Pages

Monday, August 9, 2010

Seorang lagi..

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.. Al Fatihah buat kawan lamaku di Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Kg Pandan KL yang bernama MISNAH BINTI TASUKI. Aku baru mendapat berita sedih melalui FB dari kawanku Tatie, yg Allahyarham telah kemalangan petang semalam dalam perjalanan menghantar anaknya ke asrama. Terkedu aku... dan sedih. Haritu masa nak gathering di Hulu Langat, dia plan nak join tapi cancelled di saat2 akhir sebab masalah kereta ke apa..(tak ingat). Dan nampaknya memang takde rezeki nak jumpa dia selepas lebih 20 tahun (tak pernah jumpa sejak habis sekolah).

Aku ingat lagi masa sekolah (dia sekolah di Sri Aman), arwah ni aktif je main macam aku tapi tetap pandai.. tak macam aku yg biasa2 je huhuu.. Dia sekampung dengan ku di Sabak Bernam, tapi dia dok di Teluk Rhu dan aku Sg Air Tawar. Walau dekat, tak pernah kunjung mengunjung sebab dah masuk U pun lain-lain (aku 'I' je time tu.. :D).

Apa2 pun, seperti yang aku selalu kata, janji Allah itu pasti... hidup dan mati memang ketentuanNya dan takkan terkurang atau terlebih walau sesaat. Semoga keluarganya terutama anak2 yang masih kecil sentiasa tabah terutama dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak dan Syawal nanti...

No comments:

Post a Comment