Pages

Monday, August 30, 2010

Nostalgia..

Hari ni aku saja nak mengimbas cerita lama.. cerita puasa dan raya. Dah beberapa hari aku duk teringat2 kisah dulu waktu2 macam ni. Berlegar-legar kat kepala dari satu destinasi ke destinasi yg lain.. Mana tak berangannya, tinggal 3 hari lagi dah nak balik cuti raya ke M'sia. Tahun ni cepat seminggu balik sebab ada urusan peribadi dan penting. Dah 2 tahun (sebelum ni) kami balik sehari nak raya. Lepas tu raya pertama baru boleh proceed ke kampung.

Dua tahun lepas, masa tu masih di S'pore paling mencabar... dahlah flight petang, delayed pulak tu. Sampai KLIA dah 630ptg dan hubby lak nak proceed ke Melaka sementara aku nak ke KL dgn Fawwaz. Sampai rumah dekat nak buka.. Makanya masa raya eve tu, orang2 makan sedap2 dgn keluarga, aku sorang makan maggi.. huhuu. Tapi aku tak sedih pun, sebab aku ni kan berhati waja dan kurang perasaan... Lagipun masa tu penat melebihi segalanya. Esok pagi baru balik kampung. Sampai rumah mak, dorang pun tak habis solat aidilfitri lagi.. punya pagi aku bertolak (perjalanan > 2 jam).

Tahun lepas dah duduk di Bahrain.. Balik 2 hari nak raya, tapi sebab perjalanan yg panjang, sampai pagi tu lah.. Ok lagi, petang sempat cari apa yg patut. Tapi masih proceed ke kampung pagi raya tu... Terus tuju rumah mak. Itulah hikmahnya.. kalau tak belum pernah aku pagi raya rumah mak, sebab selamakini aku duduk dengan nenek. Bila nenek dah takde (meninggal tahun 2006) baru tukar schedule. Cuma tahun ni aku ingat nak menuju rumah ayah aku dulu (jgn heran, both of them were separated).

Beraya masa ada arwah nenek memang meriah sangat. Sentiasa sibuk melayan orang dan membasuh pinggan. Sampai terpaksa guna paper plate sebab tak larat nak membasuh. Anak cucu cicit menakan ramai sangat... dan masa tu arwah yg paling lama hidup di kalangan adik beradik dia. Bila dia dah tak ada, suasana sedikit bertukar... taklah sepi sangat, tapi adik beradik yg jauh pun dah tak stay lama kat rumah tu.. Pagi raya sedikit lengang... yg masih setia aku dan makcik Wati.. Tapi rasanya selagi ada budak2, kira meriah la tu.. terutama anak aktif macam Fawwaz yg suka buat show depan tetamu. Tahun ni apa pulak pesen kerenahnya... tungguuu! Sekurang2nya makcik aku dah tak payah risau dengan bekas2 kuih tu, sebab Fawwaz dah besar.. tapi, mungkin ada kanak2 kecik yg lain pula heheh... Satu lagi yg sering jadi mangsa tetamu kecil ialah ikan2 di kolam tu... silap haribulan ada kaki yg masuk dalam..

Itu semua kisah bukan lama sangat... kalau yg lama, zaman aku kecik, raya ni apa sangatlah bagiku... sebab selalunya pagi raya aku diserang lelah@ asthma. Lembik je... maklum, masa puasa minum ais (air sejuk), makan tembikai dll tak hingat.. Aku sangat alah dengan ais, tembikai dan udang goreng... Tapi sekarang sudah tidak lagi. Semua boleh hantam.. Doaku janganlah penyakit itu datang kembali.. cukuplah masa kecik2.

Walau apapun, aku harap perjalananku pada hari Khamis malam esok lancar dan selamat. Aku suka Gulf Air ni sebab kapten dia baca doa naik kenderaan.. Insyaallah selamat. Aku dah lalui beberapa siri perjalanan mencabar bersama si kecik Fawwaz.. cukuplah, sekarang nak tidur selesa walau duduk di seat economy yang sempit tu (kalau nak rasa biz class kena naik SIA... leceh lak transit byk). Moga2 masih sempat pergi pasar ramadhan. Nak makan nasi kerabu.. sesdapsnyer...


