Pages

Tuesday, February 22, 2011

My Second Home..

Semalam ada rally lagi di Masjid Al Fateh.. Tak senang duduk saya, sebab asyik nak mengintai je walau nampak sayup dikegelapan malam.  Bermula dari pukul 5pm makin lama semakin ramai mereka berpusu2 ke masjid.  Mujur hubby sempat balik awal, kalau tak sure stranded kat mana2 sebab jalan sesak teramat!  Jalan 2 ways jadi 1 way.. Lebih ramai dan meriah dari hari Jumaat lepas.

Bersusun kereta hari Jumaat lepas... tengok dari dapur je!

Yang nak jadi cerita, kamera saya pun ikut meragam.  Sebenarnya ada 2 buah, yg lama tak boleh adjust (butang OK tak OK) tapi masih boleh snap dan display once picture is snapped.  Yg baru lak, battery charger nya meletup hari tu masa nak charge.  So, bateri 2-2 weak.  Maka aktiviti merakam peristiwa pun perlahan le..

Perhimpunan tu sampai tengah malam.  Saya yang tidur seawal 9.30 mlm ni seakan dibuai oleh suara2 mereka yg berkempen tu.  Ikut bersemangat, cuma tak faham sebab bahasa arab. Dengar nahnu.. nahnu.. je (kami/kita..).  Dorang berkumpul untuk unity.. bukan hanya kesetiaan utk kerajaan dan pemimpin negara, tapi juga menyeru untuk 'corrections' oleh kerajaan dan penyatuan semua semua kaum atau rakyat dari pelbagai kefahaman.  Termasuk pembebasan tahanan politik yang terdiri dari puak syiah.

Memang inilah yang terbaik.  Negara kecik, aman, maju... tak payah nak jadikan huru-hara macam yg lain.  Selesaikan sendiri tanpa campurtangan lain.  Terutama US dan sekutunya toksah menyibuk!  Bila hari2 tengok dorang menyeru itu ini rasa geram betul ngan polis dunia ni.  Jangan jadi Iraq, dah macam tu kena tinggal je.. pastu baru tau orang2 yg dulu sukaria Saddam mati.  Minyak ntah2 dah kena angkut semua dek si penyamun!

Sebenarnya seronok duduk kat Bahrain ni walau kadang2 datang hati tak kerasan tu.  Tak kerasan sebab takde kawan dan life je.  Yang lain2 OK.. dan kulit saya yang tak sesuai dengan cuaca di sini terutama di musim sejuk dan panas.  Mesti nak menggaruk je sampai berbintang2.. Puas sudah sapu losyen.

Perhimpunan semalam sedikit sebanyak memberi kesan kepada kuih2ku..hahaha!  Tak habis banyak... Padahal kalau hari Selasa macam ni, letak banyak2 pun selalu tak berbaki.  Malam tadi tak pasti para juruteknik shift petang boleh pergi kerja dan yg shift pagi boleh balik sebab jalan takde ruang nak bergerak.. Takpelah.. dah bukan rezeki.  Tapi jadi rezeki mat2 bangla 4 orang tu.. mujur ada dorang!

Nak packing ni... dari hari tu cakap tapi tak buat2. Isi dulu kotak nescafe tu.. Konon2 nak bawa separuh barang2 yg kubeli sebelum ni.  Nanti Jun takle banyak sangat nak bawa.  Kan nak balik terus for good!  huhuu..yolah.  Kelmarin hint2 kat en hubby, dia kata "TBA".. to be advised and to be determined!  Adakah??!!  Kesian Fawwaz.. kekawan lain dah masuk sekolah.  Tapi vocab malay, english & arabic Fawwaz semakin banyak walau cakap tak lancar.  A-Z dah boleh sikit2.. 1-30 in progress.. wahid - asharo dah lancar.  Satu - sepuluh pun boleh.  Tanya melayu, jawabnya dalam arab... mmmm.


Fawwaz di meja belajarnya..



No comments:

Post a Comment