Pages

Sunday, February 27, 2011

Cobaannn...

Serabut betul pagi nih.. Apa tidaknya, sejak maghrib semalam air mengecil dan terus takde.  Lepas tu keluar sikit kat dapur dan master bathroom, sempat cuci pingggan mangkuk sikit, mandi dan wudu'.. pastu takde balik.  Pastu macam ada kat master b/room.. so, tak payahle simpan air banyak2 sebab beberapa kali pernah jadi.  Pagi mesti ada.. Rupanya sampai sekarang ni lebih pukul 8.30 pagi masih belum ada air.

Awal subuh naik ke rooftop dekat bilik sauna, ingat ada air.  Sempat gosok gigi, rupanya makin kecik terus takde.. Pastu ambik sikit air swimming pool.. Hubby nak gi kerja terus je terjun situ.. Haha..inilah kejadian pertama yg menjengkelkan selain hari tu pump swimming pool rosak, sampai banjir seluruh apartment terutama rumah kami. Yang ini pump tangki air pulak rosak.  What a Sunday blues!

Susahkan kalau takde air.  Paling susah nak memenuhi 'nature's call'.. Mujur fawwaz sudi pakai pampers sepanjang masa (sebenarnya dia pun suka!).  Otak jadi macam buntu tak kena air yg banyak..  Kalau kat M'sia dah pasti kita lari cari rumah sedara.. Kat sini?  Aku hanya mampu bersabar.. Rasa nak lari je ke masjid al-fateh depan tu.  Tapi hubby selamba je bila kita mencadangkan... Kat sini, memang saya 100% bergantung dengan suami kalau nak bergerak keluar.. sgt dependence!

Bayangkan kalau duduk kat tempat2 kemarau tu.. kat Africa tu.. Aduh!!  Insafnya.. Ini baru tak dapat mandi pagi rasa buntu je.  Nak minum air, nak makan takut... Takut dgn panggilan pulau..hahahha.  Oh! Wahai tuan bangunan yg kaya raya.. tolonglah cepat selesaikan masalah ni... Hari ni mesti Saiful darah tinggi nak jawab komplen orang.. sampai drinking water pun habis.. agaknya depa buat mandi dan bersuci.. :P


Saturday, February 26, 2011

Demonstrasi Tanpa Kesudahan

Pagi tadi (Jumaat) seperti biasa saya keluar untuk membeli barang dapur.  Dah 2 Jumaat tak pergi market basah, sejak mula rakyat sini berdemo.. Minggu ni pergi Geant Hypermarket yang terletak dalam 2km je kot dari roundabout tu.. Macam dari Anjung Hijau ke bulatan kuda @ Mines..  Hari ni tak dapat ikan lagi, sebab kat Geant tu kelihatan tak menarik.. tak fresh macam kat market.  Adoi! Jemunya makan ayam & daging je.. mujur tak jemu dgn telur!  Takpelah, bersyukur.. masih ada rezeki untuk makan sedap2!

Balik dari Geant teringin nak tengok tempat demo tu... Memang polis dah tak blok jalan, cuma monitor dari atas highway atas tu je.. Bayangkan satu roundabout yang tak berapa besar tapi banyak cabang... tengah2 tu penuh khemah.. juga di pesisir jalannya penuh kereta dan khemah.  Biasa ada 2 lane, jadi satu lane.  Kalau tengok, umpama pesta atau karnival.  Sebab pagi, nampaklah selain orang2 tidur, melepak, hisap sheesha, borak, berkumpul, jaga makan minum, menyapu, dsb.  Kesan vandalism toksah cakap, habis tembok2 diconteng!

 Gambar dr fb We Are Bahrain

Pendapat orang luar seperti saya hanyalah satu aktiviti yg agak membuang masa dan kurang professional serta tak cerdik.  Merosakkan imej dan hartabenda.  Sebelum ini, kawasan itu kelihatan bersih walau berpasir.  Sedangkan pihak sana sini ajak berdialog untuk menyelesaikan masalah.  Kerajaan Bahrain tidaklah sekeras di Libya.  Penuh toleransi sampai tahanan politik (ala2 ISA) pun dah dibebaskan.  Dan jelas, media luar memang bias dalam memberi laporan.  Hanya yang buruk dipaparkan, sedangkan ramai di sini yg menyokong raja dan melaungkan "unity" demi kebaikan dan masa depan.

