Pages

Friday, January 16, 2015

Perginya Si Tamteh..

Tamteh dah pergi kepada Penciptanya..
Pagi tadi, Jumaat 16/1/2015
Di bawah tayar Kia Sportage yang sedang bekerja..


Sedih rasa hati akak seharian ni.. Walau cuaca tengah panas kering di luar tu, dalam rumah hujan sekejap2.. Mujur juga akak ni busy hari ni.. Banyak pulak tu kisah di sepanjang hari..

Tamteh adalah singkatan kepada 'hitam putih'. Pemilik nama ialah seekor kucing jantan yang tiba2 muncul di malam hari sewaktu kami sedang duduk di luar rumah, sebelum keesokannya nak bertolak ke kampung untuk transit sebelum bertolak ke Mekah menunaikan Umrah pada tahun lepas. Dia muncul dalam keadaan terpinga2. Keesokan paginya, kami tinggalkan dia macam tu saja dengan meninggalkan sebungkus nasi lemak, tapi nampak macam dia tak minat. Sekembali dari Umrah, Tamteh masih setia menanti di rumah. Kebajikannya dijaga oleh adik ipar yang menjaga rumah.

Tamteh ni suka memanjakan diri walau dia kucing kategori tua, Akak pulak tak suka melayan kemanjaannya. Akak kategori mak yg garang tapi dalam hati ada taman.. Macam2 rules mak ni letak.. Tapi banyak juga kebebasan dia dapat di rumah ni sebab dia je yang ada access untuk masuk rumah berbanding kucing2 lain. Sejak rumah kongsi di depan tu dah sepi, makin meriah kucing2 yang datang. Takpelah, kita boleh kongsi rezeki yang ada.. janji jangan masuk. Tamteh je boleh masuk, baring2 di sofa, atas katil dan lain2 tempat dengan pelbagai aksi. Janji jangan gesel2 mak tiri nih! Hehe... kekadang memang keji mak ni tapi dia tetap suka mengendeng kat mak mengalahkan Fawwaz!

Sejak balik dari bercuti di kampung haritu Tamteh agak berubah. Comot dan ada luka ditelinga. Akak mampu pandang dari jauh je. Hari2 balik comot. Suka main di semak malah pernah beberapa kali pacat masuk ke rumah. Dialah suspek sebab masa tu dia yg ada berdekatan. Bila dah comot, mak tiri makin straight. Rasa nak shampoo kan saja tapi mak geli! Banyak lagi perubahan pada Tamteh yang buat dia semakin sukar nak dapat akses ke dalam ni.. Paling buat mak hilang minat padanya bila timbul ancaman baru di rumah ni.

SIKENIT

Dalam seminggu ni nama sikenit atau kutu sangat menggerunkan. Akak pun tak pasti sikenit ni term untuk kutu kucing atau binatang lain. Sebab akak baru dengar nama tu dalam minggu lepas. Isu mula timbul bila Fawwaz dihinggapi sikenit. Dia mengadu sakit. Makin hari makin sakit, tapi mak tak dapat kesan sakitnya di mana. Dia tak bagi sentuh mana2 bahagian di kepala. Ingatkan ada benda masuk ke telinga sampailah satu hari mak up kan status di FB. Rasa stress sangat. Dahlah abi dia kat KL masa tu.. Ada kawan kata benda kutil yang mak sebut tu adalah kutu kucing. Itulah first time mak tau akan kutu kucing. Banyak petua dicuba untuk tanggalkan dari leher. Sebagai mak yang tau perangai anaknya, memang ke doktor itu 'will be the last resort'. Apalagi nak tarik benda yang melekat macam kena gam gajah. Bila sorang BFF cadangkan guna air tembakau, tiba2 mak dapat idea guna garam. Sebab masa tu juga teringat kaedah nak tanggalkan pacat yang melekat kat kaki.

Alhamdulillah... menjadi formula akak. Sikenit tanggal sendiri bila ditabur garam halus, tapi tak tau ke mana hilangnya.