Tuesday, August 24, 2010

Gerak Hati

Kadang2 ada rasa gerak hati nak buat sesuatu.. tapi kita abaikan sebab yg 'sesuatu' tu rasanya macam dah dibuat... Rupanya kadang2 tak pun... Macam malam tadi, aku asyik rasa nak tengok alarm setting di HP ku.. tapi samada aku lupa atau dah rasa yg aku dah set siangnya. Pulak tu bila dah masuk pukul 9 mlm aku sibuk nak suruh Fawwaz tidur. Sekejap naik katil, sekejap turun... akhirnya tertidur juga pukul 10. HP aku pegang dan alihkan, nak tengok tapi ala2 mamai... Pukul 2 pagi terjaga, Fawwaz minta susu. Aku pun bangun... mr hubby pun ikut bangun dan buka movie (adakaa... patut buat tahajjud kan.. huhuu). Lepas buat susu aku tidur balik dan sepatutnya 1/2 jam lagi (2.30) nak bangun masak untuk sahur. Sedap pulak tidur.. mimpi makan2.. makcik2, sepupu2, ramai masuk dalam mimpi...heheh.

Tiba2 aku terkejut dek suara mr hubby... sahur! Dah pukul 3.15 ni... HA!? Alamak... belum masakkk.. Apa alarm tak bunyi! Hubby pun tak perasan aku tak bangun sebab leka tengok movie. Kelam kabut aku. Kepala dah set malam tadi nak goreng mee...panas2 dan sedap, letak udang banyak2. Masa buka semalam, tak lalu makan nasi sebab ikan kembung masak asam tu sangat hanyir (biasala ikan kembung versi arab ni semacam sket..). "Takpe laa... rebus je maggi.." kata hubby.. Keh keh keh... sedap juga, tambah telor + cili padi potong favourite dia. Aku pulak minum nesvita, kuih bakar kentang dan kek coklat.. kenyang juga.

Rupa2nya alarm tak set... macamana aku boleh rasa dah set dan apasal aku tak jadi nak check? Memang adakala aku perlukan alarm untuk berbunyi sebab lately sebelah siang aku penat dan banyak kena hawa dapur yg membuat aku mengantuk. Sedangkan aku jarang berpeluang tidur siang... Bila dapat nikmat tidur malam, perghh.... Tapi, kisah di atas tu sebenarnya bukan lah lambat sangat bangun tu... Suboh sekarang dah menginjak ke pukul 3.48 pg. Sempat sangatt.. cuma tak sempat goreng mee je. Aku perlu masa sikit kalau nak masak sebab dapur jenis elektrik ni lambat nak warm up, tak macam dapur gas.

Walau apapun, syukur masih berpeluang bersahur dengan tenang... sempat minum air 2 cawan. Itupun sebenarnya tak cukup sebab cuaca luar yg panas dan kering. Di dalam pula aircond yg tak pernah berhenti... kulitku semakin kering dan menggatal. Tapi tak lalu pula nak teguk air banyak2...

Thursday, August 19, 2010

Cerita Bulan Ramadhan II

Aku baru je selesai memasak di dapur... mula-mula buat kuih Tiwul Gula Merah, adik beradik Puteri Ayu yg atasnya ada kelapa putih tu.. eksperimen tak berapa menarik sebab mungkin tak ikut resipi betul2..hihi! Lepas tu goreng karipap untuk jual... harini malas betul campur takde idea, aku hantar karipap je. Sikit pulak tu...buat syarat. Lepas tu otak duk fikir je apa nak buat lauk buka.. ayam masak halia kot.. Tiba2 cousin chat sesama dorang, ada yg sebut ayam paprik. Terus tukar menu, jadilah ayam paprik... Sayur pun tiru apa makcik aku masak, kobis goreng... aku tukar sikit, karot lebih + kobis.. adakaa..?

