Sunday, June 21, 2009
Seminggu di Bahrain.. apa yg ada?
The Bahrain World Trade Center with the wind turbines, the first of its kind in the world..
Dah seminggu aku di bumi Bahrain ni.. first keluar hari rabu malam ke supermarket Al-Jazira tak jauh dari apartment. Tinjau barang jenis apa ada di sini.. Adalah bahan2 masak yg aku nak cth cili kering. Harga pun tak jauh beza sebenarnya. Cari pull-up diapers yg bersesuaian.. bolehlah, Huggies. Nipis sikit, tp takpelah.. kalau size XL di M'sia, di sini L pun dah kira besar. Tapi pack kecik2 je for pull-up. Susu pun kena tukar. Jenama Milupa..
Hari Jumaat petang pergi ke Bahrain City Centre, the biggest shopping complex. Aku terus terbayang Mid Valley & OneU. Harga pun lebih kurang esp baju budak. Tengah sale! Tapi carpark tak penuh pun... namun meriah di dalam. Terpegun aku dengan kecantikan orang2 Bahrain! Apalagi dengan robe hitam yang menyapu lantai tu.. tetap nampak vogue! Lelakinya pun hensem..dah arab namanya! Masuk2 aku terpandang seseorang.. mata bertentang. Macam Pn Roselyn, lecturer ekonomi di ITM dulu. Betul ke? Dia pun dari jauh tu ucap salam kat aku.. ye 1st melayu aku jumpa di Bahrain selain staff/spouses SIAEC di apartment nih.
Dalam tu ada Carrefour. Survey harga & diapers lagi.. jenama pampers lak. Nipis..3 kali minum susu dah penuh. Cari bihun, tak jumpa... Asam jawa dan creamer manis pun takde! Singgah dinner di food court, makan grilled chicken. BD3++ 1 meal tapi cukup utk 2-3 org. mmm... tp takde sos cili pulak ha ha... Sempat jeling McD - 1 meal at least BD1.5 (<>RM15). Takde RM7-8 mcm kat M'sia..
Sabtu - hari ni best sikit. Pagi dapat pergi fresh & open market. Luas sangat market dia... yang Ala2 pasar borong kita. Ada fish market, meat, poultry, etc dalam bangunan berlainan. Letih jalan sehh. Dapatlah aku cari asam jawa, limau nipis, sayur2 segar, dll. Tapi yg layu paling banyak sebab panas. Sawi takdela.. seikat bayam dan kangkung = 100 Fils each (syiling dia..) equivalent to RM1. Kan sama harga tuu... silap2 lagi murah kat sini! Sebiji kobis sederhana & 500g kacang buncis 900 Fils.. heh! Ikan kembung pun ada 1kg <>800 Fils (RM8).
Petang pergi bersiar di tepi laut. Lupa je nak bawa kamera keluar. Lagipun jerebu, tak cantik. Sambil bawa Fawwaz ke playground kat situ. Pasir jee... risau aku. Tapi budak2 arab ni OK je main. Ada yg main pakai jubah lg! Lepas tu ke Geant Hypermarket di Bahrain Mall. Ada je yg kurang nak dibeli! hu hu... Cari berus buat basuh kain takde. Depa tak basuh pakai berus aihhh... Penyapu pun harga BD2++ (RM20+) Mmmm.. takde ke penyapu RM5 macam kita?
Kesimpulannya, menarikla di sini.. tak nampak sibuk sebab negara kecil, rakyat <>1.5 mil incl. other arab nationals & expatriates (source: Bahrain & Beyond). Tapi pembangunan amat pesat. Hairan juga terlalu banyak bangunan termasuk yg dalam progress.. Macam tak balance dengan penduduknya. Itu menurut kata hatiku laa... Hotel pun banyak sangat... sapa yang duduk ye? ... dah takde benda nak fikir. Ada barang yang mahal dan murah atau sama dengan M'sia. Makan di luar mungkin agal mahal... apalagi, masak la sendri... sesekali takpe, tukar selera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bestnya siti kat sana.InsyaAllah ada rezeki sampaila yek..Enjoy your stay there.Time kat negeri orang rindu Malaysia, esok bila dah balik..mulala rindu suasana negeri org..manusia...camtula..Take care,alamak hubby dah balik nak pg tawaf car boot sat...chow
ReplyDeletehehee.. sama cam aku nak cari brand sama mcm kat m'sia.. tp lelama mula cr brand yg murah2 plak.. :) biase lar student beb.. cantik lar bahrain... nanti ltk gambar byk2 lagi k ct..
ReplyDeletewahh..syioknye! X de la terasa sgt kalu senang cari barang n duit lebih kurang kita jek..bab mknan tu mmg la prihatin amatkan..seminggu x jumpa nasi mau kurus..haha..terbukti ayu turun 3kg..haha
ReplyDeletenampak mcm dah berjaya sesuaikan diri dgn suasana di Bahrain... alhamdulillah dan tahniah! pegi jalan mana2 di sana nanti cerita lagi ye!
ReplyDelete