Pages

Wednesday, March 31, 2010

6th Sense

Beberapa tahun lepas seseorang memberitahu aku yg aku punya 'sixth sense' yg boleh digunapakai. Mmm... selalunya aku malas nak fikir sangat. Tapi kebetulannya, bila aku mula 'curious' dan terfikir sesuatu, semuanya betul atau sekurang2nya hampir tepat. Terutama perkara2 yg kurang 'favour' ku.. Setakat ni 6th sense aku belum menjurus nak dapat atau menang hadiah besar ke, dapat rumah besar ke, bonus besar ke... mmm hampeh! Sebenarnya aku boring hari ni... kalaulah aku boleh keluar ronda2 mcm kat Malaysia.....

Monday, March 22, 2010

Sepi Itu Indah.. ye ke?

Sekarang aku dah ada di Anjung Hijau. Tengahari tadi sampai. 1-2 jam tu sepi sikit, Fawwaz tak bersuara sangat. Baru kejap tadi dia ada mood nak nyanyi dan 'bercakap' macam selalu. Baru riuh sikit.. Dia pun rasa kot betapa bosannya bila baru lepas balik dari kampung. Teringat acik2, nenek & datuk yg suka melayannya...

Jumaat ni nak balik ke Bahrain.. Ingatkan kami berdua je, surprisingly hubby balik nanti. So, lega sikit tak payah aku susah payah urus barang, anak dan diri sendiri kat airport. Flight pulak tengah malam.. Macam biasa bila di KL, jadual tetap penuh selain packing dan cleaning. Apa2 pun dah puas sangat cuti kat kampung... yg malasnya, bila mula terasa2 kesunyiannya... takpe, InsyaAllah 2 bulan lagi balik..

Thursday, March 18, 2010

17 Mac...

Semalam, 17 Mac 2010, usiaku sudah menginjak ke 40. Dah masuk alam baru... heii terasa makin dekat ke alam kubur. Sesetengah berkata "life begins at 40.." Yolah tu! Tapi kadang aku tengok org bila dah masuk 40s memang berseri2. Tengokla nanti aku camna lak.. hahah.

17 Mac 1970 dulu... aku lahir ke dunia. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik sampai hari ini..

17 Mac 2006, aku mengakhiri zaman anak dara... ambil berkat hari Jumaat tepat pukul 12tgh. Demi akad je, jam masjid berbunyi.. Agak konflik di permulaan, tapi gerak hati aku mengatakan yang semuanya akan berlaku dengan baik selagi kita berniat baik dan berserah kepada Allah yang Maha Mengetahui. Walau bukan kehendak dan pilihan hati sepenuhnya, sebenarnya dialah yang terbaik buat aku. Kalau nak buat drama, tajuknya '16 tahun mencari cinta..'. Yg lagi 20thn tu, memang aku nak menikmati zaman remaja secara all out! Alhamdulillah... setakat ini mendapat suami yg sangat baik dan sabar, sangat bertolak ansur, dll.. tapi kadangkala terlalu dominant terutama bab2 buat keputusan nih.. beza umur yg jauh pun kadangkala mencipta konflik komunikasi tau...huhu! Setakat ni, cuma sekali dapat sambut anniversary bersama. Yang selebihnya, berjauhan macam hari ni... Aku tak kisah pun, asal masing2 ingat... paling2 pun postpone sampai cuti habis... :D

17 Mac 2007, saat kami nak sambut anniversary, nenek yang membelaku sedari kecil, kembali ke rahmatullah. Dalam redha, terkilan juga sebab dia tak sempat nak menatap wajah anakku. Terkilan juga aku sebab dengan kerja ofis yg banyak ketika itu, dan keadaanku yang hamil 6 bulan, aku tak dapat nak bersamanya di saat2 akhir. Aku cuma dapat menatap wajahnya beberapa minit sebelum dikafankan. Masa aku balik sekejap beberapa hari sebelum tu, dia dah masuk hospital dan tak kenal aku. Apa2pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dunia yang lebih kekal. Semoga rohnya berada di tempat orang2 yang beriman.. AMEEN.

17 Mac akan datang tak tau lagi macamana... masih adakah lagi aku di dunia atau sebaliknya... Semoga aku mampu menyediakan bekalan untuk hari tua dan hari2 yg lebih mendatang di dunia yg lagi satu...

Saturday, March 6, 2010

Latest pics


New park @ Arad.. morning glory pelbagai warna bertaburan waktu winter.. kejap lagi bertukar wajah la kott..




Interior khemah di padang pasir milik Gulf Air.. Susu tak tinggal punya..


Terasa Fawwaz dah besar...




Macam nilah kalau dengan toys nya.. semua accident & terbalik...