Pages

Thursday, August 13, 2020

Percutian ke Kota Kinabalu & Kundasang 2018 (Pt 2)


Ok.. kita sambung cerita yg hari tu... Hampir dah nak basi kot..hahaha! Sebelum kita balik kampung minggu depan..

Hari kedua di Kundasang.... Mak malam tu memang tak berapa lena. Sampailah pukul 4 lebih, dah tak tahan akak bangun dan mandi. Fawwaz dan abi bukan main tidonya. Sejak sampai, air tu memanglah sejuk yakmat. Bayangkanlah akak mandi sebelum subuh... Macam pegi obesee lak kena jetlag, pastu sejuk 😝😜😜 Azan subuh berkumandang tak lama tu.

Pukul 6.00 pagi kami semua dah siap2 nak keluar. Mujur tak susah nak kejutkan Fawwaz. Sebelum tu dah lepak2 kat balkoni menyaksikan Gunung Kinabalu yang dah menampakkan diri dengan jelas, tak macam masa kami sampai. Tertutup langsung! Elok azan Subuh di TV berkumandang, kami dah keluar bilik. Posing2 depan guest house. Memang cantik dan strategik tempat penginapan ni. Dengan design yang sebegitu, sesuai sangat! Kami kemudian keluar ke pekan yang memang dekat sangat (dlm 2 - 3km) dan cari port bergambar lagi. Fawwaz je tak gemor sebab tepi jalan banyak kenderaan, katanya.


Selepas tu kami balik lagi ke guest house untuk sarapan. Pilihan sudah diberi malam tu iaitu nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng. Tak sangka banyak sungguh. Separuh pun tak tak sampai yang mampu masuk ke perut di pagi hari. Walau sedap sangat rasa hidangan tu. Abe buat cadangan supaya disediakan set toast di lain masa. Sempat juga sembang dengan pemilik guest house yang peramah dan sebenarnya pernah study di UUM Sintok. Jadi, bila sebut datang dari Jitra, tau sangat la dia.

View depan cafe Guest House

Selepas sarapan kami terus ke Desa Cattle Farm yang lokasinya tak jauh dari penginapan. Inilah tempat yang feeling2 ladang lembu New Zealand kannn..hihi! Bila ada pengunjung yang berpakaian tebal, lagilah nampak macam kat sana. Boleh jadi prop juga tu. Tengok lembu di tempat pemerahan susu (owhhh..mak terasa cuak bila nampak 'baja2' organik di tempat tu juga hehe), beli souvenirs, bagi makan anak lembu, posing2, makan eskrim dan yogurt... haaa itu jelah aktivitinya. Tapi everybody was happy la kan.. Keluar dari situ, kami ronda2 ke kawasan2 yang banyak penginapan. Lepas tu balik, mandi balik, terus bersiap untuk check out. Nak patah balik ke KK sebelum tengahari.



Dalam perjalanan ke KK, abe nampak ngantuk sangat. Makcik pulak tak berani drive sebab tak tidur malam kan. So, kami singgah kat gerai durian dululah. Dari semalam duk tengok je lambakan durian di sini sana. Target nak rasa durian merah, tapi kat tempat tu cuma ada yang jenis oren. Hampir abe nak berenti kat tempat bakar2 tu.. Mujur bini dia dah study sinalau bakas tu adalah babi hutan bakaq banggg..hihi! Memang banyaklah kat kawasan situ kan. Durian dalit oren tu sebiji dia kira RM12. Tawar sikit dapat RM10. Isi 2 biji je. Merasalah sorang sebiji. Fawwaz jangan kira sebab dia duk baring kat lantai kereta tu je. Melekat kat tekak isi durian tu. Bukan melekat macam hat biasa tu, tapi ni lain macam sikit. Lepas tu beli juga sebiji D24 yang cuma RM10 sebiji. Puasla jugakkan dari doyan oren tuh! Kalaulah kat Jitra, memang ku angkut bebanyak. Ni duk hotel, sebiji pun tak boleh kan..

