Pages

Sunday, September 30, 2012

Cerita Kedai Kopi..

Tetiba terngiang2 lagu 'cerita kedai kopi' yang saya pun tak tahu siapa penyanyinya.. Yang pasti, cerita pasal bajet 2013 belum habis2.  Ada yang suka, ada yg biasa2, ada yg tak menghargai...  Saya sendiri tak ada apa yang nak disorakkan.. Sudah tentu tak dapat bonus, tak dapat BR1M, tak dapat imbuhan, apa lagi baucer buku, diskaun PTPTN pun tak dapat..  Tapi yang pasti, saya amat bersyukur dengan pembentangan bajet baru2 ini.  Saya masih dapat menikmati subsidi yang tidak nampak... juga menghirup udara yg dikira segar dan bersih. Menikmati keamanan walau banyak juga jenayah di luar tu yg semakin menggila, dan cakap2 politik yang memuakkan.  saya dapat minum air yang bersih terus dari paip, tak keruh atau bergaram.. MasyaAllah, sudah cukup lah..

Dan untuk pertamakalinya saya setuju dengan petikan kata2 MB Selangor di Utusan Malaysia semalam (tak ingat ayat sebenarnya). Kerajaan turut harus mengajar rakyat untuk berjimat.. Ya, kalau asyik ikut cakap rakyat, memberi.. memberi.. lama2 boleh kering kontang, umpama gunung yg ditarah. Tapi sapa yg tak suka nak menerima, ye dak?  Saya pun suka... Tak usah kata tidak!

Mungkin kalau tak pernah duduk di luar saya tak mensyukuri nikmat ini sepenuhnya.  Atau kalau masih bekerja dengan gaji beribu-ribu lemon, saya akan sentiasa kekurangan sebab banyak yg nak dibeli.. Hidup sekarang umpama 'yang sedang2 saja..'.. tapi keseronokan tak dapat digambarkan.  Yang penting banyak masa untuk bersama anak dan duduk lepak2 di rumah sambil dapat menjana wang sikit2.. Tapi untuk melalui situasi gini, perasaan redha tu pun kena beribu2 lemon ye.. hehe!  Tak dinafikan sesekali makhluk bertanduk tu cuba menguasai minda.. Lawan jgn tak lawan!

Kalau ada peluang, boleh juga tengok peluang kot2 boleh jadi usahawan berjaya lagi kaya.  Banyak peluang dan bantuan yg disediakan oleh kerajaan.  Selain peluang menambahkan ilmu dan berguru dengan mereka yang pakar..

Oklah.. tiba2 rasa dahaga sangat ni!  Nak bangun minum dan solat... lepas tu packing karipap yg saya dah buat tadi untuk disejukbekukan.  Fawwaz dah tidur sebelum sempat saya beri makan nasi.  Tapi dia dah minum susu entah berapa botol tadi.. refill dan refill.  Dah besor minum kat botol lagi.. Abahnya kata takpe, sebab katanya yg dulu2 pun gitu.. hehehe!

Ini je yg saya tak berapa nak tahan... Jalan jam!

Sunday, September 16, 2012

Syawal Pun Berlalu..

Sekejap je rasa... dah pun habis raya.  Lepas ni tak dapat lah akak nak dengar lagu si Black ft Malique tu.  Alaaa... lagu "Aku kan pergi, bertemu kekasih abadi.. tiba masanya kau cari pengganti...".  Huh... menusuk hati.  Agaknya sebab Black tu yg nyanyi. Suka saya dengar dia nyanyi.. Apa pun jadi sedap!  Pasaipa tak buleh dengar lagi lagu tu, sebab lirik tu cakap.. "tiba pagi Syawal.."  Lebih kurang laaa..

Petang ni, sepatutnya saya penuhi 2 jemputan rumah terbuka.  Satu di Setia Alam, satu lagi di Jenderam Hilir.  Dua tempat yang bertentangan.  Tadi saya dah tenung je peta Jenderam tu.  Blank!! Takde idea macamana nak pergi ke situ.  Rasa nak pegi sebab tahun2 lepas pun tak dapat pegi ke majlis regular customer kek saya ni a.k.a sahabat zaman sekolah menengah, Atie.