Seminggu ni aku ada sikit rajin + malas... dalam malas ada rajin. Kepala malas nak buat kuih nak jual, tapi masih rajin jual juga 2 jenis sehari... rajin juga nak buat dessert lain untuk family. Lepas tu hujung hari je aku jadi penat sangat2.. Macam semput pun ada... Kalau dari pukul 11 pagi sampai 530pm duk kat dapur je, memang harus penat. Mencuci peralatan dan mengemas dapur semula kepada asal memang sangat2 memenatkan. Dah aku jenis tak senang hati tengok benda berserabut... tapi kadang memang tak daya. Kemas camna pun tetap kelihatan serabut.

Dalam waktu yg sama, layan anak dan buat itu ini... Fawwaz lak tengak teruja dengan permainan golf kat komputer.. Dia baru jumpa game ni kat laptop aku setelah mem'browse' files kat situ... Masalahnya belum pandai sangat dan tak sabar, so sikit2 mama kena rescue bola golf tu.. huhuu! Makanya aku masak sambil main game... mana nak cepat siap. Kadang2 belum sampai waktu kena mandikan dia, dan macam2. Masuk je pukul 6 ptg aku macam dah takde tenaga langsung! Tu yang kadang jadi stress membawa kepada perut kembung.. sebu..

Sekarang ni aku nak kena cari formula me'maintain'kan tenaga.. Apasal cepat penat. Orang lain lagi multi tasking.. Nak kata faktor usia, ramai lagi kakak2 yg umur lagi jauh aku tgk maintain cergas.. atau aku tak cukup exercise, atau aku suka jalan laju2 dan bergerak je dalam rumah, atau aku banyak fikir, atau apa ye?

Friday, August 13, 2010

Cerita Bulan Ramadhan

Kalau kat Malaysia, muncul aje bulan Ramadhan atau nak menjelang hari raya, mesti ada cerita kenaikan harga barang2. Tepung, gula, ayam, dll semua nak naik harga. Tahun ni aku tak perasan sangat cerita kenaikan harga ni, tapi mungkin dah awal2 hari tu masa minyak baru naik. Asyik2 kalau buka 'online paper' aku baca cerita kemalangan, kisah bunuh membunuh, takpun kisah artis sampai tak perasan perkara2 di atas.

Sebenarnya kat Bahrain ni pun serupa... Yelah, dah setiap minggu aku masuk hypermarket dengan membeli barang2 yang sama. Gula, tepung, minyak, ayam..tu biasalah, harga berubah2 hampir tiap minggu. Malam semalam aku terkejut bila harga kentang naik mendadak. Dalam 8 bulan ni di Lulu Hypermarket (my fav ni..), paling rendah 180 fils (<>RM1.80), kemudian naik 345 fils, 390 fils, dan malam tadi dah jadi 545 fils sekilo (<> RM5). Gula pula 2kg dah jadi lebih 700 fils (<>RM7). Yang lain2 tak usah cakap la... 4 keping dada ayam (sebab dah kehabisan yg sekor) BD1.77 (RM17).. Pergh!! mahal... Dorang pun sama macam kita kat M'sia kot, harga ikut perayaan atau juga ikut musim yg lain2.

Bila harga barang terutama kentang yang menjadi bahan utama jualanku, maka aku pun berkira2 nak ubah strategi. Ikutkan puasa2 memang malas sikit, rasa nak buat aktiviti lain, tapi sebab ada permintaan. Boleh dorang nak kuih belah pagi.. halo, akak puasa.. korang pun kenalah puasa juga.. Sebenarnya kat Bahrain ni bila masuk Ramadan, kedai makan semua atau hampir semua (tak sure la tuu..) tutup belah pagi.. Susah nak cari makan bagi non-muslim. Bukanya nanti pukul 4 ptg. Pandai2 la adjust ye..

