Gambar dari Sinarharian.com.my
Wednesday, January 9, 2013
Karma & Azizah
Kala ini saya tengah menonton drama Karma di TV9. Bukan nak mengulas pasal ini cerita, tapi nak mengulas pelakon2nya yg hebat2. Watak antagonis utama Zeila Jalil, Leya dan beberapa yg saya tak kenal. Tapi selalu juga muka dorang keluar TV. Watak baik Fouziah Gous & Aaron Aziz. Watak penting punca masalah, Tarmimi Seregar. Tapi akak suka watak Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Fouziah Gous isteri muda Tarmimi (Tan Sri) tu. Azizah tu elok kalau lakon jadi mak yg baik, lembut dan penyabar gitu! Suka tengok. Tak suka kalau dia lakon gedik2, orang kaya ke, orang sombong ke... hahaha! Tetiba akak jadi pengulas drama. Tak sedor gulai kat dapur dah nak kering :P
Saturday, January 5, 2013
Monster in My House
MONSTER
Monster!!? Fawwaz tak habis2 cakap ada 'monster' kat rumah ni. Kat atas lah, kat dalam toilet lah.. Tapi buat masa ni, mak dia belum rasa nak seram lagi. Mak sekadar bayangkan monster comel yg berupa 'cookie monster' atau 'mamee monster' saja... heheh! Apa punya mengarutlah mak ni.
HAPPY?
Kebelakangan ni asyik2 dia bertanya "mummy, are you happy?". Dalam setengahari ni je entah berapa puluh kali dia bertanya. Kadang rasa comel, kadang2 penat sungguh nak menjawabnya. Sebab kalau dia tak puas hati dengan cara kita menjawab, akan bertanya dan terus bertanya. Agaknya nampak mak dia ni serius sangat kot.. hihihi
PASTA
Antara favourite food Fawwaz ialah spaghetti carbonara Pizza Hut punya. Setakat ni yg lain2 punya produk, dia macam tak berapa suka. Ohhh.. ada lagi satu, masa di Bahrain dulu. Mrs Vannellis punya. Tapi kat Pizza Hut ni pun ada macam2 kategori rasa. Ikut kat mana kita order. Setakat ni antara yg masih mengekalkan rasa dan accessories original ialah kat Sek 7 Shah Alam dan Giant Kelana Jaya. Tak pastilah hari ni kot2 dah ikut tukar macam restoran PH yg lain2. Sebab dah janji dan tak habis2 dituntut, pagi tadi beli yg di Jitra punya. Hangus bawangnya.. masin pulak tu. Iyelah, chef pun tak sama kan.. :)
CERITA KOREA & KASUT
La ni mak frust sket sebab tak boleh bukak TV Alhijrah. Dah 2 hari missed cerita Korea, My Beloved Sister tu. Boleh bergaduh kalau buka! Walau mata dia tak tengok kat channel Mickey tu, tapi telinganya mendengar. Kalau tak, idokle dia sorang2 cakap English kat sekolah... Seronok melayan cerita Korea tu. Dari percintaan yg kadang indah kadang sukar, kegigihan seorang kakak menjaga adik2 yg bukan kecik pun, dan kehidupan sebuah keluarga yg penuh ciri2 kasih sayang dan konservatif. Sebelum ni tak berapa perasan, tapi perkara kecil yg saya tengok ialah orang2 Korea ni kena buka kasut kalau masuk rumah. Tak kira rumah besar atau kampung. Tak macam cerita Indonesia.. Pakai kasut di dalam rumah adalah kebiasaan.

Mrs Vannelis pasta

Thursday, January 3, 2013
Moga2 Dipermudahkan
Hari ni memang penuh jadual akak. Dari menghantar Fawwaz ke sekolah di pagi hari, pergi ke market beli ikan dan sayur, masak, mop lantai, basuh dan sidah baju, keluar lagi pergi ke klinik.. Lepas maghrib keluar lagi untuk menghadiri kuliah haji dan umrah anjuran Ustaz Razak. In shaa Allah, ada rezeki dan seruan, akan ke sanalah akak nanti. Balik2 sambung cuci pinggan mangkuk sambil membersihkan kawasan dapur. Terakhir uruskan anak yg meragam sebelum masuk tidur. Macam nilah kerja surirumah yg Allah kata pahalanya sangat besar. Alhamdulillah.. .
Projek baking akak belum bermula lagi.. Masih stuck dengan aktiviti dan keperluan harian ni dulu. Nak gi beli tepung kat kedai pun tak terbuat. Dan sebenarnya, otak pun buntu memikirkan bagaimana nak memulakan semula perkara yg dah agak lama ditinggalkan. Sudahnya, tiap petang tunggu cerita Korea je lah kat saluran 114 tu. Hohoho!!
Takpelah.. untuk malam ni saya malas nak memikirkan masa depan dulu. Rasa ngantuk pula bila terkena kipas angin ni. Kala ni bumi TTS agak sejuk juga. Maklum tadi siang, asyik hujan, tak pun gerimis atau rebas. Esok nak bangun lewat sikit. Tapi idokle sampai keluor matahari tu.. tahap2 6.30am sedang2 le kan. Pastu azam nak cuci kereta sebagai exercise pagi hari. Harap2 menjadilah ye! ;))