Saya ni sejak ada anak memang fail nak hadir ke rumah2 dan majlis orang.  Hehe.. salahkan anak pulak.  Yelah.. hanya daku yg tahu dan sering mengalaminya.  Sehingga agak2 trauma. Setiap kali dapat jemputan, hati akan terus berkata 20% pegi, 80% gagal. Huhu.. mind set!  Especially bila cuma berdua dengan anak bujangku itu.  Samada dia akan tidur dan tak mau bangun, bangun lepas tu ajak balik, atau tak tidur tapi tak mau keluar dari kereta.  Kalau dapat parking depan rumah, saya akan biarkan je dia dalam kereta.  Kalau tak tu, alamatnya patah balik rumah le..  Semalam ke rumah makcik dan adik pun dia nak duk dalam kereta je.  Apatah lagi ke rumah orang yang tak dikenali..

Inilah hari raya kami.. Mohon maaf kepada kawan2 dan saudara mara kerana gagal mengunjungi korang semua.  S'times I feel helpless.  Tapi syukur kepada Allah, masih ada ruang yang sangat2 membahagiakan.

Sunday, September 9, 2012

Andai anak buat hal..

ISTIGHFAR UNTUK DIRI SENDIRI.. Inilah antara baris2 ayat yang tertangkap dek telinga, hati dan perasan pagi tadi.  Sewaktu saya sedang mengemas di dapur sambil mendengar ulangan program bersama Ustazah Norhafizah di radio IKIM.  Istighfar kala melihat sikap anak atau ragam anak (yang negatif la tu..).  Sebab, ianya mungkin gambaran diri kita atau juga dia telah mencontohi sikap negatif kita..  Astaghfirullah..

Moga2 mama bisa menjadi lebih sabar.. Dan mama tak pernah lupa untuk berdoa untuk Fawwaz agar menjadi anak yg soleh.

Saturday, September 8, 2012

Kurus kah?

Dah beberapa hari en abe pulang ke Kedah.  Sebelum keluar pintu, antara pesanannya ialah "tambahkan berat badan sikit".  Hohoho... dahsyatnya pesanan.  Orang sibuk2 minum susu kurus, akak kena makan appeton pulak nanti.

Isteri yang kuat menjawab ni cepat2 balas "... kalau dapat kerja balik mesti gemuk sikit. Ada geng nak makan2.."  Dan tak perlulah ditulis apa jawab abe pulak..kihkih!  Saya rindu suasana kerja dan hari gaji.. :D

Memang saya ni underweight sekarang.  Bukan pasal tak cukup makan, tapi tak tau pasal apa.  BMI saya ialah 18.8 sahaja.  Kurang beberapa ratus gram. Itu timbangan selepas saya duk pulun roti canai dan nescafe.  Saya pun tak berapa selesa sebenarnya.. Bila pandang cermin rasa cengkung dan tak bermaya.  Di manakah seriku? Ado.. nak tanya kat sini pulok!  Nantilah.. pelan2 pegi ke Aura Seri ekk.. agak2 berapa percent seriku naik.. Hihi.. mula dah aku merepek!

Manusia mana pernah puas.  Bila tembam sibuk nak kurus.  Dah kurus, sibuk nak tambah berat.. Dan orang sekeliling, dari sedara mara, adik beradik ke sahabat handai termasuk suamiku tadi, tak puas2 menegurku kurus.  Cuba dorang bagi aku sampel percuma susu gemuk ke.. bagi rasa sebulan free..hahahh!  Mungkin saya tak cukup rehat, tak cukup tidur ke apa.. Sebenarnya risau juga.  Harap2 bukan penyakit.  Teori Shima haritu ialah saya sebenarnya susah hati... Rasanya beberapa percent ada betulnya.  Lebih kepada gundah gulana sebenarnya.  Otak duk pusing macam gasing.  Terbawa2 selama beberapa tahun.  Bukan pasal rumahtangga.. tapi mungkin kerana satu perkara yang tiada orang faham terutama orang yg paling dekat.  Jadi bila disimpan, ianya menjadi 'makhluk' yang menelan lemak2 dalam badan ni hehehe..