Selain yg di Kundasang, akak tak jumpa makanan yang kena kat tekak. Udahlah kami pun bukan jenis yg JJCM. Jumpa tempat sesuai, turun makan je. Tu pun tak sesuai kat Fawwaz. Dia sanggup tunggu kat dalam kereta. Akhirnya malam tu pun end up di Secret Recipe je. Mak pula cuma mampu makan cucur jawa je. Terasa penuh je perut. Boleh turun kilo kalau lelama jalan nih. Petang tu kami ronda2 di waterfront dan beli jajan sikit2 di Pasar Filipina. Sikit je sebab nanti dari KLIA ke AOR beg tak check in. Jenuh mak kena control 2 beg. Malam tu barulah dapat tidur lena..ahhh lega. Kami duk kat hotel bajet juga tapi not so bad, asal ada wifi, we're happy 😁

Day 4 - 
Ahad pagi lepas breakfast yang langsung out tuh (gaya kufur nikmat..huhu), kami jalan ke Gaya Street nengok Sunday market. Yang ni memang best arr.. Nampak macam2 tapi belinya idokkk. Kalau nak cari T Shirt kat sini murah lah. Kualiti elok dapat RM15. Jangan tawar nanti apek tu bolayan..hehehe. Fawwaz dah belek2 ukulele, tapi sebab dia tak guling2 minta, mak takla belikan. Kesian kannn...



Balik dari situ singgah makan roti canai kat kedai mamak yang bersih. Pelayan pun bagus nampak lembut berbudi bahasa. Sedap lembut canai dia. Air pun sedap. Itulah paling puas mak makan walau hanya sekeping roti canai. Tak ingat apa nama restoran tu.

Itu je lah kisahnyaaa... Pukul 11 kami dah check out. Flight AK pukul 1.45 tengahari. Kereta pun dropped kat situ. KUL-AOR pula pukul 7 malam. Home sweet home. Kundasang/KK dalam kenangan.

P/s: Fawwaz dah buka vlog baru kat youtube. Ke Kuching pula..hahaha! Mak bagitau Kuching dah pegi dulu. Dia jawab, Fawwaz kecik lagi...tak ingat.  Mak tak sanggup nak jawab nanti soklan "bila nak sampai?" x 250 kali..hehehhhh.

*****************************

P/S: Tiba2 baru perasan akak tak tekan publish after 2 yrs 😅😅. Disebabkan dah alang2 panjang tulisannya, akak sent jugak di malam yg hening ni... Lebih 2 tahun ye.. Tulis di thn 2018, published di thn 2020 😀😀

Tuesday, January 30, 2018

Percutian ke Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah 2018 (Pt 1)


Assalamualaikum... 

Lama tak sembang sini.. Masa tak berapa mencukupi. Tapi hari ni tetiba rasa nak mencatatkan perkara2 indah sebagai pembuka tahun 2018. Januari pun dah di hujung jalan...

Dah lebih seminggu berlalu.. Hari Khamis 18 Jan lepas kami sekeluarga yang kecil ini telah menggigihkan diri terbang dari Alor Star ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Tujuan utama tak lain tak bukan nak mengunjungi tempat yang menjadi sebutan ramai iaitu Kundasang dan Kota Kinabalu (KK). Kawan2 akak masing2 dah tinggalkan 'footprint' dorang di sana. Tetiba En Abe ajak, akak pun ON sajalah...hihi.

Sebenarnya agak lama kami merancang. Eh! Bukan kami laa…. Tapi En Abe tu.. Bermula dengan membeli tiket murah Air Asia untuk satu perjalanan ke KK pada tahun lepas. Masa tu, kata putus belum dibuat. Bimbang tak menjadi, kami relaks dulu dengan tiket satu hala. Bila dah confirmed nak pergi, baru beli tiket pergi balik Alor Star-KLIA-KK. Ada satu cuti yang sedikit panjang (3 hari) bersempena hari keputeraan Sultan Kedah. 

Day 1

Perjalanan bermula pada hari Khamis selepas Fawwaz balik dari sekolah. Terpaksa mak cabut awal dari mesyuarat waris yang sedang berlangsung hari tu. Terus menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan AK pukul 1.40 ptg dan tiba di KLIA2 lebih kurang sejam kemudian. Tak ingat pula nak tengok jam, delayed atau tepat pada masanya hehe!! Sempatla makan mee goreng yang sedap di Airport Alor Star. Tiba di KLIA2 terus check in luggage, solat jamak dan masuk ke ruang menunggu. Penerbangan seterusnya ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada jam 5.20 ptg dan tiba lebih kurang 2 jam kemudian (dalam 7.55 malam). Menggelisah Fawwaz dan asyik bertanya bila nak sampai ke Sabah. Hampir setiap 2-3 minit la kottt..huhuhu! Tadi dari Alor Star pun dah berulang kali tanya. Memang macam tu lah dia.. sabar je layan.

