Pages

Wednesday, December 28, 2016

Kisah Aku, Cuti dan Kereta 'Breakdown' Pt 2


Kejadian 26 Disember 2017...

Akhirnya berjaya pujuk Fawwaz untuk balik ke Jitra dengan alasan boleh singgah di rumah ciknya di Sungai Petani jika sempat. Mak pun tak pasti ianya satu janji atau harapan palsu...🤔

1.  Keluar saja dari Kiara Residence 2 dalam pukul 8.40 pagi terus exit ke Kesas menuju ke LDP. Isi minyak di Petronas Awan Besar sambil membeli jajan untuk bekalan di kereta sepanjang perjalanan yang panjang.

2. Masuk LDP dan exit ke Lebuhraya Persekutuan, kemudian masuk ke Subang dan exit lebuhraya PLUS menuju ke utara. Perjalanan lancar sampailah nampak signboard RnR Rawang dalam 2 km. Tiba-tiba terjeling ke arah meter temperature. Sudah melebihi separuh dah menghampiri tanda merah. Terus beri signal dan berhenti di lane kecemasan. Buka hood dan telefon en abe. Dia suruh drive ke RnR sebab bahaya berhenti di situ. Pelan2 drive semula menuju ke RnR. Takut juga rasa..

3. Berhenti di Petronas RnR Rawang. Buka hood bagi sejuk. Buat macam2 aktiviti dulu dengan Fawwaz. Dah sejuk sikit berjaya buka cap radiator dan cuba isi air. Isi sikit dah membuak. Aishh.. apa problem? Called abe. Dia suruh cari bengkel terdekat. Terus teringat BFF ku Ita yang duduk di Serendah. Ita sedia membantu dan suruh exit ke Sg Buaya.

Maka akak pun teruskan perjalanan lagi dengan perlahan. Tutup aircond. Mujur Fawwaz tenang sedari tadi bila diberitahu kereta rosak. Lepas bayar tol, masalah baru pula jadi. CERMIN TINGKAP JATUH! Allahuakbar! Makin berdebar hati akak. Signal Celcom pula hilang. Menggagau nak cari direction seperti yang Ita arahkan. Akhirnya signal timbul, dapatlah contact dan jumpa Ita yang menanti di tepi jalan. Terus drive ke bengkel di Sg Choh. Abang kepada Ita dah tunggu di bengkel tu, tengok apa yang patut. Selebihnya, kami deal dengan mekanik dan tinggal kereta di situ. Sebenarnya Ita yang banyak berhubung dengan mekanik tu... huhu!

Masalah utama kereta adalah berkenaan dengan RADIATOR. Leaking dan ada parts yang perlu diganti. OK.. tinggal dulu sebab ada banyak kereta kena attend. Katanya sebelum tengahari dia cuba siapkan. Rupanya dekat 3.30 ptg baru siap. Apa2 pun, ALHAMDULILLAH. Cermin pun dah dibetulkan. Ada parts yang tak dapat diganti sebab kedai spare parts tutup. Kan cuti krismas..🎄🎄

4. Mula bergerak ke Utara dalam pukul 4.45 petang, exit dari Sungai Buaya. Kenderaan lancar sahaja. Sesekali 'slow moving' tapi tak 'jammed' macam jalan sebelah yang menuju ke KL. Cuaca redup sahaja jadi taklah mengantuk walau tak cukup rehat. Biasanya kalau di highway, mata akak tak berapa mampu bertahan. Sambil berdoa supaya selamat tiba.

Hujan mula turun di kawasan Kuala Kangsar. Hari semakin gelap ditambah dengan keadaan cuaca tu. Sejuk sungguh dalam tu. Jadi, memandu pun tak laju. Hampir di RnR Gunung Semanggol, terasa yang jarum temperature mula ke tengah. Fawwaz mula bising penat, lambat dan macam2. Untuk menenangkan nakla cari KFC di RnR tu, tapi memangla takda. Keluar untuk ambil sweater saja. Kenderaan pun banyak bersusun. OK kita teruskan lagi perjalanan. KFC nanti kita singgah kat Gurun. Fawwaz mula berkeluh kesah. Tak mau sampai malam katanya..

5.  Menghampiri Sg Bakap, jarum temperature bergerak naik terus. Tinggal 1/2 cm je ke tanda merah. Aduhhh.. berdebar2 sungguh. Matikan aircond dan pandu perlahan ke hentian sebelah Sg Bakap. Mujur dah dekat dan tak terlepas. Sambil tu cuba contact abe lagi. Abe suruh check air semula dan isi. Tak bagi minta tolong orang lain bimbang akan keselamatan. Hujan dan gelap (maghrib dah) tak banyak yang akak boleh buat. Mata tak nampak, radiator pun masih panas sebab dah berjam di jalan. Jadi, uruskan nature's call dulu. Beli makanan dan minuman dan bagi Fawwaz makan di dalam kereta. Tengah tak solat jadi kurang sikit urusan.