Sunday, December 30, 2012
Peristiwa Bergambar ;)
Ada cerita yang masih baru.. ada juga yg agak2 basi hehehh...
Peristiwa Hari Ini - Sesi Taklimat Sekolah
Sesi taklimat prasekolah di Sek Keb Darulaman Heights. Akhirnya setelah membuat survey ke beberapa tadika berdekatan, keputusan mak ngan pak ialah masukkan Fawwaz ke prasekolah. Bukan setakat murah, tetapi lebih kepada guru yg terlatih dan kesinambungannya untuk masuk tahun 1. Mak 'concerns' sangat dengan kekurangan anak. Jadi, bila dah biasa di situ, harap2 cikgu yg seterusnya nanti boleh meneruskan apa yg patut tanpa perlu nak bercerita dari A semula.
Kebiasaannya prasekolah ni ada kategori pelajar tertentu yang mendapat tawaran ke situ. Ianya lebih disasarkan kepada yg kurang mampu. Tapi, disebabkan sekolah ni baru, guru besar kata sapa2 boleh masuk berdasarkan pendaftaran tahun 1 dan 'first come, first served basis'. Ramai juga yang transfer anak dari tadika yg paling popular di taman ni, ke situ.
Dan yang kelakaunye... hari ni mak ngan pak, dua2 kena angkat jadi AJK sekolah tu. Pak jadi Pengerusi, mak pulak jadi penolong setiausaha. Hahhh!! Abis nanti kalau meeting, sapa nak jaga anak den yg bernama Fawwaz tu??? Aiyakkk.. nilah akibat cita2 pak yg awal2 rasa nak jadi AJK berdua. Gipang gitew... ekeke.
PERISTIWA PINDAH
Good night!! Tosbeheena ala khair.. Nak tidor..

Macam2 rupa kotak dan bungkusan. Maklum, pakai 'mover' kampung2 je.. hehehh! Mujo2 bawak lori 5 tan
Rete kesayangan akak... mesti jaga dengan elok. Tapi bila sampai sini, adalah yg tercedera jugak!!
Bila dah clear... Malam tu kami tidur ala2 perkemahan di bawah kipas.. Yg tinggal cuma set Unifi untuk hiburan sebelum serahkan kepada TM dengan penuh kepayahan dan cabaran keesokannya
Sebelum kutinggalkan Anjung Hijau dengan tanpa perlu menoleh lagi... huhuhu :(
Comel je rumah ni, tapi tahap mahal nak mam... zzzz
Akhirnya... inilah exitnya
Ambik kanan... jumpalah signboard ke rumah akak.. yayyy!
Good night!! Tosbeheena ala khair.. Nak tidor..
Friday, December 28, 2012
Hari Bertapa..
Bermula balik hari2 bertapa ku. Apabila boss kecik a.k.a Ahmad Fawwaz tak mau diajak keluar rumah. Dia suka benor memerap kat dalam rumah ni. Sejuk sikit kot berbanding kat luar tu. Kalau dapat keluar ni, boleh la mak cari carrot. Teringin pulak nak baking kek keret bersalutkan cream cheese yg nipis. Bahan2 lain ada je, kecuali carrot. Pagi ni juga dah mengisi sedikit ruang di freezer dengan karipap frozen. Senang hati. Kot2 ada tetamu, adalah bendanya nak dihidang.. lalala.
Si budak Fawwaz ni dah nak sekolah 1 hb nanti. Tapinya, belum dikenalpasti sekolah yang mana satu. Mesyuarat jemaah belum menentukannya.. haha! Punyalah relaks makpak dia! Budak2 lain dah lengkap baju, kasut.. Ada juga orang kena shopping last minute nanti. Pastu kalau dah kelam kabut, semua pun tak menggembirakan.. Arghhhh... Takat ni dah 4 tadika termasuk sekolah pra kami survey. Tengok jelah nanti.. apa keputusan terutama dari tuan presiden ;)
Ha! Bila dia dah sekolah nanti, baru le panjang langkah mak ni. Nak kena mulakan projek. Back to square one! Takpelah, asal jangan give up! Atau, akak update je resume. Nak hantar ke mana, tak tau lagi. Mungkin hantar dalam folder sendiri je.. erk! Dah duduk tenang2 ni kenalah cari sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan dari orang. Walau orang itu adalah suami kita.
Selain tu projek2 lain pun dah siap tersedia. Projek bina rumah agak tergendala sebentar sebab pelan mungkin ada gangguan untuk masuk mesyuarat dan kelulusan. Ada masalah dalaman. Hari tu PM kepada developer ni dah cerita. Jadinya, lebih kepada perancangan dan angan2 yang lain seperti konsep apa, dapur rupa mana, langsir corak apa... bolehh? Tasik pun dah mengalami fasa pencemaran dengan lambakan tanah yg mencetekkan tasik tu.
Abe pulak duk suruh2 akak attend kursus Umrah. In Shaa Allah, adalah plannya bila tiba serunya nanti. Tapi hati ni alih2 macam tak berapa teruja pulak nak ke kursus. Aishh.. adalah yg tak berapa tenteram kat hati ni. Tercemar sikit kot... Astaghfirullah. Apa jugak aku nihh :( Moga2 Allah tetap lorongkan kami ke sana. Amin.