Bila bermula dengan dunia baking dan frozen, saya fikir ia terapi.  Rupanya tambah penat bila masuk bab2 nak mencuci dan mengemas.  Kadang2 sampai lupa makan minum. Tapi takpelah, bila tengok2 semula gambar2 kek yang dihasilkan dengan jiwa tu, lega dan seronok.

Pesanan pada diri, tak perlulah memikir sangat.. Bersyukur jadi orang kurus sebab tak semua orang berpeluang di kala ini.  Fikirkan masalah nak kurangkan kolestrol tu je.. Orang tegur "hari2 makan kek pun tak gemuk2..".  Depa tak tau ke memang aku tak gemuk, tapi kolestrol jahat tu yg agaknya melompat2 gembira bertambah ahli saban masa... :P

Friday, August 31, 2012

Jangan Kagum Sangat... hehe!


Yang ni pula kisah en suami ku.. Pagi tadi selesai isi minyak, abe lap pula windscreen tu.. Dah lepas lap, dia terus masuk kereta sambil bercerita satu kisah di hari raya.. 

Satu hari sedang dia nak isi minyak, terpandang akan satu pasangan yg tengah isi minyak juga. Masa si suami isi minyak, si isteri pulak duk lap cermin kereta tu.  Jadi, abe saya pun menyatakan kekagumannya pada si isteri tu yg tak hanya duduk dalam kereta baca paper (macam yg saya buat tadi).  Elleh.. apa sangatlah yg nak kagumnya kataku, ala2 'biawak' bak kata Dr Azizan tu.  Biasalah tu, saya pun kalau isi minyak kekadang lap juga cermin tu.. Saya lagi cuci kereta sendiri, siap panjat2 lagi.. Kereta matrix kan tinggi... :P

Tapi en abe tetap kata situasi pasangan tu sangat 'rare'.. Suka ati lahhh.. tak berapa rajin nak ulas lagi. Boring kan..?  Maka suamiku pun start engine dan mulakan perjalanan.  Tetiba ada satu bunyi... prangg!! (lebih kurang laa bunyi gitu..).  Hahhh... rupanya dia lupa nak letak hose balik dan tutup tank minyak tu. Tersipu2 abe ku keluar betulkan keadaan.. Haa!! tu dia!!  Akak pun pulang paku buah keras..

"Mmm.. tulah.  Heran sangat kat orang, sampai lupa... Elokla tu, semua orang (kat stesen minyak) pandang... sebab tak pernah jadi".  Moralnya, jangan sangat nak puji bini orang yg rajin tu, sedangkan bini sendiri dan tahap superwoman...tak pernah dipuji, lagi tidak disedari..  Bukan apa, kadang2 tu terbuku di hati tapi malas keluarkan je.. Pagi ni Allah bagi jalan untuk keluargan sikit... hehe!!


Thursday, August 30, 2012

Lemah nya!

Entahlaa.. pasal apa semangat juang ku ini tak kunjung datang.  Nak kata terlebih makan kuih raya, ketupat rendang idakle pulak..  Akak sentiasa memelihara kesopanan mulut dan perut ni dari tergolong dalam kategori melantak! Makan setakat rasa je kununnya.. Selari dengan pergerakan akak..

Lemah je badan ni, mata rasa nak lelap je macam tak pernah tidur malam.. Macam puasa je.  Padahal puasa sehari je haritu. Apalagi gantinya sehari je, dah settle pulak tu.. nak meneruskan ke 6 hari tu macam2 halangan.  Aishh! Teruk betul aku ni... come on!! come on!! wake up.. (terus teringat cara jawab Fawwaz, "no thank you!")  haha..