Mujo henpon abi ada apps ni.. Cara Fawwaz isi kebosanan...hehe

Di KK kami bermalam di hotel bajet sahaja tidak jauh dari KKIA iaitu Megah D’Aru. Mereka menyediakan khidmat shuttle, menjemput kami di KKIA. Nak tidur beberapa jam saja pun. Namun begitu dah cukup selesa hotel tu cuma wifi ada kat lobby je.


Day 2

Awal pagi kereta yang akan kami sewa telah dihantar ke hotel. Kami mengambil khidmat dari Green Matrix Car Rental, kereta Proton Saga 1.3 dengan kadar sewa lebih kurang RM457 untuk 3 hari. Maka bermulalah perjalanan kami ke Kundasang seawal 8 pagi. Mula-mula ronda sekitar bandar KK dulu sambal mencari stesen minyak dan mesin ATM. Pening2 lalat juga nak cari. Kekadang nak gaduh laki bini pun ado bab2 mencari nih kahkahkah!!

Dah isi minyak, abe pun santai2 memandu sambal kami meninjau kiri dan kanan. Mula2 jumpa rumah terbalik dan singgah. Tapi Fawwaz tak suka tempat tu. Gaduh2 tak mau turun sambal menutup telinga. Abi dia mula berkeras nak ajak masuk, tapi ummi surrender la. Tak suka kalau dia buat perangai. Maka selamatlah duit abi dari membeli tiket..hahahahhh.

Lalu pula kawasan Tamparuli. Mak terus ternyanyi lagu Jambatan Tamparuli. Maka kenalah singgah tengok. Ahaaa… tempat ni mampu menjinakkan Ahmad Fawwaz. Dengan gembiranya dia turun dari kereta dan berjalan2 melintasi Jambatan Tamparuli. Selesai bergambar, kami turun dan minum/makan sekejap di sebuah restoran catering. Fawwaz dan abi makan nasi, mak masih kenyang makan kuetiaw tawar masa breakfast di hotel tu.
Menyelusuri Jambatan Tamparuli
Nampak macam kesan banjir tu.. Akak kata ni jambatan bertolak ansur sebab kenderaan2 di situ bergilir2 melalui jambatan bagi kedua2 hala

Meneruskan perjalanan lagi.. Destinasi seterusnya ialah Kinabalu Park atau Kaki Gunung Kinabalu yang asyik disebut-sebut oleh Fawwaz. Maklumlah, dia study dulu kat Vlog di Youtube. Dah mula terasa kesejukannya. Antara Tamparuli ke Kinabalu tu kalau rasa nak terkucil, adalah jenis tandas2 disediakan di tepi jalan. Bayaran dalam 20-50 sen. Saya singgah di satu tandas tu, memang bersih walau jenis kampong punya. Airnya pulak sejukkk jer. Abe dah bimbang je bini dia sanggup tahan sampai sakit pundi..hehe! 

Tiket untuk masuk ke kawasan Kinabalu Park untuk sekeluarga 3 org ialah RM7. Kami memandu sampai ke pintu gerbang point pertama pendakian Gunung Kinabalu. Dah posing2, turun pula ke Botanical Park. Tapi tak masuklah. Makan eskrim sambil jalan ke kawasan jual tiket je. Kira ekstrim la sesejuk makan eskrim walls ehehh…  Selesai sesi bergaya ambil gambar dan bertanya itu ini di kaunter, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Jauhnya dari Kinabalu Park lebih kurang 6km. 