Salah satu penulis akhbar hari ini yg menceritakan bagaimana dia menelefon BBC Arab kenapa tak siarkan rally yg disertai beratus ribu rakyat menyokong kerajaan.  Jawabannya, mereka sibuk buat coverage untuk Libya.  Sedangkan rally oleh pembangkang yg berlaku pada masa yg sama tersiar di semua media.  Media barat hanya menyiarkan perkara yg negatif.  Entah apa tujuan mereka..?

Sekarang ni winter dah semakin berlalu.. ala2 spring atau lebih kepada cuaca kita di Malaysia (sejuk sket).  Dah tak perlu pakai baju berlapis atau sweater kalau keluar tu.  En hubby kata kalau dia kerajaan, biarkan je dorang protes sampai tiba musim panas nanti.. tengok camna. Huhuuu!  Kejam gitew... Dahlah dalam tu ramai yg sakit2.. sampai pasukan palang merah pun berkampung kat situ.  Yg tak setuju, cikgu2 pun ikut mogok tak mengajar.  Mujur ramai volunteers sanggup turun ke sekolah..

Harap di Malaysia, kita tak begini.. Dulu pernah juga jadi macam ni kat Dataran Merdeka.  Lama2 hilang juga.. Tak pasti kisah yg benar.. tapi kebenaran pasti ada. Hanya Allah yg tahu dan empunya diri.


Tuesday, February 22, 2011

My Second Home..

Semalam ada rally lagi di Masjid Al Fateh.. Tak senang duduk saya, sebab asyik nak mengintai je walau nampak sayup dikegelapan malam.  Bermula dari pukul 5pm makin lama semakin ramai mereka berpusu2 ke masjid.  Mujur hubby sempat balik awal, kalau tak sure stranded kat mana2 sebab jalan sesak teramat!  Jalan 2 ways jadi 1 way.. Lebih ramai dan meriah dari hari Jumaat lepas.

Bersusun kereta hari Jumaat lepas... tengok dari dapur je!

Yang nak jadi cerita, kamera saya pun ikut meragam.  Sebenarnya ada 2 buah, yg lama tak boleh adjust (butang OK tak OK) tapi masih boleh snap dan display once picture is snapped.  Yg baru lak, battery charger nya meletup hari tu masa nak charge.  So, bateri 2-2 weak.  Maka aktiviti merakam peristiwa pun perlahan le..

Perhimpunan tu sampai tengah malam.  Saya yang tidur seawal 9.30 mlm ni seakan dibuai oleh suara2 mereka yg berkempen tu.  Ikut bersemangat, cuma tak faham sebab bahasa arab. Dengar nahnu.. nahnu.. je (kami/kita..).  Dorang berkumpul untuk unity.. bukan hanya kesetiaan utk kerajaan dan pemimpin negara, tapi juga menyeru untuk 'corrections' oleh kerajaan dan penyatuan semua semua kaum atau rakyat dari pelbagai kefahaman.  Termasuk pembebasan tahanan politik yang terdiri dari puak syiah.

Memang inilah yang terbaik.  Negara kecik, aman, maju... tak payah nak jadikan huru-hara macam yg lain.  Selesaikan sendiri tanpa campurtangan lain.  Terutama US dan sekutunya toksah menyibuk!  Bila hari2 tengok dorang menyeru itu ini rasa geram betul ngan polis dunia ni.  Jangan jadi Iraq, dah macam tu kena tinggal je.. pastu baru tau orang2 yg dulu sukaria Saddam mati.  Minyak ntah2 dah kena angkut semua dek si penyamun!

Sebenarnya seronok duduk kat Bahrain ni walau kadang2 datang hati tak kerasan tu.  Tak kerasan sebab takde kawan dan life je.  Yang lain2 OK.. dan kulit saya yang tak sesuai dengan cuaca di sini terutama di musim sejuk dan panas.  Mesti nak menggaruk je sampai berbintang2.. Puas sudah sapu losyen.

