Pages

Thursday, March 18, 2010

17 Mac...

Semalam, 17 Mac 2010, usiaku sudah menginjak ke 40. Dah masuk alam baru... heii terasa makin dekat ke alam kubur. Sesetengah berkata "life begins at 40.." Yolah tu! Tapi kadang aku tengok org bila dah masuk 40s memang berseri2. Tengokla nanti aku camna lak.. hahah.

17 Mac 1970 dulu... aku lahir ke dunia. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik sampai hari ini..

17 Mac 2006, aku mengakhiri zaman anak dara... ambil berkat hari Jumaat tepat pukul 12tgh. Demi akad je, jam masjid berbunyi.. Agak konflik di permulaan, tapi gerak hati aku mengatakan yang semuanya akan berlaku dengan baik selagi kita berniat baik dan berserah kepada Allah yang Maha Mengetahui. Walau bukan kehendak dan pilihan hati sepenuhnya, sebenarnya dialah yang terbaik buat aku. Kalau nak buat drama, tajuknya '16 tahun mencari cinta..'. Yg lagi 20thn tu, memang aku nak menikmati zaman remaja secara all out! Alhamdulillah... setakat ini mendapat suami yg sangat baik dan sabar, sangat bertolak ansur, dll.. tapi kadangkala terlalu dominant terutama bab2 buat keputusan nih.. beza umur yg jauh pun kadangkala mencipta konflik komunikasi tau...huhu! Setakat ni, cuma sekali dapat sambut anniversary bersama. Yang selebihnya, berjauhan macam hari ni... Aku tak kisah pun, asal masing2 ingat... paling2 pun postpone sampai cuti habis... :D

17 Mac 2007, saat kami nak sambut anniversary, nenek yang membelaku sedari kecil, kembali ke rahmatullah. Dalam redha, terkilan juga sebab dia tak sempat nak menatap wajah anakku. Terkilan juga aku sebab dengan kerja ofis yg banyak ketika itu, dan keadaanku yang hamil 6 bulan, aku tak dapat nak bersamanya di saat2 akhir. Aku cuma dapat menatap wajahnya beberapa minit sebelum dikafankan. Masa aku balik sekejap beberapa hari sebelum tu, dia dah masuk hospital dan tak kenal aku. Apa2pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dunia yang lebih kekal. Semoga rohnya berada di tempat orang2 yang beriman.. AMEEN.

17 Mac akan datang tak tau lagi macamana... masih adakah lagi aku di dunia atau sebaliknya... Semoga aku mampu menyediakan bekalan untuk hari tua dan hari2 yg lebih mendatang di dunia yg lagi satu...

3 comments:

  1. selamat hari lahir dan anniversary k ct... may happiness be yours each moment in your life...

    ReplyDelete
  2. Happy Belated Birthday Ti!! :)

    ReplyDelete
  3. tahniah..

    aku pun tak lama lagi cecah 40 tahun..

    so semoga pengalaman hidup akan semakin mematangkan kita sebagai manusia..

    ReplyDelete