Masih di kaki G.Kinabalu, batu peringatan korban gempa bumi 2015 seramai 18 orang


Sebelum masuk ke tempat penginapan, singgah dulu makan tengahari di Restoran Intan di Pekan Kundasang berdekatan bulatan kubis. Ada 2 lagi restoran kunjungan ramai di situ. Saya order nasi goreng kampung yang boleh tahan rasanya tapi terlalu banyak portion untuk saya. Makan tak sampai separuh dah kenyang sangat tapi terpaksa makan lebih sebelum kena tegur dengan bos sebab membazir. Abe pula mencuba menu kuetiaw ala2 kungfu (tak ingat nama sebenar). Saya kira mereka ni masak guna tepung ubi, bukan tepung jagung ehehehh… Mujur abe yang makan dengan muka takda perasaan. Kalau bini dia nih, mau merajuk tak mau makan, kufur nikmat.


Fawwaz? Usah Tanya.. dia sanggup tak turun dari kereta bila dah kata tak mau tu!  Maka mak dia belikanlah pisang goreng rangup. Ya Allah.,.. sedapnya pisang goreng tu. Siap bagi sambal kicap ala2 Johor. Sampai keesokan harinya akak masih makan pisang tu sebab tak habis. Masih kekal sedap..my taste. Satu lagi yang Nampak orang suka beli berdekatan kawasan tu ialah kepak dan tungking ayam bakar atau kepak madu mungkin. Sebab kami bukan penggemar, maka mak jadi pemerhati bebas je la. Lepas tu jangan pula geli sebab anjing-anjing suka bersiar2 di kawasan Kundasang ni. Asal tak kacau kita suda..

Dah kenyang kita terus mencari tempat tidur. Kami memilih Kundasang Guest House yang ditempah melalui Booking.com. Memang bajet tak mau lebih RM200 semalam. Asalnya saya menempah penginapan lain, tapi berkenan pula yang abe pilih (2-2 menempah 😁). Rate kami masa tu di KGH ialah RM157, termasuk sarapan jadi RM186. Masa nak masuk tu cuak juga sebab jalan agak teruk, dan bersebelahan dengan kubur. Mujur kubur Islam.. Menuruni bukit agak curam dan masuk ke lorong kecil, baru sampai. Bila dah masuk kawasan tu, wahhhh memang cantik berkenan la. Abaikan mana2 bahagian yang tak menarik tu. Sejuk sangat masa tu. Pegang air seksa juga. Tapi Fawwaz terus meloncat2 suka. Hampir sepanjang masa dia terkinja2 dan mengepak2 (kebanyakan budak autistic memang begitu). Itu tanda dia meluah perasaan gembira.

Masa baru sampai tu memang tak nampak G.Kinabalu sebab dah tengahari. Dari pintu bilik nampak macam bukit bukau je. Di sebelah petang waktu keluar bersiar2 di pekan sambil cari makan, nampak sikit Kinabalu tapi lebih dilindungi awan. Masa tu pun dah teruja, sibuk ambil gambar.. Tak sangka, sungguh bagai dikata, esoknya pagi2 dah nampak seluas mata memandang G.Kinabalu dari tingkap bilik. Subhanallah...memang indah perasaan tu.

Budak paling gumbira


Sebelum pukul 7 pg kami dah duduk2 posing di sini.. Lokasi: Tepi jalan berdepan dengan pekan 😆

....bersambung :)

Thursday, September 21, 2017

Percutian 2H1M ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling

A short escapade to Ulu Legong Hot Spring, Baling, Kedah 130907.

Assalamualaikum buat sesiapa yg terbaca ini post.. ;)

Kisah mingu lepas. Demi nak mengisi masa dan merealisasikan impian bercuti Ahmad Fawwaz sempena cuti UPSR. Cikgu2 bergilir nak jaga UPSR, jadinya murid2 pun kena gilir cuti. Ditambah pula cuti umum kemangkatan DYMM Sultan Abdul Halim. Lama sungguh cuti nohhh...

Asalnya En Abi nak ajak merentas sempadan ke Hadyaai. Tapi mak ni ada sikit phobia dengar nama tempat tu. Tambah lagi mak punya passport dah expired. Fawwaz dan abi punya je valid lagi.  Mak ingat rugi pulak nak renew sebab macam takda perancangan nak ke obesea dalam waktu lain. Ada unsur malas + kedekut di situ ahahahaa...