Perhimpunan semalam sedikit sebanyak memberi kesan kepada kuih2ku..hahaha!  Tak habis banyak... Padahal kalau hari Selasa macam ni, letak banyak2 pun selalu tak berbaki.  Malam tadi tak pasti para juruteknik shift petang boleh pergi kerja dan yg shift pagi boleh balik sebab jalan takde ruang nak bergerak.. Takpelah.. dah bukan rezeki.  Tapi jadi rezeki mat2 bangla 4 orang tu.. mujur ada dorang!

Nak packing ni... dari hari tu cakap tapi tak buat2. Isi dulu kotak nescafe tu.. Konon2 nak bawa separuh barang2 yg kubeli sebelum ni.  Nanti Jun takle banyak sangat nak bawa.  Kan nak balik terus for good!  huhuu..yolah.  Kelmarin hint2 kat en hubby, dia kata "TBA".. to be advised and to be determined!  Adakah??!!  Kesian Fawwaz.. kekawan lain dah masuk sekolah.  Tapi vocab malay, english & arabic Fawwaz semakin banyak walau cakap tak lancar.  A-Z dah boleh sikit2.. 1-30 in progress.. wahid - asharo dah lancar.  Satu - sepuluh pun boleh.  Tanya melayu, jawabnya dalam arab... mmmm.


Fawwaz di meja belajarnya..



Sunday, February 20, 2011

Cerita Hari Ini..

Keadaan nampaknya masih begitu.. Kalau ikut kenyataan akhbar dan internet, harini Trade Union nak buat demonstrasi lagi di datararan tu.  Tapi itu berdasarkan kalau govt tak tarik balik army dari kawasan tu.  Kelmarin crown prince dah suruh berundur askar2 tu.. Tapi biasalah, dah ikut yg itu, nak ini pula timbul... Nak suruh ahli2 parlimen resign dulu pula sebelum buat dialog.. mmm entahlah!

Ingat hari ni nak packing siap2.. walau jadual asal nak balik 4/3, mungkin kalau ketegangan memuncak, nak kena awal sikit.  Since company pun keep on reminding itu ini.. Semalam SMS dari S'pore pun ingatkan kami supaya "avoid non essential travels".. Kalau nak balik negeri, bila2 dorang boleh arrange.. Eh! Aku org S'pore ke?  Hehehe... tumpang semangkuk je!  Hari ni baru suami nak contact embassy M'sia.. lapor diri (update).

Suasana di Juffair memang tenang kecuali Jumaat hari tu, sedikit havoc.  Hari ni sekolah kat depan tu pun buka semula lepas 3 minggu cuti.  Ada bacaan Al Quran setelah tak kudengar sejak balik Januari lepas..  Kalau dalam keadaan emosi, memang alunan Al Quranlah pengubatnya! Moga Allah selamatkan bumi Bahrain dari tumpahan darah dan huru hara yg tak membawa keuntungan.. Dan juga selamatkan bumi ini dari dakyah dan pengaruh barat, kafir, yahudi dan yang seangkatannya.. Dorang tu cari kesempatan je.. tapi ingat, umat Islam akan mencapai kegemilangan itu juga nanti sebelum tiba hari Kiamat.. yg penting yahudi laknatullah akan hancur!  TIBA2 AKU BERSEMANGAT!!  :D;D


Saturday, February 19, 2011

InsyaAllah Kami Selamat...

Pagi Jumaat kami cuba juga pergi ke market macam biasa.. nak beli ikan fresh.  Tapi jalan nak masuk tu dah kena blok seperti dijangka.  Jalan tulah terletaknya Pearl Roundabout atau Pearl Square tu.  Mujur dapat juga masuk Lulu Hypermarket.. itu pun kena ikut jalan lain sebab tutup roundabout lagi satu.  Memang satu jalan dengan tempat orang2 selalu buat demonstrasi tu..  Kat jalan tu selain polis, berderet kereta kebal dan askar berpakaian lengkap dan bersenjata.  Macam nak perang gayanya!

