Pages

Saturday, January 5, 2013

Monster in My House

MONSTER
Monster!!? Fawwaz tak habis2 cakap ada 'monster' kat rumah ni. Kat atas lah, kat dalam toilet lah.. Tapi buat masa ni, mak dia belum rasa nak seram lagi. Mak sekadar bayangkan monster comel yg berupa 'cookie monster' atau 'mamee monster' saja... heheh! Apa punya mengarutlah mak ni.

HAPPY?
Kebelakangan ni asyik2 dia bertanya "mummy, are you happy?".  Dalam setengahari ni je entah berapa puluh kali dia bertanya.  Kadang rasa comel, kadang2 penat sungguh nak menjawabnya. Sebab kalau dia tak puas hati dengan cara kita menjawab, akan bertanya dan terus bertanya. Agaknya nampak mak dia ni serius sangat kot.. hihihi

PASTA
Antara favourite food Fawwaz ialah spaghetti carbonara Pizza Hut punya. Setakat ni yg lain2 punya produk, dia macam tak berapa suka. Ohhh.. ada lagi satu, masa di Bahrain dulu. Mrs Vannellis punya. Tapi kat Pizza Hut ni pun ada macam2 kategori rasa. Ikut kat mana kita order. Setakat ni antara yg masih mengekalkan rasa dan accessories original ialah kat Sek 7 Shah Alam dan Giant Kelana Jaya. Tak pastilah hari ni kot2 dah ikut tukar macam restoran PH yg lain2. Sebab dah janji dan tak habis2 dituntut, pagi tadi beli yg di Jitra punya. Hangus bawangnya.. masin pulak tu. Iyelah, chef pun tak sama kan.. :)

Mrs Vannelis pasta

CERITA KOREA & KASUT
La ni mak frust sket sebab tak boleh bukak TV Alhijrah. Dah 2 hari missed cerita Korea, My Beloved Sister tu. Boleh bergaduh kalau buka! Walau mata dia tak tengok kat channel Mickey tu, tapi telinganya mendengar. Kalau tak, idokle dia sorang2 cakap English kat sekolah... Seronok melayan cerita Korea tu. Dari percintaan yg kadang indah kadang sukar, kegigihan seorang kakak menjaga adik2 yg bukan kecik pun, dan kehidupan sebuah keluarga yg penuh ciri2 kasih sayang dan konservatif. Sebelum ni tak berapa perasan, tapi perkara kecil yg saya tengok ialah orang2 Korea ni kena buka kasut kalau masuk rumah. Tak kira rumah besar atau kampung. Tak macam cerita Indonesia.. Pakai kasut di dalam rumah adalah kebiasaan.


No comments:

Post a Comment