Pages

Monday, March 28, 2011

Ilalliqa'... Ma'assalama ya Habibi... :)

Baru je balik dari menghantar en habibi saya ke KLIA bagi penerbangan ke Bahrain pagi ni... Macam yg saya kata, sepatutnya saya pun balik sekali... tapi SIAEC hanya benarkan dependence ikut paling awal 30 April berdasarkan situasi semasa di sana.  SIA kan caring company... :)

Lepas turunkan husband di KLIA, saya & Fawwaz terus ronda2 ke sekitar Seri Petaling, Puncak Jalil dan Bandar Kinrara untuk mencari kindergarten atau daycare centre yg sesuai.  Adalah beberapa, tapi hati belum kuat nak memilih.. Kat seri petaling rasanya mostly chinese kindi, puncak jalil pulak agak jauh ke dalam dan di kinrara tu ada few tadika yg dah tutup.  Ada satu tu, mungkin boleh KIV... Bestnya kalau duduk kat Bandar Baru Bangi atau Ampang... nampak banyak sangat tadika yg menarik, yg ada perawakan ceria dan islamik.  Takpelah, no hurry... kena banyak buat plan dan cari alternatif supaya sebulan ni cikmat tak bosan dan ada pengisian selain sesi mama kat rumah...

Weekend semalam boleh tahan sibuk.. Hubby ada di rumah, anak2 datang dan shopping moping... Paling best masa ke Mines haritu.. Fawwaz buat show lepas terjaga dari tidur!  Terus rasa nak menjauhi shopping complex utk seketika... Mama trauma!!  Esok dah nak balik kampung utk beberapa hari sampai Ahad.  Tak boleh lama2, nanti aku malas!  Banyak eksperimen nak buat kat dapur nih...

Macam semalam, akhirnya terlaksana impian nak buat french macarons yg tengah popular di kalangan bloggers masak.  Fenomena macam tsumacarons dah!  Saya pun tak pasti rasa sebenar yg orang selalu beli di  luar sana.. Maklum, kita ni nama je duk obesee.. tp kat Bahrain sana tak jumpa benda nih hehehh!!  Tapi kalau nak tau lebih, google je.. seronok dan teruja baca comments mereka2 tentang makanan klasik org2 perancis ni.  Paling teruja tengok color macarons tu... warna-warni.  Dorang kata pembuatannya remeh juga... ala2 kena belai manja macam kekasih.  Umpama kena penuh kasih sayang la kott...


versi org tak pernah rasa...


Alhamdulillah, sekali buat tu jadile juga walau tak 100% cantik.  Saya buat eksperimen 2 kali bakar.. Yg satu jadi macam kuih bangkit (retak2) dan yg satu elok je... keluar 'foot' dia.. atau ada yg panggil skirt.. Inilah petunjuk kejayaan pembuat macarons... selain permukaan yg licin dan rapuh, dalamnya yg lembut dan kenyal... fillings nya pula sepatutnya kena lembut cth choc ganache, dulce de leche (susu manis yg direbus 2-3 jam), buttercream dll.  Saya buat shortcut je, guna peanut butter chocolate.  Tumpuan lebih kepada kejadian macarons base tu...


Lepas ni nak kena recall & refresh french language yg saya belajar 3 semester kat ITM dulu.. Jangan tak tau, saya belajar steps buat macarons ni kat youtube dalam french.. nasib baik ada google translate.. merci beaucoup chef et google! 

Monday, March 21, 2011

Hari Blurr...

Hari ni kita puasa.. alahhh ganti le!  Dari pagi blur je, kurang aktiviti..  Tapi sebenarya adalah juga menimba ilmu di depan lappy nih.. Ilmu masak memasak of course!  Buka suka-suka je browse sana sini.  Ini freezone, timbalah ilmu apa yg patut dari seluruh dunia.. for free!  Hari ni juga entah berapa kali saya menyapu dan tetap macam tu juga lantai rumahku.  Serpihan biskut, susu tumpah, dll... Takpelah, kalau Fawwaz tidur nanti, sapu lagi...huhu!

Pagi tadi ada juga keluar jalan2 ke BBB dgn Fawwaz.  Baru betul2 terasa macam lady of leisure sampai tak tau arah tujuan.  Isk, ini bukan jawatan permanentku.. Tak tahan seh kalau tak buat apa2.  Sempat singgahkan red velvet kat Ayu kat CSM.  Tak tau kenapa, CSM dan kawan2 di situ masih amat dekat di hati.  Bukan nak ampu balik kerja situ, tapi masih teringat zaman dulu2 masa baru2 nak form company nih.  Boleh tahan kerjanya... dan saya amat berbangga menjadi salah seorang yg turut serta dalam pembentukannya walau sekadar membantu.