Fawwaz pula duk sebut nak pi Langkawi. Kalau ke situ mak lagi sukaaaa... Dah terbayang apa nak dijala kat HiG nanti... Namun, abi tak setuju. Abi cadang gi Baling lah... Lagipun belum pernah explore situ walau satu negeri dan dah lama wujud.  Makan keluarlah kami dari kempompong Jitra ke Baling.. Umi dan Fawwaz escape dari dunia siber kejap. Sebab mak memang bergantung harap pada kemudahan wifi jer. Takdak wifi, mak pasrah.. Mujor Fawwaz boleh tolerate. Ini pun cara nak train dia dari melekat kat komputer dan stabilkan mindanya. Setakat kejap2 pegang tab adalah untuk main game.


Perjalanan dari Jitra ke Baling mengambil masa lebih 2 jam. Kami exit di Gurun, masuk ke Sik - Baling (Ulu Legong). Lebih kurang 125km jauhnya. Singgah makan di tepi jalan besar di Sik. Memang pantang buat Fawwaz yang sensitif dengan bunyi kenderaan terutama lori2 besar. Terpaksa biarkan dia dalam kereta (park depan gerai) dan tapaukan. Ummi dan Abi dah lapaq kena makan kat situ.


Dah sampai ke destinasi... memang cantik. Sunyi takda pengunjung sebab selain di siang hari, waktu hari2 biasa (weekdays) memang macam tu. Kereta kami je park kat depan tu. Dah petang barulah ada sebiji dua masuk.
Salah satu kolam yang mesra kanak2.. Tak berapa panas. Tile warna biru tua..

Kami mengambil chalet deluxe Mawar (park view) yang menyediakan satu katil queen dan 1 single. Amat sesuai untuk kami bertiga. Ikutkan abe lebih berminat dengan chalet pool view tapi cuma menyediakan 1 katil queen di tingkat bawah dan 2 singles di tingkat atas. Beza harga cuma RM10 dan yang kami sewa tu lebih murah. Dengan harga cuma RM128 (termasuk GST) kemudahan yang disediakan agak memuaskan hati. Ada flat TV (walau cuma TV2 dan movie yang keluar suara..), peti sejuk mini yang berfungsi baik (itu sudah cukup sebab di hotel pun kadang takda atau tak berfungsi), meja, wardrobe, kettle dan sachets minuman panas.

Malangnya Fawwaz dan ummi terjerit kejap demi masuk ke tandas. Resah rasanya tengok keadaannya terutama mangkuk tandas yang berkarat, begitu juga airnya yang coklat masa kami 'flush'. Mungkinkah tak pernah diduduki? Dalam terpaksa, pasrah je lah kejap. Cuba membayangkan keadaan kalau pergi haji, jangan cerewet sangat.. huhuhu.. Kalau tak, mau sakit buah pinggang tahan kencing huwaaaa...


Gerai makan tutup di hari2 biasa. Jadi, nak makan kena keluar jauh juga sebab ada budak cerewet di belakang. Petang masa cari makan di pekan berdekatan, saya cari kesempatan membeli clorox botol kecil. Balik tu terus tuang kat mangkuk tandas. Tak cukup nak tuang ke lantai sekali. Lupa pulak nak tapau berus huhuhuuu... Hasilnya, mampulah kami masuk ke tandas dengan tenang walau terpaksa juga bawa masuk slipar jepun (mujur bawa sebab memang selalu standby untuk tu). Kalau ada berus, harus ku kerja obetaim sental lantai tandas pulak. Melampau kan!!! Disebabkan kerana tu, mak turunkan rating kpd 3 bintang. Tu pun kira lenient lah. Takpala, sebab Fawwaz suka!
Nin dia.... hihihi
Untuk sarapan kami beli siap2 roti bun. Akak masak air mineral yang kami beli siap2. Malam selepas mandi, abe beli nasi lemak panas dari penjaja di situ. Sebelah malam dia akan berjual sampai pukul 4 katanya. Jadi, masa breakfast, nasi tu masih elok untuk dimakan. MasyaAllah... memang sedap nasi tu dan dipersetujui oleh abe. Pedas, tak manis tp masih ada rasa gula sikit, dan nasinya sangat lemak dan lembut. Kenyanglah kami pagi tu. Fawwaz kenyang roti sebab dia tak mau nasi lemak. Lepas makan, kami pun turun bersiar2, jogging katanya.

