Pages

Monday, May 11, 2009

Ipoh White Coffee

Free promo... aku baru je buat instant white coffee yg aku kira sedap arr.. Brand Super. Tu yg pukul 11 mlm masih segar bugar. Bukan nak tahan tidur. Tapi selalunya kalau nescafe taklah berapa lut sangat..

Aku sekarang bertapa kat Bukit Jalil dekat seminggu dahh. Tapi sempat juga drive ke JB for the first time with Fawwaz hari Khamis tu. 4 1/2 jam + singgah rest kat RnR Pagoh, mcm sama balik S.Bernam je. Mujur tak sesat nak cari Puteri Pacific tu. Selalu teksi hantar dari arah lain. Balik bawa hubby & barang2 terakhir dr S'pore. Baru terasa betapa penatnya daku memandu di lebuhraya tu..

Now, aku teringin nak buat makeover kat rumah persinggahan ni, tp macam takkan tercapai je. Mmmm.. nampaknya sokmo gitulah. Sok lusa dah nak balik kampung. Ingat nak balik esok je, tapi malas la pulak.. Rasa miss nak pergi sana sini.. Yang penting aku kena settle income tax yg alih2 suruh aku bayar utk 2008. Terkejut sehh.. Morale nya, sapa2 yang berhenti kerja dan jadi macam aku ni, kena siap2 inform IRB so that dorang tak bazir kertas buat estimation utk kita.. Kita pun taklah tekejut nanti dapat saman.. hu hu!

Thursday, April 30, 2009

Last Notes from Pasir Ris Street 21

Today is my last day in Singapore.. Akhirnya aku akan meninggalkan tempat ini. Selamanya atau akan patah balik, hanya Allah yg menentukan. Buat masa ni macam selalu, takde perasaan. Tapi aku pasti akan teringat2 juga suasana damai kat sini. Walaupun orang2nya tak berapa mesra (atau aku yg tak mesra ha ha!), tetapi mereka tu sangat beradab. Simple things macam tolong angkat barang, mendahulukan kami sebelum dorang tinggalkan lif, dll amat meninggalkan kesan. Walau nampak rugged atau ala2 rupa mat rempit, tapi still gentleman..

Kebersihan, tak usah cerita.. Memang tempat ni bersih dan nyaman. Nama pun pulau, berangin je.. cuma sekarang tgh musim panas. Tapi inilah sebenarnya negara yang maju - bersih, aman dan kurang jenayah. Kemana pergi tak rasa orang nak rompak atau ragut kau.. Kat sini kami tak pakai kereta sendiri, sebab public transport memang bagus. Walau ada juga kesusahan dengan bawa baby atau budak kecil naik bas, mrt atau teksi, rasa stress tu tak ada. Kalau ada sikit pun masa nak seberang causeway ke JB. Fawwaz pun dah pandai tap ez-link card..

Kami akan balik ke KL malam ni naik AirAsia pukul 920pm. Selama duduk sini, sempat rasa semua carrier SQ, MH, AA, Tiger & Jetstar. Bas pun pernah naik masa belum ada anak. Hubby akan balik kerja till next week and leave for Bahrain in May 10. Aku & Fawwaz pulak pergi June 13. So sempatlah abah survey apa yang patut esp keperluan Fawwaz macam susu & diapers. Kat sana tengah panas, so aku kena buat preparation dari segi ubat-ubatan, pakaian, dll. All for this little boy. Sebulan duduk kampung sempat la kot post 1-2 cerita kampung pulak... he he! Bila la pulak sebulan nak duk Bukit Jalil je.. bukan apa, kesian Fawwaz (dan mak dia). Sebab dia quite close dgn abah, at least kat kampung boleh leka dengan orang2 dan aktiviti lain.

OK laa.. nak sambung packing (last minute)..

Aktiviti hujung minggu terakhir di Pasir Ris Park

Friday, April 24, 2009

Chow cin chow...

Asyik menghitung hari je.. tinggal tak sampai seminggu aku kat sini. Since shipping schedule masih belum confirm, aku pun slow je packing.. sehari 1 barang kott masuk kotak ha ha! Hari ni dan semalam aku mula buat operasi buang membuang sambil mengelap mana yg berhabuk.. Actually tak berapa rasa nak pindah, tp lebih kepada nak balik kampung...