Dalam hari yang sama, tiba2 akak pulak macam rasa sakit di telinga. Makin lama makin sakit. Bila abe dah balik, baru dapat tengok. Selepas 1-2 hari sakit. Lama2 terpaksa jumpa doktor. Mak aihhh... memang sakit sangat proses nak mencabutnya tu. Apalagi kat dalam telinga yg dah tentu sensitif. Kesan lepas kena cabut pun susah nak hilang. Sakitnya dah lebih seminggu ni.. Lepas tu baru akak sedar yang sebelum ni dah pernah kena juga kat badan.. Tapi berjaya akak tarik sendiri dan memang sakit dan berbekas. Malah abe pun kena juga... Ya Allah... mmg seram makhluk tu.

Demikianlah kisah sikenit... Resah sebab potential carrier banyak kat luar tu. Bertambah resah bila tengok telinga si tamteh yang berdarah tu. Abe kata memang benda tu ada kat telinga tamteh. Akak suruh mandikan atau buat rawatan yang sesuai utk dia sebab kesian. Tapi takde respon positif. Mulut akak suruh buang tapi dalam hati jatuh kesian. Nanti jadi ancaman kat orang lain pulak. Pasrah je lah.. Dalam kepala duk fikir2 nak pergi Vet tapi kat mana? Lagi pulak tengah sibuk dengan produk baru ni..

Maka timbullah detik hati akak... biarlah dia mati dari menderita sakit macam tu dan jadi ancaman seisi rumah. Banyak lagi detik hati yang biarlah akak simpan sendiri. Hati akak memang taknak dia berkeliaran bimbang terkena lagi kutu tu kat Fawwaz terutamanya. Namun kebajikan perut kucing2 tu tetap akak jaga dengan penuh kasih sayang. Ada juga masa tercicir bila terlalu sibuk dan tuan rumah sendiri tak sempat makan.

Pagi tadi akak tak sempat nak beri makan pada tamteh and the gang lagi. Biasanya bagi nasi dengan ikan yang direbus je. Ada juga makanan kucing tapi nampak ikan rebus tu lebih menarik. Baru nak prepare abe dah bagi perkhabaran sedih. Tamteh terlanggar dek kereta 4WD abe yang tengah angkat batu dari bukit tu... Akak terkejut... tak pergi tengok sebab tak sampai hati. Tapi Fawwaz ada di tempat kejadian. Memang tamteh suka ikut kemana kami pergi.. terutama bila berkebun. Tapi tadi abe tak sedar yang dia ada di bawah tayar tu...

Itulah pengakhirannya si kucing... Seharian ni airmata mesti keluar bila tengok gambar dia atau memandang ke tempat persemadiannya. Sedih macam kehilangan anak. Fawwaz pulak seharian bertanyakan kemana 'cat' pergi dan suruh Dr ubatkan cat. Mujur dia boleh terima bila mak jawab "Allah dah ambil Cat... Cat dah pergi jauh.. Allah ubatkan cat... Fawwaz jangan cari cat lagi.. ". Dia pun angguk2 sebelum bertanya lagi sejam dua kemudian... Huhuhuu... sedihnya masa akak tulis ni... mau bengkak mata esok pagi.



Thursday, October 30, 2014

Blog Bersarang...dan LEGO punya cerita

Huarghh... lamanya tak masuk ke rumah ni! Adalah juga percubaan beberapa kali, tapi terhenti sekerat jalan. Yang sebenarnya takde cerita menarik untuk disembangkan...

Petang ni saya berehat panjang sampai dungu rasa otak ni. Merasa tidur tanpa gangguan di depan TV waktu sinetron. Biarkan sinetron yang tengok mak je.. hehe. Bangun-bangun baru terasa lapar. Mujur dah masak nasi dan ada lauk sambal hitam yang saya beli dengan adik ipar. Biasalah, kalau abe takda di rumah, akak umpama budak spoil yang malas tu. Cukup sekadar bersihkan rumah.. lepas tu merdekaraya dengan si bujang sorang tu.

LEGO

Kisah si bujang yang obses Lego tu... Buka mata je, selain cakap taknak sekolah, ialah "beli Lego baru..". Ingat mak dia ni toke kedai Lego ke apa... hehe. Tapi sejak dapat beberapa set Lego baru, tahap kerajinan dan motivasinya agak meningkat. Kalau nak Lego baru lagi, kena rajin belajar.. Maka adalah peningkatan pada dirinya.. menulis, membaca/mengeja, mengaji, dan lain2. Barulah ummi dan abi dia semangat nak mengajar. Tapi bab mengajar, umi serahkan je kat abi dia yang lebih melekat pada sel-sel otak Fawwaz. Yang mak dia ni agak tere mengajar ialah cara urus diri, matematik dan mengaji (doa dan hafazan), lepas tu baru seminggu ni dia minat nak baca Iqra'. Heiii... makan tahun dah nak ajar Iqra' ni. Takpalah, better late than never..huhu.