Pemandangan dan chalet kami.. Cantik kannn.. Aman.. nyaman..
Yang ni kolam air sejuk.. aliran dari sungai di situ. Petang tu kami tengok ramai juga mak2 bawa anak-anak mandi sini. Tapi bila tengok dasar dan tepian kolam, tak sanggup mak nak bagi Fawwaz masuk.. hihi.
Budak paling gembira... Walau takda wifi masih boleh adjust.. good lah!!!

Belakang tu kolam untuk dewasa yang panas. Warna tile biru muda. Nak masuk kaki kena pelan2 sentuh jangan bagi terkejut. Tapi abe boleh je mandi situ.. kebal betul kulit.


Suwit tak akak n abe kat atas tu? Ehehhh... Aktiviti kami di pagi tu sebelum check out, browsing sekitar resort. Sambil2 exercise. Memang best sangat.. Lagi best sebab macam kami je yang sewa resort tuh.. Tapi sebenarnya ada juga 3-4 orang penyewa dewasa kat situ. Siang2 depa tak mandi dan nampak pagi2 dah ada yang check out. Ada juga yang pasang khemah kat depan pool bersebelahan surau, lena sungguh tak sedaq kami lalu lalang.

Kolam tu kalau nak nampak ramai orang dari hujung petang ke awal pagi. Malam memang ramai mandi manda. Maklum..kan air panas. Takkan panas2 juga nak mandinya. Dorang just bayar tiket masuk dan tak bermalam di situ. Tapi yang akak ingat pernah pegi kat belah2 dekat Tampin, siang tu ramai je orang berkelah. Tak ingat nama tempat tu.. lama dulu pegi.

Ini ibu kepada kolam air panas. Menggelegak kot... 
Skodeng kolam khas untuk wanita... Wahai sista2, janganlah korang main tinggal je baju2 dalam kat situ.. aduhaiii risau akak tauuu.. :P
Tuu.. suamiku yang kebal kulitnya.. dan Fawwaz yg stress tak boleh mandi.. ahahaha.

Dapat juga mandi sebelum balik.. Walau tak sempat dibersihkan serangga2 yang ada di permukaannya. Masa tu, 2 kolam suam tengah dibersihkan, siap kena sedut kasi kering dan disental tilesnya. Kira bagusla kann...

Sesi melentik... :P
Singgah melawat ladang kelulut berdekatan resort.. Ada 200 sarang. Tapau sebotol siap! Fawwaz tak mau masuk, jadi abi sorang je sembang kat situ





OK Balik dah... Tak sampai 24 jam pun. Fawwaz kata next time cari pool sejuk pulak ehehhh..

Wednesday, December 28, 2016

Kisah Aku, Cuti dan Kereta 'Breakdown' Pt 2


Kejadian 26 Disember 2017...

Akhirnya berjaya pujuk Fawwaz untuk balik ke Jitra dengan alasan boleh singgah di rumah ciknya di Sungai Petani jika sempat. Mak pun tak pasti ianya satu janji atau harapan palsu...🤔

1.  Keluar saja dari Kiara Residence 2 dalam pukul 8.40 pagi terus exit ke Kesas menuju ke LDP. Isi minyak di Petronas Awan Besar sambil membeli jajan untuk bekalan di kereta sepanjang perjalanan yang panjang.

2. Masuk LDP dan exit ke Lebuhraya Persekutuan, kemudian masuk ke Subang dan exit lebuhraya PLUS menuju ke utara. Perjalanan lancar sampailah nampak signboard RnR Rawang dalam 2 km. Tiba-tiba terjeling ke arah meter temperature. Sudah melebihi separuh dah menghampiri tanda merah. Terus beri signal dan berhenti di lane kecemasan. Buka hood dan telefon en abe. Dia suruh drive ke RnR sebab bahaya berhenti di situ. Pelan2 drive semula menuju ke RnR. Takut juga rasa..

3. Berhenti di Petronas RnR Rawang. Buka hood bagi sejuk. Buat macam2 aktiviti dulu dengan Fawwaz. Dah sejuk sikit berjaya buka cap radiator dan cuba isi air. Isi sikit dah membuak. Aishh.. apa problem? Called abe. Dia suruh cari bengkel terdekat. Terus teringat BFF ku Ita yang duduk di Serendah. Ita sedia membantu dan suruh exit ke Sg Buaya.