Tuesday, December 25, 2012
Cuti Krismas, Kenduri dan Angin Timur
Wahhh... sedapnya bau kari kenduri orang sebelah! Sat lagi pukul 11.30 pagi baru kami nak menjenguk kot. Bukan taknak tolong, tapi baru2 ni seganlaa.. Eh! Bukan segan malas, tapi segan malu. Lepas ni nak kena control kot penggunaan perkataan 'segan' tu.. Nanti dikata orang akak pemalas (penyegan). Almaklum juga, sebelum ni macam kera sumbang kat Anjung Hijo yg serba 'privacy' tu. Lepas ni kena belajar hidup bermasyarakat sikit kot. Apa2 pun kena tengok 'flow' macamana.. Tradisi di kejiranan ni macamana.
Malam tadi konon nak buat apam utk dijadikan buah tangan. Ahh... jiwa kacau lagi rupanya. Apam akak tak jadi elok. Tapi boleh makan laa.. Dahlah bahan cukup2. Jadinya akak cancel nak bawa benda tu. Masuk je dalam freezer. Kali ni nak buat muka tebal je dulu. Dah semalam2 nak cari keledek dan kentang asyik lupa je untuk dibuat karipap. Nak bakar kek pun tak boleh. Pasrah. Abe kata ni bukan macam kat kampung, orang datang tolong2.. Iyalah kot :(
Kat sini orang Kedah kata musim 'angin Timoq (Timur)'. Akan terjadi dari Disember sampai Mac. Kuat dan kencang ya amat sesekali bila angin tu bertiup. Malam pertama dengan Fawwaz je kat rumah ni akak rasa tak lena tidur. Rasa pokok nak tumbang, rumah nak tumbang. Pintu bilik pulak rasa ditolak2 orang.. Seram juga.. hahaha! Malam tadi, Fawwaz pulak jatuh takut dan menambah keseraman. Duk kata ada ada monster je kat atas tu esp dalam bilik. Mujor dia kata 'monster'.. kurang sikit seram berbanding perkataan 'hantu'.. :P Pintu bilik dan toilet asyik terbuka dan terkatup. Sebab angin kencang tu laa...
So, misi cuti krismas hari ini... Nak pusing2 Alor Star cari apa yg patut. Langsir pun belum ada ni. Duk pakai sheer curtain lama ni lagi. Kalau malam can see through gitu. Jadi, walau dalam rumah, esp malam akak kena berpakaian sopan gitu hehe..

Sunday, December 23, 2012
Mengemas Sokmo
Sejak sampai ke bumi Jitra hari Khamis lepas, aktiviti mengemas akak tak habis2. Termasuk juga aktiviti membasuh langsir, cadar, alas kaki, kain buruk, dan sebagainya. Maklum saja, mesin tak besar mana, langsir pulak pelbagai warna.. belum kira kat mana nak sidai lagi. Jadi, kenalah ikut peringkat memandangkan pakaian harian pun sentiasa banyak. Yelah, dah keja extranya tukar2 baju, itulah jadinya.. :P
Pagi ni bawa Fawwaz ke sekolah. Ingat nak bertanyakan segala macam persoalan yg ada kat kepala ni. Rupa2nya ampeh je.. Selepas keluar kawasan dengan keciwa, akak pun bawa Fawwaz meronda ala kadar kat pekan Darulaman ni. Singgah le kat Yawata beli kitkat dan chipsmore.. hahaha! Itu je semata2.. Adalah lagi 2 barang. Sebenarnya teringin nak cari keledek atau kentang, tapi tak cantik lak yang kat situ. Semalam gi market, tapi missing dari memory pulak.. Pegi pasar malam, lecak.. Akak mengada tak mau jalan jauh. Beli bawang ngan bilis je kat tepi2 tu..
Duk fikir, esok nak meronda ke mana pulak. Risau ni. Tadi jiran selang sebuah rumah menjemput ke kenduri kesyukuran kat rumah dia. Esok lusa. Nak bawak apa? Oven dan dapur akak belum boleh guna. Salur gasnya patah. Oven pula.. bingung memikir nak cucuk kat mana. Memandangkan power point yg ada tak cukup strategik lagi sikit. Takat nak masak biasa, boleh guna yg dah ready kat rumah ni. Cumanya, satu stove tu mengeluarkan jelaga. Abis hitam periuk akak! So, akak banned ia dari penggunaan.
Esok juga nak sambung menyimpan pakaian ke dalam almari. Satu pekerjaan surirumah yg akak tak berapa nak suka. Melipat tu tak mengapa. Menyimpan tu yg buhsan. Sampaikan semalam abe ku sudah buat satu teguran.. Manakan tidak, dah lipat cantik, aku tinggal je kat atas lantai depan TV.. Padahal dah bangun ke sana sini... hahaha!

Subscribe to:
Posts (Atom)