Fawwaz pula tak berapa bagi aku buat kerja melainkan bermain dengan dia.. Hari2 kena turun bawah at least 2x, sekali dengan aku, sekali lg dgn abah. mmm anak aku makin kuat merajuk. Sikit2 tarik muka.. pastu nangis bercucuran air mata. Tapi makin lama motor skill nya semakin baik.. berlari, melompat, bergayut, angkat benda berat (utk umur dia).. Memory as well.. boleh ingat jalan balik rumah, toll & guard hse, dll. Then kemaskan balik peralatan mandi dia... Boleh juga susun permainan duplo nya dan mcm berangan... Cuma cakap je slow sesangat. Vocab nya tetap sama dari dulu :D :D



Bawah ni abah buat.. fawwaz tumpang posing je

Tuesday, April 21, 2009

Somewhere over the rainbow..

"Somewhere over the rainbow
Blue birds fly...
Birds fly over the rainbow
Why oh why can't I.... "

Tiba2 teringat lagu ni yg aku belajar masa form 3 during singing class... mmm! dulu kat CBN ada singing class ye untuk budak2 form 3. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin supaya tak stress dalam menyediakan diri utk SRP.. unik sekali! Aku pun tak ingat nama cikgu muzik tu, cuma bila dia main piano, sepenuh perasaan sungguh! Sebut pasal piano, budak2 CBN time aku dulu, akan tonggang langgang masa nyanyi lagu "Negaraku" kalau takde iringan piano.. hi hi...

Sebenarnya baru tengok gambar reunion.. tu yg terimbau zaman sekolah :P

Saturday, April 18, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Macam biasa, weekend kami suka beriadah di tepi laut. Selalunya samada di Pasir Ris Park atau Changi Beach. Kalau di Pasir Ris Park selalunya aktiviti menaiki basikal atau menyusuri jalan tepi paya, melihat keindahan fauna.. Tapi kalau di Changi Beach ialah aktiviti bermain pasir tepi laut je sambil tengok kapalterbang terbang rendah untuk landing, kapal2 laut, dll.. Weekend macam ni Singaporeans paling suka camping sambil buat barbeque. Seronok kadang aku tengok families berkumpul sambil camping.. very sporting.

Sampai muncung mulut..


SQ's A380 - 2 tingkat + 4 engines.. besauu







Akhirnya dapat juga aku makan laksa buatan sendiri... slurrpp! So, dah tak teringin.. :D

Friday, April 17, 2009

Petua

Last few years, aku ada masalah kolesterol LDL yang tinggi. Rasanya sampai sekarang, cuma aku dah tak pernah check. Baru go thru' balik list of petua dalam koleksi. Sesiapa yg ada masalah yang sama, marilah sama2 mencuba...

Petua mengurangkan kolesterol
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kasturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.


Petua mendapat anak yang cerdik
Untuk mendapatkan anak-anak yang cerdik (selain semulajadi cerdik) dan tidak lembab cuba elakkan memberi makan nasi sejuk (nasi semalam). Contohnya nasi goreng daripada nasi sejuk. Jangan dijadikan amalan mengoreng dan memakannya. Jika hendak makan nasi goreng masak nasi yang baru dan barulah digoreng. Wallahualam.

Thursday, April 16, 2009

Bila Kebosanan Melanda

Entahla.. sejak semalam aku bosan giler. Rasa macam patung je, tak dapat nak buat apa2. Habis majalah aku baca.. e-paper lagi... kalau star online tu, tak tau dah berapa kali aku click for the latest news. TV program entah apa2.. Anak lak tak bagi aku buat keja sgt melainkan layan dia depan TV. Bukan tengok sangat pun..

Masa ni la aku terfikir bestnya kalau dapat ronda2 dgn kereta comel ku tuu.. Masa ni jugak aku teringat pasar malam la, laksa (yg aku jarang nak suka), resort tepi laut la, jogging kat taman depan rumah aku tu... secret recipe la, cendul mamak depan apartment tu... mmmm macam2!