 Red velvet yg saya buat Ahad semalam utk cousin yg tolong jaga Fawwaz semasa ada urusan, dan sebahagian untuk Ayu... entah bila nak mencapai tahap seperti gambar di atas...huhu!!

Masa kat BBB, singgah kejap kat Yummy penjual barang2 bakeri.. gila sekejap.  Nasib baik bawa duit cukup2..hehe.  Lepas tu sementelah Fawwaz masih tidur lena, ronda2 kejap kat Seri Petaling.  Kononnya nak cari taska utk si kecik ni.  Tak jumpa la pulak yg dikehendaki.  Yg ada tadika cina dan yg kat Vista tu.. tak maulah!  Kita macam nak cari tadika islamik.  Kejap tadi browse jumpa nama Tadika Islam Khasyiful Ulum kat Seri Petaling, tapi takde website dan maklumatnya.. Nak kena siasat dan cari juga esok.. Bukan apa,  sekadar nak buat plan B if plan A doesn't work.. Plan A tu tentunya balik ke Bahrain semula dan plan B jika tak ke sana langsung.. Walau teringat2 kat barang2 yg masih banyak di sana (terutama 2 kuali kesayanganku), dalam hati suka juga... Yg agak sedih nanti nak memisahkan si kecik dgn abah dia utk sementara waktu tp jangkamasa yg agak lama.. Tulah yg selalu menjadi dilema dalam hati seorang ibu dan isteri nih...  Takpe, tenang... tenang.. :D


Thursday, March 17, 2011

17032011

Heheh.. memang tak menarik susunan nombor di atas...  Yg bermakna buat Cik Siti ialah harini umur menginjak setahun lagi... ke 41 (ohh.. dah tua juga aku ini.. ;))..  Juga anniversary ke 5.. (ehh.. lambatnya kawin! heee..) dan juga 4 tahun pemergian nenda tercinta ke rahmatullah..  3 in 1..

Takde sambutan pun... sekadar ucapan en hubby dari kejauhan dan rakan taulan juga sedara-mara.  En hubby sedang sibuk mengemas apa yg patut di Bahrain.  Katanya, Emirates Apartment dah sunyi.. ramai yg dah dihantar pulang oleh company terutama support staff.  Sok malam hubby balik ke M'sia mengikut plan cuti yg dah dirancang lama, dan standby samada balik semula atau terus je.  That's why kena pack dulu incase tak balik, adalah kot yg uruskan utk shipping.  Kalau balik pun, hanya staff je not the dependence.

3 bulan Bahrain diisytihar darurat.. Tak pasti apa kesudahannya.  Tetiba rindu pada Bahrain yg dulu.. aman dan damai.  Sepantas kilat keamanan tu dicemar oleh rakyat sendiri...


Thursday, March 10, 2011

Indah Tapi Bingit Sikit... :)

Bestt... dah duk lepak kat kampung.  Relaks sambil baca RAPI + blogging + minum Super Coffeemix.. Sedap pula kopi segera nih.. Ala, kita memang gila kopi.. so, apa2 pun tetap jadi sedap!  Baru lepas lunch (at 4pm? hehehh..).  Lauk makcik masak simple je tapi sedap. Tumis pucuk ubi (first time makan nih!) dan ikan keli goreng kegemaran ramai..  Nasi je yg aku masak! lalalaaa....

Fawwaz lak tengah tidur lena selena2nya... walau di atas tu gedang gedung!! bunyi tukang paku lantai.. Bukankah sepatutnya telinga sikecik tu nipis je.. bunyi kertas jatuh pun boleh jaga haha.. Takpe, mungkin Allah tutup sebentar telinganya supaya dia yg penat bermain ni dapat rehat.  Thank You Allah..!!

Kami balik kg dari Selasa haritu.. Tanggungjawab utama melawat ibu dan ayah sudah terlaksana.  Tugas seram membayar saman polis pun sudah selesai awal pagi semalam demi buka je pejabat pos Sg Air Tawar.  Jumlah utk 3 saman ialah RM450 selepas 50% diskaun.  Aku sudah bebas dari saman yg membelenggu sejak hampir 4 tahun lepas (2007).  Maknanya, selepas itu akaklah pemandu berhemah sebab takde rekod lain.  WOW!! That's great!!  Tipsnya, kalau memandu di kawasan Simpang Lima kat Sg Besar tu, dan beberapa kawasan berdekatan, kena slow sikit.. Pandang kiri kanan kot2 ada keta pak polisi.  Tengok atas jejambat tuu... hehe!  Raya2 atau masa ops sikap jgn pecut..  Lagipun sejak ada Fawwaz ni, akak dah kurang laju.. cuma kekadang memandu dgn berbahaya sebab sambil layan si kecik.

