Hari ni terhapus sudah gigi akak sebatang... Berminggu-minggu menahan derita sakit gigi... Subhanallah. Sempat bawa balik kampung, pastu ke KL, balik Jitra semula.. Yang buat lagi lama tu, menahan diri dari makan antibiotik. Seboleh-bolehnya memang nak elak antibiotik, tapi selepas berfikir yang sakit tu takkan hilang kalau tak makan, maka teruskan jelah. Habis je antibiotik tu, memang hilang sakit. Buat kita terfikir untuk tak buat apa2. Sebenarnya ini dah pernah berlaku tahun lepas... Kiranya kejadian ulangan pada gigi yang sama.
Bila tengok rupa paras gigi yang dah tak elok tu, kuatkan juga hati nak cabut. Asal mula nak buat root canal, tapi bazir duit je sebab dah tak guna pun. So, dari bajet RM300 (tak masuk tampal), jadi RM40 je.. hehe! Cuma seksanya masa proses nak hentikan darah tu. Dan sampai sekarang denyutan halus masih terasa.
Antara TIPS yang akak dapat untuk mengurangkan seksa pendarahan selepas cabut gigi:
1) Jangan berkumur (selama satu hari, kata pembantu klinik) dan juga orang2 lain
2) Gigit gauze tu dalam 2 jam. Ada yang kata jangan tukar sebab gauze kering akan melekat pada bekas cabutan tu. Tapi akak tukarlah jugak 2 kali
3) Yang akak buat lagi ialah mencuci mulut (bukan kumur) dengan air ais. Cuci secara lemah lembut. Kalau tak cuci, rimas betul dengan darah yang tak berhenti keluar tu. Maklumle, akak spesis darah cair...
4) Selepas lebih 2 jam, cuba keluarkan gauze.. Kalau darah tu tak mengalir, kira OK la.. Tapi jangan lasak2, nak gigit itu ini atau berkumur.. Kalau lapar pun, makan benda2 sejuk dan lembut je.
Itulah antara tips buat sesiapa yang jarang atau tak pernah cabut gigi. Pengalaman itu agak merimaskan. Dahlah bibir rasa bengkak macam kena suntikan kolagen. Terasa air liur menjejeh je, padahal tidak.. hehe.
Jagalah kebajikan gigi kita. Tapi bagi kes akak, bukan tak jaga kebajikan.. Akak rasa badan ni kurang kalsium. Jaga macamana pun tetap rosak selalu.. Maklum, kecik2 dulu tak minum susu. Tapi minum kopi kampung nan hitam tu.. sob sob, sedihkan...
No comments:
Post a Comment