Maka akak pun teruskan perjalanan lagi dengan perlahan. Tutup aircond. Mujur Fawwaz tenang sedari tadi bila diberitahu kereta rosak. Lepas bayar tol, masalah baru pula jadi. CERMIN TINGKAP JATUH! Allahuakbar! Makin berdebar hati akak. Signal Celcom pula hilang. Menggagau nak cari direction seperti yang Ita arahkan. Akhirnya signal timbul, dapatlah contact dan jumpa Ita yang menanti di tepi jalan. Terus drive ke bengkel di Sg Choh. Abang kepada Ita dah tunggu di bengkel tu, tengok apa yang patut. Selebihnya, kami deal dengan mekanik dan tinggal kereta di situ. Sebenarnya Ita yang banyak berhubung dengan mekanik tu... huhu!

Masalah utama kereta adalah berkenaan dengan RADIATOR. Leaking dan ada parts yang perlu diganti. OK.. tinggal dulu sebab ada banyak kereta kena attend. Katanya sebelum tengahari dia cuba siapkan. Rupanya dekat 3.30 ptg baru siap. Apa2 pun, ALHAMDULILLAH. Cermin pun dah dibetulkan. Ada parts yang tak dapat diganti sebab kedai spare parts tutup. Kan cuti krismas..🎄🎄

4. Mula bergerak ke Utara dalam pukul 4.45 petang, exit dari Sungai Buaya. Kenderaan lancar sahaja. Sesekali 'slow moving' tapi tak 'jammed' macam jalan sebelah yang menuju ke KL. Cuaca redup sahaja jadi taklah mengantuk walau tak cukup rehat. Biasanya kalau di highway, mata akak tak berapa mampu bertahan. Sambil berdoa supaya selamat tiba.

Hujan mula turun di kawasan Kuala Kangsar. Hari semakin gelap ditambah dengan keadaan cuaca tu. Sejuk sungguh dalam tu. Jadi, memandu pun tak laju. Hampir di RnR Gunung Semanggol, terasa yang jarum temperature mula ke tengah. Fawwaz mula bising penat, lambat dan macam2. Untuk menenangkan nakla cari KFC di RnR tu, tapi memangla takda. Keluar untuk ambil sweater saja. Kenderaan pun banyak bersusun. OK kita teruskan lagi perjalanan. KFC nanti kita singgah kat Gurun. Fawwaz mula berkeluh kesah. Tak mau sampai malam katanya..

5.  Menghampiri Sg Bakap, jarum temperature bergerak naik terus. Tinggal 1/2 cm je ke tanda merah. Aduhhh.. berdebar2 sungguh. Matikan aircond dan pandu perlahan ke hentian sebelah Sg Bakap. Mujur dah dekat dan tak terlepas. Sambil tu cuba contact abe lagi. Abe suruh check air semula dan isi. Tak bagi minta tolong orang lain bimbang akan keselamatan. Hujan dan gelap (maghrib dah) tak banyak yang akak boleh buat. Mata tak nampak, radiator pun masih panas sebab dah berjam di jalan. Jadi, uruskan nature's call dulu. Beli makanan dan minuman dan bagi Fawwaz makan di dalam kereta. Tengah tak solat jadi kurang sikit urusan.

6. Abe kata lepas maghrib dia akan bergerak dari Jitra ke Juru. Katanya dengan suhu sebegitu boleh rasanya sampai ke kawasan tol sebab dah tak jauh. Tunggu saja di situ nanti. Maka, selepas Fawwaz siap makan, kami pun bergerak semula. Malangnya, jarum tu laju pulak rasanya. Sampai di bawah flyover tak jauh dari simpang ke Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim, kami berhenti lagi di lane kecemasan. Matikan enjin, pasang HAZARD LAMP dan juga lampu. Masa tu dah dekat pukul 8.

Contact abe, kemudian PLUSLINE untuk bantuan. Tak lama telefon Plusline mereka pun muncul. Tak banyak perkara dapat dibantu sebab akak kata tadi dah repair di Rawang. Mereka setakat suluh di bahagian kipas sahaja. Letakkan beberapa kon di belakang kereta. Cuba beri contact no mekanik tapi tak berjawab.

