Pages

Saturday, February 5, 2011

Cerita Kera Sumbang..

Pagi semalam macam biasa lepas ke market, terus ke Lulu beli segala macam bekalan untuk seminggu.  Semalam, terserempak dengan ramai la pulak orang2 M'sia kat Lulu tu... adalah dalam 6 orang (termasuk si kecik Umar.. :))  Berborak2 la kami kejap sambil berkenalan.. Hat yg lain2 tu memang saling mengenali, tapi dengan kita ni lah yg dorang first time jumpa. Dah dkt 2 tahun tak pernah jumpa ye?  Bukan le besor benor Bahrain ni... besar Perlis je kott... Susah mau cerita kan.. akak ni kan bukan saja 'mak pingitan' tapi ala2 kera sumbang.. tak tau apa2 perkembangan luar.  Dah selalu cerita kan... Saya pun dah terbiasa dgn keadaan ni.  Takpelah, biar aku low profile.. adalah hikmahnya tu.  Apa2 pun dah boleh hebahkan ni yg 5 Mac nanti nak balik M'sia lagi... Hehe.. rasa baru je 2-3 minggu balik sini, dah cerita nak balik sana... Mana tak berlubang je kocek aku nih!!!

Pagi tadi kiterang buat pertama kali breakfast kat padang tepi laut tu... namanya Marina Park.  Dalam 500 meter je dari rumah.  Padang tu kalau weekend bermula petang Khamis, Jumaat dan Sabtu memang akan penuh dengan orang berpiknik... makan2, barbecue, kumpul2... Org2 arab memang suka aktiviti kekeluargaan camni. Kat situ adalah tempat hiburan kanak2.. Tapi pagi tadi kiterang je kat situ. Orang lain tidur lagi kot...



Belakang tu jeti kalau nak cruising...


Sempoi je cara kiterang picnic... mula2 exercise lari2 dulu, pastu makan!! Jgn lupa khemah kecik Fawwaz tuu... 

Sikecik seronok je lari2... dia ni mana ada penat!!


Dah balik rumah, En Habibi tiba2 keluar demi nak ambil gambar jalan ni... Apt kami letaknya di arah Manama South..

Ini lobby apartment kami... kalau pagi2 tu, kat atas kaunter tulah letaknya kuih2 akak.. si Saiful (Bangladeshi) tolong jagakan... Mcm lobby hotel 3 bintang lak kan..hehehh

Bibik tgh buat inti karipap... :D


No comments:

Post a Comment