Agaknya sebab berperang dengan dalaman ni.. Dalaman ni sedang memencilkan dan mengecilkan diri.. Dalam waktu yg sama terasa nak buat macam2, tapi tak mampu.. banyak kekangan.  Sampaikan nak jenguk adik dekat hospital yg amat dekat tu pun tak dapat.. Nak melawat di luar waktu tak dapat, apatah lagi dalam waktu melawat. Budak kecik macam Fawwaz tak boleh masuk melainkan weekend katanya.. Jadi, saya ni tinggal mengenang je..  Tak apalah, Allah sedang membataskan pergerakan saya yang dulunya puas ke sana sini tanpa halangan!  Ditakdirkan saya ini perlu bergerak dan hidup sendiri sampai bila2 walau dah berumahtangga... Redha je lah ye!  :)

Mulalah rasa nak berangan2... kalau lah.. kalaulah boleh... mmmm...  Tadi sempat sembang dengan Shima, masa hantar kek ke ofisnya... Ku bilang "aku nak jadi perempuan sihir macam mak tiri si Rapunzel.."  Hado!! Saat merapu sudah tiba... :P

Tuesday, August 28, 2012

Ujian Allah..

Ini kisah adik bongsu saya... yang membuat saya kurang semangat hari ini.  Asyik terkenang-kenangkan dia yang sedang menahan kesakitan di hospital... Teringin nak jenguk lagi tapi tak mampu dengan keadaan diri sendiri.. Tadi dapat jenguk sekejap dan melayan apa yg patut sebelum tergesa2 balik nak ambil anak di sekolah.

Adik saya ni baru saja bersalin anak pertama beberapa hari sebelum hari raya.  Kira anak aidil fitri lah juga.. Comel dan tembam macam mummy dan daddy dia juga. Kesan bersalin dah tentu belum cukup sembuh... Beberapa hari lepas, masa buat pemeriksaan, gynae dia ternampak benda macam cyst di ovarinya sebesar 12cm.. Beberapa hari lagi check, dah naik 14cm! Cepatnya. Saya yg dengar pun jadi hairan! Maka semalam adik sayapun secara emergency masuk ke Hospital Serdang.  Beberapa jam selepas tu, selepas beberapa pemeriksaan, terus masuk OT.  Dalam 2 jam lebih selamat dah... masuk wad.

Pagi tadi, diluar waktu melawat saya usaha juga melawat dia.  Asalnya dah nak give up juga sebab tak dibenarkan, tersalah pintu dan takde orang buka, tapi Allah permudahkan akhirnya.  Sama macam Allah permudahkan saya menemui tempat parking kereta.. Tau2 je lah kat hospital tu, tak pernah tak sesak!  Masuk2 tu memang takde siapa yang menjaga.. Sama macam pesakit2 lain juga.  Suaminya dah kehabisan cuti.. kesian, nak bergerak pun susah.  Yang paling kesian bila dengar adik cakap, Dr beritahu yang tiada cyst dijumpai melainkan bladder (pundi kencing) yang penuh.  Pasal tu adik susah nak buang air kecil lepas bersalin...

Mmm... kalau saya kecewa mendengarnya, apatah lagi empunya badan yang terpaksa menanggung kesakitan dibedah.  Saya anggarkan 5-6 inci kot..  Sedangkan untuk tujuan itu, hanya perlu bantuan tube sahaja.  Begitulah kisahnya.. Sesungguhnya doktor itu manusia biasa dan tak lari dari kesilapan dan kecuaian.. Padahal tak kurang dari 4 orang doktor yang memeriksa adik saya tu dan mengatakan perkara yang sama.  MasyaAllah, besar juga ujian adik saya tu.. Mujur juga baby nya ada yang menjaga iaitu ibu mertua yang masih sihat dan cergas.  Ibu sendiri dah sedikit uzur..

Semoga adikku tabah dalam menghadapi ujian ini.  Dan semoga kesakitan itu bisa menggugurkan segala dosa2 kecil mahupun yang besar..