Tiba2 akak teringat nak telefon insurance. Terus contact ETIQA TAKAFUL AUTO ASSIST. Alhamdulillah, Etiqa bersedia menghantar towing services. Menurut pemandu tow truck tu 50 km adalah tanpa charge. Anggota Plusline meminta diri sebab ada eksiden di kawasan lain. Berjanji akan datang lagi.

7. Menunggu tow truck memang sangat lama. Ini adalah pengalaman kedua dengan kereta berlainan (mujur dah ada pengalaman..). Jangkamasa diberikan adalah 60 minit. Masa telefon auto assist, cukup hanya berikan no plate kereta dan selebihnya dia urus.

Pengalaman menunggu adalah sangat mendebarkan dan terasa sangat lama. Di kawasan highway yang sangat sibuk mendekati kawasan perindustrian P.Pinang. Hujan dah berhenti. Jadi, semua kenderaan bergerak laju. Terasa seperti nyawa di hujung tanduk. Sebab selalu baca dan dengar kenderaan terbabas atau melanggar laluan kecemasan. Tak berani nak matikan lampu, tapi takut pula kalau bateri habis. Tak berhenti akak mengucap dan berzikir. Biorle kalau mati dalam iman.. hmmm! 😭😪

Yang paling bersyukur ialah FAWWAZ SANGAT TENANG. Bila dia tenang, maknya pun tak gelabah. Plusline datang lagi memastikan kami selamat. Akak beritahu tow truck, juga suami dah dalam perjalanan. Mereka pun terus minta diri untuk teruskan tugas sambil suruh berhati2 dan naikkan cermin.

8. Tow truck sampai dalam pukul 10 malam, begitu juga abe yg buat u-turn di Jawi sebab tengok kami masih belum tiba di Juru. Mujur dapat pujuk Fawwaz naik truck tu walau asalnya dia takut. Pakcik driver tu pun sangat lembut. Kami (juga kereta) di bawa ke Shell Station dekat Tol Juru atas cadangan pemandu dan parked di situ. Maka selesailah tugas dan debaran malam itu. Tak lama kemudian, abe pun sampai. Akak hanya perlu membayar duit tol sahaja selebihnya urusannya dengan Etiqa.

Bila enjin dah betul-betul sejuk memanglah masalahnya AIR hampir kering. Bila dah isi air secukupnya, kenderaan boleh bergerak seperti biasa.

Masa tu akak dah sangat2 letih sebab seharian di atas jalan. Terus nak bermalam di Sg Petani, rumah sepupu yg disebut2 Fawwaz siang tadi. Tapi nak memandu ke situ pun yg dalam 30+ km dah tak mampu nak fikirkan. Selepas berbincang, kami tinggal kereta di Shell tersebut dan abe hantar ke Sg Petani sebelum dia balik terus ke Jitra. Esoknya akak mbil kereta dan drive ke Jitra dengan selamat.

9. Seperkara lagi... walau akak dah tapped kad Touch n Go di Tol Sg Buaya dan tak sentuh semula semasa keluar tol disebabkan naik tow truck, akak tak perlu membayar walau se sen pun. Free toll all the way to Juru (last toll). Selepas jam maksimum (tak ingat pulak berapa..), kita dikira sudah keluar dari highway. Tapi jika saya tap juga pagi tu, jumlah maksimum iaitu dari Skudai - Juru akak dikira. Maknanya kalau kad kita kurang nilainya, terpaksa kena top up. Syukurrrr... staff Plus tu beritahu akak.

10. ALHAMDULILLAH sangat2 dengan pengalaman ini. Tiada kejadian lebih buruk berlaku. Hajat Fawwaz nak singgah rumah ciknya tercapai dan dia dah tak bising bila sampai ke rumah.

Bila berhadapan dengan situasi begini dalam keadaan solo tanpa lelaki, ketenangan adalah penting supaya kita boleh uruskan masalah tu dengan baik dan tersusun.

Alhamdulillah juga sebab terasa kita disayangi dengan bantuan doa dan pertolongan dari insan2 tersayang. BarakAllahu feekum...

Kejadian pertama dan kedua.. suspen tau drive macam ni
Cermin jatuh selepas bayar tol ke Sg Buaya
Fawwaz semasa tunggu tow truck datang..
Highway yang sibuk dan mendebarkan..
Jeling2 jugak kat seberang jalan kot2 ada 👻 ... kikikiii
Handsomely towed..