakej yang sama sampailah kad OKU Fawwaz siap.. Entah macamana, terbaca pasal pakej OKU. Pergi ke TM Point, tanya, terus tukar.. cantikkk. Murah tapi untuk internet je.. line telefon kena apply asing. Kena bayar sewa bagai.. tapi masih tetap murah dari yang asal. Yang peliknya, dari discussion dengan member2 senasib yang lain, ada yang tak dapat kemudahan ni.. huhuhu. Memang dah rezeki kami kot...
Sayangnya, sejak pindah ni line selalu meragam terutamanya internet. Tapi, sejak complaint yang terakhir, terus elok sampai kini... stabil je. Elok internet, telefon pulak meragam. Dah dekat sebulan tak boleh guna, baru sempat nak complaint. Kontraktor datang sekali, problem tak solved. Call 100 balik.. Tadi depa datang lagi, check telefon set pulak. Memang rosak lah..
Asalnya macam taknak bagi set baru sebab katanya warranty cuma setahun. Katanya lagi, warranty modem & telefon tak sama... Lepas tu alih2, dia suruh kawan dia ambil set baru.. Rupanya dia tengok kertas, pakej lama dah ubah... sekarang sudah jadi lifetime warranty. Maknanya, untuk modem + telefon kalau rosak bila2 pun masih boleh tukar percuma. Yehuuu...
Setakat ni, selain dari hal ehwal persekolahan, inilah faedah pemegang kad OKU yang kami nikmati. Kalau pasal sekolah, selain elaun yg mak ni masih blur dapat berapa tiap kali masuk, dah masuk ke belum, uniform (T'shirt dan vest) pun dia dapat percuma. Kadang2 dia balik sekolah, dapat duit belanja yang mak ni malu nak tanya pasal apa. Fail betul mokcik! Sekarang, benefits dari TM ni mak memang suka. Memandangkan dia pun perlukan internet pada kehidupan hariannya.
Teringat keluhan seseorang bila saya sebut pasal kad OKU Fawwaz... Pemikirannya masih agak skeptikal pasal kad tu. Ramai orang fikir kad ni untuk orang yang kekurangan dari segi fizikal.. mungkin juga mental. Atau mungkin dia terlalu sayang dan tak mahu Fawwaz berada dalam kategori tu.. Namun mak tetap positif. Kalau orang bising2 kerajaan bawak panda jutawan datang Malaysia, kenapa perkara murni macam kemudahan OKU yang kerajaan sediakan tidak kita hargai dan ambil?
Sebenarnya memang dapat daftar pakej ni asalkan ada kad OKU. Saya juga pemegang kad OKU dan sudah guna pakej streamyx ni lebih dari 10 tahun. Untuk sewa telefon pun ada diskaun asalkan berdaftar di atas nama seperti dalam kad.
ReplyDeleteUntuk unifi ada tak utk oku
ReplyDeleteUntuk Unifi takda pakej ni setakat thn lepas.. hanya streamyx. Boleh check dengan TM utk kepastian
ReplyDelete