Suasana di Lulu pula lengang.. banyak barang takde.  Ikan takde, ayam takde (sempat grab stok lama..16/2 sebelum dorang tolak ke belakang!), daging pun...  Sayur2 hijau layu belaka.. Pendekata, kalau berlaku keadaan macam ni, memang ekonomi negara akan merosot!  Terkenang pada pakcik2 tua yg selalu ambik upah sorong barang kat market.. Macamana nak cari makan dalam keadaan ni..

Org macam saya pulak nak fikir apa makanan yg kena ada.. selain ayam tadi, ambik je sardin Ligo made in Philippine yg tak sedap tu.  Janji halal.. telur pun banyak lagi.. Maggi pun kena ada.  Susu fawwaz kena beli lebih.. beras, tepung.. apalagi?  Sebenarnya letih nak fikir..  Harap2 tak seteruk di Mesir tu.  Cerita Mesir lain, yg sini sedikit lain walau masih berkaitan pemerintah.  Semalam dilaporkan 5 mati..

Tengahari Jumaat berpusu2 orang ke masjid Al Fateh depan apartment ni.  Terasa ada sesuatu.. Rupanya memang betul, ada rally lepas solat Jumaat.  Meriah sana sini dengan bunyi laungan.  Kali ni oleh kumpulan pro-kerajaan.  Dorang berarak bawa bendera dan gambar raja.  Ramai sangat sampai penuh sesak jalan.  Sampai Isya' masih ada kat jalan walau dah surut. Bunyi hon kereta tak henti2.  Heli pulak duk berlegar2 kat atas tu.  Tak tau la apa pula keadaan di Pearl Square tu.. Janganle harapnya guna kekerasan sangat sampai ada mati lagi.. Sebab akan lebih menimbulkan ketegangan.  Kalau tengok kat TV asing, cerita yg sama berulang2 dan kadang campur2 gambarnya..

Embassy M'sia dan S'pore (based di Saudi) dah hantar circulation.  Dari S'pore dorang suruh kami stay indoor esp malam tu.  Setakat ni kami yg berani keluar ni masih boleh menjalankan aktiviti biasa.  Cuma elakkan tempat2 tumpuan tu.  Keluarga di M'sia janganlah risau ye!  Juga nampak penularan situasi begini pada negara2 Islam yg lain.. dari Tunisia, Yemen, Mesir, Bahrain, Libya, Algeria, Jordan, Pakistan (yg ni tak pernah pulih pun..), Iran... mmm banyak dan semakin banyak!!!


Thursday, February 17, 2011

Adoi laa...

Mm... lama dah rasanya tak meng'entri' kat sini..  Tetiba mood nak ber'blogging' hilang begitu saja.. tak perasan sejak bila.  Lagi2 sejak dah tak boleh upload gambar.. entah nape! Tapi hari ni tetiba mood ku bangkit..

CERITA 1
Kejap tadi en hubby called.. telling that the company offers to repatriate the dependences who wish to go back to their country by end of this week..!  Opps.. tetiba akak speaking London.  Yelah, bila citer bab office matters ni terus nak guna bahasa official correspondence.. adakah?!!  Yg adakah lagi, apasal tak citer je terus Ahad nanti, Sabtu ke.. baru betul2 weekend.  Tak suka akak nak buat decision last2 minute.. Memang dah plan pun nak balik 4/3 but not so soon to change the date la.. at least minggu depan, boleh adjust lagi nak packing ke, abiskan stok kentang & bawang ke.. nak bungkus kuali godang den tu ka... ahaks!  Takpe, tunggu nanti en hubby balik petang ni, to discuss further.  Tadi nak cakap pun en fawwaz terjerit2 tak kasi chance... yeaa, nak balik M'sia terus ke?  For good ke?  Tungguuuuu...

