Sebenarnya kat Bahrain ni pun serupa... Yelah, dah setiap minggu aku masuk hypermarket dengan membeli barang2 yang sama. Gula, tepung, minyak, ayam..tu biasalah, harga berubah2 hampir tiap minggu. Malam semalam aku terkejut bila harga kentang naik mendadak. Dalam 8 bulan ni di Lulu Hypermarket (my fav ni..), paling rendah 180 fils (<>RM1.80), kemudian naik 345 fils, 390 fils, dan malam tadi dah jadi 545 fils sekilo (<> RM5). Gula pula 2kg dah jadi lebih 700 fils (<>RM7). Yang lain2 tak usah cakap la... 4 keping dada ayam (sebab dah kehabisan yg sekor) BD1.77 (RM17).. Pergh!! mahal... Dorang pun sama macam kita kat M'sia kot, harga ikut perayaan atau juga ikut musim yg lain2.
Bila harga barang terutama kentang yang menjadi bahan utama jualanku, maka aku pun berkira2 nak ubah strategi. Ikutkan puasa2 memang malas sikit, rasa nak buat aktiviti lain, tapi sebab ada permintaan. Boleh dorang nak kuih belah pagi.. halo, akak puasa.. korang pun kenalah puasa juga.. Sebenarnya kat Bahrain ni bila masuk Ramadan, kedai makan semua atau hampir semua (tak sure la tuu..) tutup belah pagi.. Susah nak cari makan bagi non-muslim. Bukanya nanti pukul 4 ptg. Pandai2 la adjust ye..
Kelainan yang lain adalah 'sale' sempena Ramadhan Kareem tidaklah semeriah di M'sia. Kadang fikir di M'sia tu macam melampau2 pun ada jualan raya dia... Yelah, namanya pun berbeza. Di Bahrain disebut "Ramadan Kareem Sale". Di Malaysia "Jualan Hari Raya".. jarang dengar jualan ramadhan atau puasa. Kalau adapun bazar ramadhan... ish, apalah aku merapu. Sebenarnya hari ni tak berapa ada aktiviti. Kalau selalunya hari Jumaat adalah hari sibukku, bulan puasa ni tak keluarpun. Luar tu panas terik dan kering.. tak tahan tekak ni kalau lama2. Maka duduklah aku berlama2 depan laptop ni... Fawwaz pun dah jemu main tumblebugs. Sekarang dia duk suka click icon2 kat desktop.. buka files... click itu ini.. jgn delete sudahlah ye nak... hehee. Teringat zaman mengandung, duk diam2 je kerja merenung notebook sepanjang hari. Tu yg anak jadi IT literate tapi lambat cakap tuh.. lalala
SALAM KAK HAR dan FAWWAZ YG DICAYANGI...HEH... memang kat malaysia ni 'melampau'..mcm ustaz kata dalam tanyalah ustaz kita dah jamu nafsu dulu dgn bazar ramadhan...belum jamu perut...silap konsep...kt tempat lain mana ada...apa pun berpada-pada kalau dah ke bazar ramadhan..
ReplyDeletetips dari ustzah asni...baca lailahaillahwahdahulasyarikalah.....wallahua'lam