Kelainan yang lain adalah 'sale' sempena Ramadhan Kareem tidaklah semeriah di M'sia. Kadang fikir di M'sia tu macam melampau2 pun ada jualan raya dia... Yelah, namanya pun berbeza. Di Bahrain disebut "Ramadan Kareem Sale". Di Malaysia "Jualan Hari Raya".. jarang dengar jualan ramadhan atau puasa. Kalau adapun bazar ramadhan... ish, apalah aku merapu. Sebenarnya hari ni tak berapa ada aktiviti. Kalau selalunya hari Jumaat adalah hari sibukku, bulan puasa ni tak keluarpun. Luar tu panas terik dan kering.. tak tahan tekak ni kalau lama2. Maka duduklah aku berlama2 depan laptop ni... Fawwaz pun dah jemu main tumblebugs. Sekarang dia duk suka click icon2 kat desktop.. buka files... click itu ini.. jgn delete sudahlah ye nak... hehee. Teringat zaman mengandung, duk diam2 je kerja merenung notebook sepanjang hari. Tu yg anak jadi IT literate tapi lambat cakap tuh.. lalala


Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, harinya telah tiba... Hari ni hari pertama puasa.. dan untuk tahun ke-2 di Bahrain. Macam tahun lepas juga, puasa bermula awal di sini memandangkan ini musim panas yg mana siangnya agak panjang. Pagi tadi aku bangun pukul 2.50 am untuk masak sayur dan panaskan lauk lain yg sedia kusimpan dalam fridge. Nasi pun dah siap2 masak sebelum tidur, so semua yg dah ready tinggal sumbat dalam microwave. Makan pukul 3.10 am.. subuh pukul 3.40, awal sungguh! Aku tak lalu lah pula nak makan nasi, bancuh nesvita dan makan 2 kpg roti + kurma. La ni duk letih melangut takde apa nak buat... ngantuk je! Tunggu mechanic betulkan washing machine yg rosak sejak 2-3 hari lepas, tak datang2 la pulak... So, macam takde mood nak basuh manual dgn tangan. Dah 2 hari basuh pakai tangan, ingat cuti buat kuih nak restkan tangan ni dari bekerja keras.. huhu! Saiful oh Saiful, cepatlah suruh orang tu datang....

Semalam lagi aku dah stop supply kuih. Tapi sebenarnya untuk minggu ni je, sebab aku tetiba malas dan nak rehat. Konon2 nak sambut Ramadhan. Semalam dorang tanya2 jugak kat hubby apsal tak jual, puasa ada ke tak... Sejak supply untuk majlis orang2 S'pore haritu, nampaknya bakal berkembang karipap cik siti.. heeee. Tapi tangan kananku ini seperti dah tak larat nak buat kerja uli-menguli.. lenguh semacam. Tak pula keluar2 muscle nye, lembik dan kurus jee...

Hari ni bakal berbuka pukul 6.18 pm. Nasib baik cepat juga.. hehe. Sat lagi lepas zohor, nak buat puding jagung. Buat masa ni belum terbayang di mata kemeriahan bazar Ramadhan kat M'sia. Awal lagi... Setengah hari pun belum luak..

Apa2 pun, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA buat semua... semoga bertambah iman di dada juga dilimpahi rezeki oleh Allah SWT...

Monday, August 9, 2010

Seorang lagi..

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.. Al Fatihah buat kawan lamaku di Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Kg Pandan KL yang bernama MISNAH BINTI TASUKI. Aku baru mendapat berita sedih melalui FB dari kawanku Tatie, yg Allahyarham telah kemalangan petang semalam dalam perjalanan menghantar anaknya ke asrama. Terkedu aku... dan sedih. Haritu masa nak gathering di Hulu Langat, dia plan nak join tapi cancelled di saat2 akhir sebab masalah kereta ke apa..(tak ingat). Dan nampaknya memang takde rezeki nak jumpa dia selepas lebih 20 tahun (tak pernah jumpa sejak habis sekolah).

Aku ingat lagi masa sekolah (dia sekolah di Sri Aman), arwah ni aktif je main macam aku tapi tetap pandai.. tak macam aku yg biasa2 je huhuu.. Dia sekampung dengan ku di Sabak Bernam, tapi dia dok di Teluk Rhu dan aku Sg Air Tawar. Walau dekat, tak pernah kunjung mengunjung sebab dah masuk U pun lain-lain (aku 'I' je time tu.. :D).