CERITA 2
Malam tadi (16/2), dekat pukul 1 pg, pakcik ku tersayang.. Pak Bong datang berdua with wife.  Datang untuk tidur je dan tengok kami..hehehh!  Sebenarnya transit 7 hrs otw ke Damsyik.  Dah naik Gulf Air, kenalah singgah Bahrain kan... Sampai rumah kita pun dah 12.58 midnite.  So, borak dan minum kejap, terus tidur dekat pukul 2..  Pagi sarapan baru sambung bersembang.  Pukul 6.45 am dah tolak semula ke airport.  Macam mimpi je kan.. tapi sekurang2nya, sampai juga...  La ni saya tengah mamai2 sebab tidur 2 jam lebih je.. Nak bayar tidur, selagi cik mat sorang ni segar bugar, jangan harap nak lena.. Ada je la permintaannya kan.. Alahaii anak omak!  Takpe la nak.. tu tandanya kamu bijak, sihat dan aktif... peace!

CERITA 3
Orang kampung tertanya2 kondisi kami di sini dengan cerita terbaharu di Bahrain.  Kami pun tengok kat TV je, news di France 24.  Kisah demonstrasi puak Syiah yg tak puas hati dengan kerajaan yg dikuasai oleh puak Sunni.  Sebenarnya dah lama dorang tak puas hati tu.  Pernah ada penangkapan Syiah beramai2, juga pelepasan beramai2.. tak tau apa sebab dan tak ambik tau.  Setakat pagi tadi 2 orang mati.. sorang kena tembak.  Tapi salah satu hari demo (15/2) kami selamba jenjalan ke Bahrain City Centre, antara mall yg paling top.. Memang sedikit lengang tapi macam tenang.  Keluar tu, penuh dataran pasir sebelah city centre dengan kereta patrol polis.. Rupanya petang tu ada demo lagi kat Pearl Square, tak jauh tu.  Tunjuk perasaan ni kat Manama, capital city dia.. tak jauh dari Juffair tempat kitorang ni. Harap2 tak le teruk sangat dorang ni macam Egypt tu.. bukan ramai pun penduduknya.  Dulu kurasa negara ini aman damai tenang.. tetiba ngetop gitu!  Mungkin sebab tu SIA offer nak repatriate kami para isteri dan anak nih balik kampung... takut ketegangan menjadi lebih buruk.. ye la kot.  Nanti tanya suamiku...
  

Saturday, February 5, 2011

Cerita Kera Sumbang..

Pagi semalam macam biasa lepas ke market, terus ke Lulu beli segala macam bekalan untuk seminggu.  Semalam, terserempak dengan ramai la pulak orang2 M'sia kat Lulu tu... adalah dalam 6 orang (termasuk si kecik Umar.. :))  Berborak2 la kami kejap sambil berkenalan.. Hat yg lain2 tu memang saling mengenali, tapi dengan kita ni lah yg dorang first time jumpa. Dah dkt 2 tahun tak pernah jumpa ye?  Bukan le besor benor Bahrain ni... besar Perlis je kott... Susah mau cerita kan.. akak ni kan bukan saja 'mak pingitan' tapi ala2 kera sumbang.. tak tau apa2 perkembangan luar.  Dah selalu cerita kan... Saya pun dah terbiasa dgn keadaan ni.  Takpelah, biar aku low profile.. adalah hikmahnya tu.  Apa2 pun dah boleh hebahkan ni yg 5 Mac nanti nak balik M'sia lagi... Hehe.. rasa baru je 2-3 minggu balik sini, dah cerita nak balik sana... Mana tak berlubang je kocek aku nih!!!

Pagi tadi kiterang buat pertama kali breakfast kat padang tepi laut tu... namanya Marina Park.  Dalam 500 meter je dari rumah.  Padang tu kalau weekend bermula petang Khamis, Jumaat dan Sabtu memang akan penuh dengan orang berpiknik... makan2, barbecue, kumpul2... Org2 arab memang suka aktiviti kekeluargaan camni. Kat situ adalah tempat hiburan kanak2.. Tapi pagi tadi kiterang je kat situ. Orang lain tidur lagi kot...



Belakang tu jeti kalau nak cruising...


Sempoi je cara kiterang picnic... mula2 exercise lari2 dulu, pastu makan!! Jgn lupa khemah kecik Fawwaz tuu... 