Apa-apa pun, Lego memang banyak merubah Fawwaz punya attitude kebelakangan ni. Kami jadikan ia sebagai reward atau kemajuan dia. Dr psikiatris yang baru lepas kami jumpa pun setuju dengan cara ni. Moga2 sel2 otaknya akan sentiasa berhubung.. Minggu depan dah nak periksa. Harapnya boleh dapat no.1 lagi.. hihi.








Friday, September 12, 2014

Perangkap Cicak

Memang geram kalau tengok cicak bermaharaja lela kat rumah.. Sana sini ada taik cicak. Mujur masih boleh disapu.. Kat rumah saya ni, macam-macam saiz cicak ada. Suka-suka je dia.. Maklum, takde rumah lain depa nak bersukaria..

Minggu lepas saya terjumpa barang baik ni di Tesco (walau saya sebenornya boikot ini tempat.. huhu). Mungkin sebab Allah nak jumpakan dengan benda ni. Hasilnya, banyak juga tangkapan saya minggu ni walau masih banyak juga yang belum kena.  Pasang kat tempat yang banyak cicak lalu lalang.. Padan ko cicak!!!


Dan sebenarnya tertulis juga sebagai perangkap lipas...


Wednesday, September 3, 2014

Sarapan Bersama Fawwaz

Pagi ni Ahmad Fawwaz hero saya tak banyak ragamnya bila bangun tidur.  Selalu pun takda ragam, cuma kadang mak ni kurang sabar bila dia asyik cakap tak mau sekolah. Trauma mak.. hehehe!

Hari-hari ucapan bangun tidurnya "tak mau sekolah!"
Lepas tu ummi akan jawab selamba "ya.. hari-hari tak sekolah..". Sambil tolong bukakan bajunya.

Tapi sebenarnya itu sekadar ucapan dia. Bila dah mandi dan gosok gigi, terus macam dapat ubat. Elok je pakai baju dan sarapan. Dia acah je kesabaran mak dia yg memang kurang sabor nih..

Sekarang, setiap pagi mak akan sediakan 2-3 jenis makanan. Jadi akan suruh dia buat pilihan sendiri mana yang nak dimakan sekarang dan dibuat bekal ke sekolah. Hari-hari kena bawa bekal sebab belum pandai beli dan mak malas nak menjenguk ke kantin waktu rehat. Jauh. Lagipun, setakat ni dia lebih suka kuih muih mak buat terutama pau yang lembut hingga ke petang tu. Pening juga nak menvariasikan makanan tu sebenarnya sebab bukan semua dia suka. Takkan pagi ke rehat makan pau!

Dalam seminggu dua ni nampak citarasa dia ada improvement. Ada penambahan dari segi pilihan, tapi ada juga yang dah ditolak iaitu burger. Tak mau dah dia.. jemu la tu. Air soya je yang belum jemu2.  Jadi, latihan membuat keputusan untuk Fawwaz bermula seawal pagi nak ke sekolah iaitu memilih makanan. Hehehe... maaakan je kan..


Pagi ni gorengkan karipap dan nuggets. Nuggets ni kadang dia makan dan kadang tak mau... dan memang mak jarang beli.  Tapi hari ni Fawwaz pilih nuggets untuk makan di rumah. Pau masuk bekas utk bekalan. Karipap tak laku .. hehe. Sebenarnya semalam dah bawa karipap ke sekolah.. Pau pulak setiap hari kena kukus at least 2 biji untuk dia. Mak cukup sekadar tengok anak makan dengan gumbira.

Esok mungkin putaran makanan yg sama.. Pening dan jemu mak, tapi asal anak suka. Alangkah bagus kalau dia mau makan macam2.. mesti mak buatkan bento yg lebih mengiurkan. Hehe.. sekadar kongsi cerita yang biasa-biasa..


Wednesday, August 27, 2014

Mimpi

Pagi tadi tiba2 akak terjaga dari tidur dengan darah berderau-derau..

Akak bermimpi sebenarnya.. Asalnya entah mimpi apa melalut-lalut.. merata2 'roh' akak pergi.. Cuma pengakhirannya, sedang akak bersantai bersama sepupu di sebuah rumah tak dikenal pasti, tiba-tiba akak teringat yang sepatutnya masa tu akak ada exam.. Tak taula exam apa.. maths ke, econ ke.. hahaha! Tapi dalam scene tu, aka terlupa akan exam tu membuat akak kelam kabut bersiap dan berdegup jantung. Konon nak pegi jugak..

Mujor dik... tak jadi nak gugur jantung. Tetiba terjaga dari mimpi. Rupanya lebih kurang 4 pagi.. Itulah cara Allah nak kejutkan supaya buat Tahajjud... huhuhu!

Entah bila la last akak menjawab soalan periksa ni.. ke nak bagi ilham mendaftar balik ni.. :P


Saturday, August 23, 2014

Nikmat Hujan

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat..
Seminggu ni, hampir hari-hari hujan.  Memang indah dan nikmat sebab ada hujan dan panas.. berselang seli. Cuaca yang mungkin tiada di sesetengah tempat lain..
Pagi ni, awal2 lagi sebelum terbit matahari dah keluar menghirup udara bersih di luar (porch). Sambil memerhati Fawwaz berlari2 dan berpusing2 tanpa arah kat tanah berpasir tanpa rumput tu. Kerja2 merata tanah secara sendirian berhad belum selesai.. Mungkin ambil masa lebih setengah tahun nanti hehe..

Indahnya pagi ini... dengan semangat baru selepas semalam (terutama sebelah malam) tak sudah2 menangis sejak bermula Buletin Utama hingga selesai, disambung dengan fb.. Cukuplah untuk malam tadi.. life goes on. Bukan meratapi akan takdir Tuhan. Tapi, mungkin perasaan dan jiwa saya ni menyamai jutaan rakyat Malaysia malahan sudut dunia yang lain. Redha namun sedih itu tetap muncul. Tiada pertalian darah namun pertalian kemanusiaan serta persaudaraan sebangsa dan agama.  Ya Allah, moga ada hikmah buat kami semua. Moga Kau beri kekuatan dan balasan baik buat mereka yang berkenaan.

Pagi ini, melakukan terapi dengan melihat kehijauan alam sekeliling. Rumput2 yang ditanam mula merebak. Ulam-ulaman subur menghijau. Di belakang sana, kawasan pengeringan pakaian, adalah juga kawasan yang akan dilihat sebagai taman herba. Masih memikirkan apa lagi yang ditanam. Setakat ini cuma ada pegaga, cekur, pokok kunyit, cili, kacang bendi, kacang botol, lengkuas dan pokok bawang. Pokok pandan dan serai pulak dah ter'parking' kat tempat lain. Nak tanam banyak lagi pokok ulam.. InsyaAllah, biar hidup lebih sihat.





Pokok bendi yang ditanam oleh Fawwaz. Seronok dia bila tengok pokok kontot ni.. walau masih kecik dah mengeluarkan hasil.. Mak pun seronok sama...


Monday, August 18, 2014

Jangan Bertangguh..

Hari ni dengan berat hati pegi juga ke Alor Setar.. Bukan apa, takut mengantuk masa drive. Hari ni puasa dan kebiasaannya memangle mengantuk bila drive waktu puasa ni. Tak cukup stamina ke apa ntah.. Tapi tadi rasa macam OK je.. jadi akak buat keputusan pergi juga. Hahh.. tetengah highway mula rasa lalok semacam.. terlelap2 rasa. Mujur kenderaan tak banyak di highway..

Akhirnya sampai juga ke destinasi.. Sebenarnya nak renew pendaftran perniagaan yg dah expired sejak mula puasa haritu di SSM. Asalnya tak ingat.. Bila ingat, dah dekat raya.. Lepas tu tangguh sampai ke hari ni. Makanya, kenalah denda... Staff tu cakap, lewat sehari pun akan kena denda.. Apakan ini dah lebih sebulan huhuhuhhh... Dendanya RM30. Memang tak pasal2 habis duit bajet cream cheese sekilo.  Untuk renew RM60 je.. Lepas tu, buat sekali pertukaran alamat RM30.  Next year memang kena beringat..

Walau bisnes tak seberapa, ada la jugak lesennya. Meniup semangat walau kus kus je semangat tu.. hehehe!