Apa2 pun, seperti yang aku selalu kata, janji Allah itu pasti... hidup dan mati memang ketentuanNya dan takkan terkurang atau terlebih walau sesaat. Semoga keluarganya terutama anak2 yang masih kecil sentiasa tabah terutama dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak dan Syawal nanti...

Saturday, August 7, 2010

What's Cooking..

Siap juga kek coklat kukus ku...





Thursday, August 5, 2010

Syukran..

Hari ni patutnya aku santai dan rest.. tapi aku bakal sibuk menyiapkan tempahan untuk petang ni dan esok.. Walau apapun aku sedikit gembira dengan text message yang aku terima pada pukul 3.45 pagi tadi. Syukur, segalanya hampir selesai. The hardest part telah dilalui. Walaupun ada sedikit kekeliruan..

Bukan aku nak cerita pasal beli kereta baru. Cuma the proses tu yg mana aku telah ceritakan dalam post yg lepas pasal pinjaman bank. AmBank dan CIMB kata aku kena blacklisted oleh Maybank. EON Bank lak duk senyap takde berita. Dalam applications yang tak lulus tu aku dapat bil untuk panggilan yg sekejap2 tapi 'roaming' guna line Celcom, beratus-ratus ringgit! Sangat kesal tak terkata.. Internal financier pulak tak berapa nak membantu untuk menggembirakan hati (membuat aku nak cepat2 balik kerja di Malaysia). Tiba-tiba dapat call (roaming lagi...) dari Maybank, interview itu ini, minta sokongan dokumen itu ini, dan alih2 cakap nama aku clear.. tak blacklisted! Bukan mengelirukan ke tu... Apa2 pun, harapan sangat cerah masa tu. Dan akhirnya pagi ni dia kata lulus! Legaaa... satu perkara. Tinggal nak buat langkah2 selanjutnya selain perancangan balik kampung.

Hari ni bolehlah aku buat kuih dan lain2 eksperimen dengan perasaan berbunga2.. Mungkin boleh jadi sedap sikit kekeke.... Nak buat karipap frozen, donut dan kek coklat.

Sunday, August 1, 2010

Cobaan....

Nak aje aku mengeluh hari ni... tapi beristighfar je lah banyak2. Bukan besar manapun dugaannya.. Kadang macam2 perkara nak berlaku satu masa..

1. Hari ni dari awal pagi lif dah rosak. Sampai sekarang nampak gaya tak elok2 lagi. Air minuman pulak kebetulan habis di awal pagi. Mujur semalam beli stok air mineral 3 botol, dan ada susu kotak segera utk sikecik yg suka susu nih. Berjimat cermat aku hari ni sebab kesian nak suruh Saiful naik angkat air tu ke level 6. Masalahnya kat sini air paip tak digalakkan minum walau dimasak sebab kandungan garamnya yg lebih dan tak cukup proses. Untuk masak2 je aku guna... nasib la tu.

2. Termengah2 Saiful naik pagi tadi, hantar bekas kuih ikut tangga. Entah apa cerita, untuk pertama kali dalam season ni kuih banyak tak abis. Takpelah.. dah bukan rezeki. Rezeki pekerja2 Bangla tu juga..

3. Dah nak masuk 20 hari the red flag berkibar.. Aku tak pasti apa jadi dengan hormon ku. Sehari dua ni pula perut sangat sensitif, nak sakit dan kembung je... Terbayang2 aku scanner kat klinik...

4. Bahrain ni tengah musim panas yg tersangat... Aircond dekat living room sejak semalam entah kelmarin buat hal. Tak sejuk pun.... yg keluar hanya hawa panas. Dah complaint pagi ni, tapi takde orang datang betulkan pun... adoi!

Takpelah, bertenang.... banyakkan bersabar. Sabar... sabarrrr....... mmmmm