Sok lusa kalau situasi membenarkan, kami beramai2 nak ke Kelantan.  Majlis bertandang adik bongsu yg kawin bulan Disember lepas.  Dekat Pekan Salor Pasir Mas.. Tapi tak berani janji.  Buatnya boss kecik taknak naik bas, apo den nak jawab... Kecuali masuk kereta balik huhu!!  Dah terbayang2 kopok gete aka kopok leko panas.  Tapi kalau tak jadi, kopok leko kat tepi BNO tu pun ada.  Adoi!!

Monday, March 7, 2011

Apa Pun Tak Jadi..

Agaknya masih tak bersih rumahku ni dgn habuk2 halus.. Terutama malam yg panas dan hangat tanpa aircond, mengerenyam je badan.  Apalagi si kecik pun tidur menggelisah malam tadi.. dahlah lambat tidur, kejap2 bangun dan nangis macam kat airbus haritu!  Dapat tidur kejap selepas pukul 3-4, mimpi bukan main banyak.. penatnya!  Sembahyang subuh pun macam mimpi..

So, sudahnya semua jadi lambat pagi tadi.  Pukul 10 lebih baru dapat keluar.. Tujuan utama nak bayar saman kat pejabat pos Endah Parade.. Baru masuk area foodcourt, boss kecik dah tercegat tak mau jalan.  So, tinggal kejap kat kopitiam tu (nampak dari post office), dan buat pertanyaan.  Macam tak sampai 10 orang berbaris.. tapi kalau join tak nampaklah 'boss' dari situ.  Terus tak jadi bayar dan keluar dari mall tu.  Hajat nak masuk carrefour pun batal..  Cari post office kat Seri Petaling pulak, macam dah ghaib!  Teruskan perjalanan nak ambil form redemption kat CWA pun takde parking terdekat...

Terus menuju ke Mines.  Suka pulak ye... Ajak makan terus dia tunjuk Kenny Rogers Roasters.. mmm high taste!  Barulah dapat tenangkan diri.. (eh! ayam dia makin kecik ye...).  Lepas makan, masuk Giant kejap, then terus balik rumah.  Ingat semalam nak service kereta.. mmm makcik tak sanggup!  Hati berkata, lantak situ!!!  Dah lepas warranty period pun aku tak dulik!!  Selagi tak balik kg dan tinggal cik mat ni kat rumah, memang apa pun tak jadi.. Sabar ye mama!!


Sunday, March 6, 2011

Anjung Hijau... Setia Ku Di Sini


Home sweet home... Saya sudah selamat pulang!  Lagi dan lagi... Pulang ke tanahair untuk pertamakali di tahun 2011 setelah berangkat ke Bahrain pertengahan Januari lepas.  Tak taulah, entah berapa trip lagi nak berulang dari KL-Bahrain-KL.. rasa dah muak entah berapakali diluahkan.  Takde sapa mengerti isi hati ini melainkan diri sendiri dan Allah jua..

Perjalanan macam biasa.. penat dan lesu sebab tak boleh tidur.  Anak yg dah acapkali travel macam mamanya asyik duk mengigau menjerit sambil tutup mata.. Adalah 4 kali tu.  Maka itu kitapun jadi pengawal jelah!  Bimbang penumpang2 lain marah tak dapat tidur.  Kekadang ada baca kat forum, penumpang2 yg terganggu dek anak2 yg meragam dalam flight ni dan mengatakan ianya 'irritating'.. uhhh!  terasa sungguh daku!

Semalam macam biasa, sampai rumah je kepenatan berganda.  Sebab habuk dan tahi cicak yg bertaburan terutama di dapur.  Al maklum, dekat 2 bulan kosong macam tu je.  Belum tengok kereta kat porch yg macam baru masuk padang pasir di musim hujan tu!  So, tugas pertama dalam kemalasan ialah mengemop.  Badan pun gatal2 sebab habuk kot.. Kaki toksah cakap... Pandaile habuk ni nak menyelit masuk, padahal nak tinggal dulu dah kilat kena mop!  Fawwaz jadi mangsa, terlentang jatuh.. sebab tak dengar mama kata jgn pijak lantai licin... Selalu tunggu dia tidur, tapi semalam segar bugar dia.

