Pages

Monday, March 22, 2010

Sepi Itu Indah.. ye ke?

Sekarang aku dah ada di Anjung Hijau. Tengahari tadi sampai. 1-2 jam tu sepi sikit, Fawwaz tak bersuara sangat. Baru kejap tadi dia ada mood nak nyanyi dan 'bercakap' macam selalu. Baru riuh sikit.. Dia pun rasa kot betapa bosannya bila baru lepas balik dari kampung. Teringat acik2, nenek & datuk yg suka melayannya...

Jumaat ni nak balik ke Bahrain.. Ingatkan kami berdua je, surprisingly hubby balik nanti. So, lega sikit tak payah aku susah payah urus barang, anak dan diri sendiri kat airport. Flight pulak tengah malam.. Macam biasa bila di KL, jadual tetap penuh selain packing dan cleaning. Apa2 pun dah puas sangat cuti kat kampung... yg malasnya, bila mula terasa2 kesunyiannya... takpe, InsyaAllah 2 bulan lagi balik..

1 comment: