Pages

Sunday, June 14, 2009

SALAM DARI JUFFAIR, BAHRAIN

Ahlan Wasahlan...
Akhirnya aku dan Ahmad Fawwaz selamat mendarat di Bahrain International Airport pada pukul <>2 ptg waktu Bahrain (7 ptg waktu M'sia). Dari KLIA lebih kurang pukul 12 tgh. Satu perjalanan yang panjang dan mencabar emosi dan fizikalku. Fawwaz meragam sepanjang perjalanan! Serba tak kena dan membuat aku sangat bersalah terhadap penumpang2 yg lain. Kalau tak menyakitkan dirinya sendiri di depan toilet, di bawah seater lah tempatnya. Sampai mat arab sebelahku terpaksa tukar tempat sebab kami asyik keluar masuk.. Sama menggelisah dorang! Ada 2 orang pakcik Arab tu siap gilir bacakan ayat2 Quran dan usap2 badan dia, tapi sama je. Ada sorang wanita Arab tu siap offer sejenis sirap yg boleh buat budak mengantuk. Bergotong-royong kami & stewardes nak masukkan sirap tu kat mulut dia. Namun hasilnya sama je...

Syukur akhirnya kapal mendarat juga. Anakku terus berubah. Seronok dan gembira, tak sabar2 nak keluar. Orang2 keliling termasuk mat arab sebelah tadi dan cabin crew senyum dah gelak2. Dorang pun lega sama kot.. siap usap2 kepala budak kecik yg mcm takde masalah nih! Ha ha.. Selamba je dia jalan sendiri sampai immigration & exit airport. Salam lagi dengan sorang officer tu.. Pastu meluru ke luggage dia yg dah sedia atas lantai. Kalau boleh nak angkat beg baju dia.. mmm kelakar juga bila tengok. Tak jadi nak geram. Bila jumpa abah kat pintu je terus dia pusing2 tak tentu hala dan merebahkan badan kat lantai. Ha ha.. terungkainya sebuah kerinduan yang tak terucap.. Isk syahdu pulak!

Masa kat immigration kena charge BHD10 untuk visa. Kelakarnya masa officer tu sebut "5 dinar each" aku tak dengar & faham sangat.. Berulang dia ckp sampai macam nak marah. Iyolah, "DINAR" ni satu perkataan baru nak biasa buat ku. Slow sket nak pick up. Keseluruhannya proses nak masuk ke Bahrain taklah susah sangat. Maybe sebab kita ni pemegang pasport Malaysia. Well, we are known for our good record kott...

Cuaca panas sangat kat sini.. mencapai 42 C. Setakat tak sampai 24 jam sampai ni, duduk je lah kat rumah. Lagipun hubby kerja harini. Aircond kena on sepanjang masa. Unfortunately selsema fawwaz belum baik so kena control. Apartment memang cantik sebab service apartment and fully furnished. Tak silap Al Juffair ni masih di kawasan Manama, capital city dia. Nanti aku find out more. Tapi tak jauh tu adalah Grand Mosque, hotels dan mall. Aku ni nak kata jet lag, macam tak.. Tapi aku tak tidur2 sejak pukul 2 pagi (Bah) tadi. Fawwaz yg bangun dulu dan main2 sambil menyanyi. Gembira betul dia sejak sampai. Baru nak tidur dah masuk subuh (jam 3+ pagi). Lepas tu, kat luar dah terang sebelum 5 pagi. Mmmm... layan je TV walau tak faham. First lesson, bila angkat telefon, cakap "Marhaban" :D

Oh ye.. hari ni harijadi Fawwaz ke 2. Belum terfikir sambutannya. Sian dia.. asalkan mama, abah & acik2 kt kampung ingat. Belikan toys je semalam di KLIA dan abah belikan basikal. Jaaadilah... Bila keluar nanti, kita cari kek ye! Hi hi...

Few pics to be shared:

Pesawat Gulf Air yang kami naik..


Landing di Bahrain International Airport


Pemandangan dari luar tingkap bilik/rumah. Grand mosque dan ofis2 yang berkaitan.



Fawwaz dan basikal baru

3 comments:

  1. dah besar dah fawwaz..new place new environment..bestnye leh travel2..

    ReplyDelete
  2. Akhirnyer sampai juga ke Bahrain.. Panas tuh kak ct, aku pernah rasa sekali sekala kat sini masa summer dulu.. Kena byk minum air, jgn lupa pakai losyen tau, nanti gatal2... :)

    ReplyDelete
  3. yaaa... kaki aku mula dah gatal2 balik. Siku pun luka. baru 4 hari. Macam2 sapu.. lotion la, minyak zaitun la.. bibir mula pecah2.. boleh tahan penangannya!

    ReplyDelete