Malam dah pekena nasi goreng kampung mamak Madina, my favourite mamak @ Bukit Jalil.  Fawwaz lak makan roti telur.  La ni mamak pun pandai buat goreng2 nasi macam stall melayu.  Sampai pagi ni kenyang dan tak teringin apa2.. Minum Check Hup Ipoh White Coffee je, the best instant white coffee!  Sat lagi kenalah keluar cari barang2 sikit.. Giant ke, C4 ke... yg terdekat je.  Pastu rasa nak rehat je sambil baca paper.. Esok banyak urusan... Nak service kereta, nak bayar saman, bill... Lusa nak balik kampung pulak.

Talking about bill... emm paling malas nak revise bills ni.  Bukan tak bayar... selalu online dari jauh tanpa tengok bill.  So, ada gak yg tertunggak, yg mengelirukan, dsb.  This time TNB punya bill macam banyak padahal bulan lepas takde orang kat rumah, fridge je.  Kee.. dah naik tariff utk minimum rate?  Astro pun dah ada gomen tax ye? Hahaha... banyaknya tax itu ini.  Paling suka credit card takde tunggakan... dan tak pernah tertunggak!  Petua utk tidak pening dan tak bayar riba byk2 ialah BAYAR KESEMUA JUMLAH penggunaan kredit card.  Pinjam sekejap je utk tak bawa cash ke hulu hilir.. tak sempat dia nak charge kita.

Apa2 pun.. enjoy the moment here in KL.. esp bukit jalil yg permai ni.  Selepas Shah Alam suatu ketika dulu (masa kita duk sana laa..), inilah kawasan yg nyaman.  Dengan kehijauan taman rekreasi di depan sana.. dan padang golf yg tak kelihatan dari balkoni ku di sini (dr rumah depan nampak la). Cuma nampak ada bangunan tinggi baru nak bina, mungkin sesak selepas ini... Tengahari nak jalan2 cari makan kat mana pulak ye?!


Wednesday, March 2, 2011

Terapi Minggu Ini..

Minggu ni mencari therapy dengan membuat 2 jenis makanan yg "similar but not the same".. tortilla dan naan.  Kedua2 makanan ni adalah kegemaran Fawwaz yg tak suka makan nasi tapi suka roti, donut dan yg sewaktu.. Dia makan macam tu je.  Tortilla yg nipis ni tak cukup sekeping kalau makan...

tortilla yg ni tebal sikit...
 Letak inti untuk orang dewasa...

First time buat naan sendiri.. tak yah beli kat mamak & Al-Abraaj dah..

Seorang ibu pasti memikirkan selalu apa yang suami dan anak suka nak makan... Resipi di airtanganku..

Tuesday, March 1, 2011

Saman

Adoi!  Tak tau khabar beritanya tiba2 tau dah nak habis tempoh saman berdiskaun. Lepas tu, senarai hitam sebagai akibat kepada kelalaian membayar.. Saya dapat tau dah hari Khamis.. Sekejap je nak buka akaun MyEG (akaun lama dah tak valid).  Tapi proses nak bayar tu yg lama dan bermasalah.. dan kesudahannya tak berjaya bayar!  Entah berapa kali attempt, siang, malam, tgh malam, awal pagi... mmm hampeh!  Ahad dan Isnin lagi toksah harap, sistem interrupted ke entah apa...

Saya dah tergolong dalam rakyat yg leka.. Bukan tak tau ada saman tu, dah bertahun2..  Cuma nak tunggu diskaun juga membuatkan saya tertunggu2 nak bayar.  Maklum saja, saman RM300 untuk speed cuma 80kmj.. rasa tak berbaloi.  Lainle kalau speed 100 - 150kmj yg sesuai dgn MyVi ku itu.. Apa nak buat, masa tu ops sikap masa raya.. Nak balik KL ambik husband (lagi satu sebab, nak suruh dia bayarkan..).

Sekarang ni nak tunggu apa langkah seterusnya.  Saman berdiskaun dah gagal dibayar.. Semuanya ada 3 (yg dua en hubby pakai..), jumlah RM900.  Kita pulak duk obesee, harap online je.  Kalau balik cuti tu, mcm takde senarai nak tengok saman.  Rasanya tahun ni lesen memandu mati.. roadtax ada 2 nak kena renew.. Kalau blacklisted, boleh renew ke?  Berdebar2 lak rasa...hehehh!  Memang aku muka blacklisted!  Hari tu yg bank punya, dah settle.  Kali ni PDRM lak..

Nak kena mandi air 7 kolam ke, 7 longkang?  Erkkkk!!