Sikecik seronok je lari2... dia ni mana ada penat!!


Dah balik rumah, En Habibi tiba2 keluar demi nak ambil gambar jalan ni... Apt kami letaknya di arah Manama South..

Ini lobby apartment kami... kalau pagi2 tu, kat atas kaunter tulah letaknya kuih2 akak.. si Saiful (Bangladeshi) tolong jagakan... Mcm lobby hotel 3 bintang lak kan..hehehh

Bibik tgh buat inti karipap... :D


Tuesday, February 1, 2011

Cerita Clumsy Hari Ini

Pagi tadi, sebelum subuh lagi saya dah tumpahkan tepung.. bersepah atas kabinet dan lantai dapur... Kejap tadi pulak (masih pagi), tumpahkan semangkuk nasi atas lantai juga... Adoh!! Kekadang memang ada hari2 yg kita berperilaku 'clumsy' macam ni..  Belum kira awal2 pagi mood hampir pergi dek macam2 gangguan perasaan.

Perlahan2 moodku kembali... Mula2 bila Saiful hantar bekas kuih yg kosong (sold out).. tak macam hari Ahad lepas, 18 biji tak habis!  Kemudian telefon berbunyi... "Kak Har... I dah kat your apartment, nak beli epok2, tapi dah habis... bla bla..".  Kesian, datang jauh2... Nasib baik ada balance 2 biji yg tak termakan masa breakfast tadi.  "Takpa, u tunggu kat bawah.. I turun sat!"  Niat hati nak kasi je... alaa 2 biji je, pastu yg rumah punya!

Sampai lobby ada satu MPV menunggu.. Maka keluarlah si pemanggil tadi.  Namanya Mas.. Wajah dan keterampilannya seayu nama itu.  Dengan abaya hitam, bertudung pun hitam, kuku bercat pink, cantik la pulak.. Lembut je tuturnya, sejuk hati mendengar.. Dia on the way nak pergi kerja, singgah nak beli karipap atau org S'pore panggil epok2.  Dah tentu dia ni asal sana... Sembang kejap.  Dia insist nak bayar juga.. Ala cuma 200 fils, tapi siap bagi xtra BD1 utk fawwaz yg terjatuh tersepit kat pintu lobby, sebab mama main lepas je pintu tadi tak sedar dia ikut keluar (kes clumsy lagi..).  Ni dah kira 2 biji karipap = RM10.  Sebenarnya ini 2nd time dia beli dan kira customer baruku lah ini.  Saya kata kalau nak order yg frozen pun boleh, senang boleh goreng sendiri.  Mula2 dia macam pelik.. "oh! you freeze it first?" Kat rumah gelak balik memikirkan.. Next time I'll mind my english yaa!!

Naik atas rumah, terus mood saya menaik dan terus capai scale, nak ber'baking'.  Tengok jelah hasil nye nanti..  Yg letihnya, terlupa nak tengok jam masa bila masuk oven. Kejap2 nak tengok.  Oven ni pulak jenis takde timer..huhuu.  Baru lepas tengok, dah jadi gunung berapi pulak!

ni dia.... kek alunan kasih namanye..

Red velvet... hari2 terakhirnya.. 


Hari ni 'sand storm' lagi.. berjerebu dan angin kuat berbunyi2.. Baru ada mood nak basuh baju, entah bila lah nak keringnya.  Musim sejuk camni, hari2 baju tak kering... kalau kering pun, masih ala2 'lemau'.  Nak hantar laundry mana tahan kan...hari2 selambak.  Lainlah kalau tak mandi dan tukar baju heheh!  Paling sadis kalau sikecik terkucil atas tilam.. sembur sebotol febreeze pun tak hilang bau.  Tapi sebenarnya dah tak berapa sejuk macam masa mula2 balik aritu.  Dah up sikit suhu tu ke 24C.  Kira boleh tahanla... Masa macam ni kalau jalan2 keluar memang best, kalau takde sand storm... Azan zohor pun dah berbunyi pada pukul 11.52. Nak solatlah... cu!