6. Abe kata lepas maghrib dia akan bergerak dari Jitra ke Juru. Katanya dengan suhu sebegitu boleh rasanya sampai ke kawasan tol sebab dah tak jauh. Tunggu saja di situ nanti. Maka, selepas Fawwaz siap makan, kami pun bergerak semula. Malangnya, jarum tu laju pulak rasanya. Sampai di bawah flyover tak jauh dari simpang ke Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim, kami berhenti lagi di lane kecemasan. Matikan enjin, pasang HAZARD LAMP dan juga lampu. Masa tu dah dekat pukul 8.

Contact abe, kemudian PLUSLINE untuk bantuan. Tak lama telefon Plusline mereka pun muncul. Tak banyak perkara dapat dibantu sebab akak kata tadi dah repair di Rawang. Mereka setakat suluh di bahagian kipas sahaja. Letakkan beberapa kon di belakang kereta. Cuba beri contact no mekanik tapi tak berjawab.

Tiba2 akak teringat nak telefon insurance. Terus contact ETIQA TAKAFUL AUTO ASSIST. Alhamdulillah, Etiqa bersedia menghantar towing services. Menurut pemandu tow truck tu 50 km adalah tanpa charge. Anggota Plusline meminta diri sebab ada eksiden di kawasan lain. Berjanji akan datang lagi.

7. Menunggu tow truck memang sangat lama. Ini adalah pengalaman kedua dengan kereta berlainan (mujur dah ada pengalaman..). Jangkamasa diberikan adalah 60 minit. Masa telefon auto assist, cukup hanya berikan no plate kereta dan selebihnya dia urus.

Pengalaman menunggu adalah sangat mendebarkan dan terasa sangat lama. Di kawasan highway yang sangat sibuk mendekati kawasan perindustrian P.Pinang. Hujan dah berhenti. Jadi, semua kenderaan bergerak laju. Terasa seperti nyawa di hujung tanduk. Sebab selalu baca dan dengar kenderaan terbabas atau melanggar laluan kecemasan. Tak berani nak matikan lampu, tapi takut pula kalau bateri habis. Tak berhenti akak mengucap dan berzikir. Biorle kalau mati dalam iman.. hmmm! 😭😪

Yang paling bersyukur ialah FAWWAZ SANGAT TENANG. Bila dia tenang, maknya pun tak gelabah. Plusline datang lagi memastikan kami selamat. Akak beritahu tow truck, juga suami dah dalam perjalanan. Mereka pun terus minta diri untuk teruskan tugas sambil suruh berhati2 dan naikkan cermin.

8. Tow truck sampai dalam pukul 10 malam, begitu juga abe yg buat u-turn di Jawi sebab tengok kami masih belum tiba di Juru. Mujur dapat pujuk Fawwaz naik truck tu walau asalnya dia takut. Pakcik driver tu pun sangat lembut. Kami (juga kereta) di bawa ke Shell Station dekat Tol Juru atas cadangan pemandu dan parked di situ. Maka selesailah tugas dan debaran malam itu. Tak lama kemudian, abe pun sampai. Akak hanya perlu membayar duit tol sahaja selebihnya urusannya dengan Etiqa.

Bila enjin dah betul-betul sejuk memanglah masalahnya AIR hampir kering. Bila dah isi air secukupnya, kenderaan boleh bergerak seperti biasa.

Masa tu akak dah sangat2 letih sebab seharian di atas jalan. Terus nak bermalam di Sg Petani, rumah sepupu yg disebut2 Fawwaz siang tadi. Tapi nak memandu ke situ pun yg dalam 30+ km dah tak mampu nak fikirkan. Selepas berbincang, kami tinggal kereta di Shell tersebut dan abe hantar ke Sg Petani sebelum dia balik terus ke Jitra. Esoknya akak mbil kereta dan drive ke Jitra dengan selamat.

9. Seperkara lagi... walau akak dah tapped kad Touch n Go di Tol Sg Buaya dan tak sentuh semula semasa keluar tol disebabkan naik tow truck, akak tak perlu membayar walau se sen pun. Free toll all the way to Juru (last toll). Selepas jam maksimum (tak ingat pulak berapa..), kita dikira sudah keluar dari highway. Tapi jika saya tap juga pagi tu, jumlah maksimum iaitu dari Skudai - Juru akak dikira. Maknanya kalau kad kita kurang nilainya, terpaksa kena top up. Syukurrrr... staff Plus tu beritahu akak.

10. ALHAMDULILLAH sangat2 dengan pengalaman ini. Tiada kejadian lebih buruk berlaku. Hajat Fawwaz nak singgah rumah ciknya tercapai dan dia dah tak bising bila sampai ke rumah.

Bila berhadapan dengan situasi begini dalam keadaan solo tanpa lelaki, ketenangan adalah penting supaya kita boleh uruskan masalah tu dengan baik dan tersusun.

Alhamdulillah juga sebab terasa kita disayangi dengan bantuan doa dan pertolongan dari insan2 tersayang. BarakAllahu feekum...

Kejadian pertama dan kedua.. suspen tau drive macam ni
Cermin jatuh selepas bayar tol ke Sg Buaya
Fawwaz semasa tunggu tow truck datang..
Highway yang sibuk dan mendebarkan..
Jeling2 jugak kat seberang jalan kot2 ada 👻 ... kikikiii
Handsomely towed..

No comments:

Post a Comment