Pages

Monday, March 21, 2011

Hari Blurr...

Hari ni kita puasa.. alahhh ganti le!  Dari pagi blur je, kurang aktiviti..  Tapi sebenarya adalah juga menimba ilmu di depan lappy nih.. Ilmu masak memasak of course!  Buka suka-suka je browse sana sini.  Ini freezone, timbalah ilmu apa yg patut dari seluruh dunia.. for free!  Hari ni juga entah berapa kali saya menyapu dan tetap macam tu juga lantai rumahku.  Serpihan biskut, susu tumpah, dll... Takpelah, kalau Fawwaz tidur nanti, sapu lagi...huhu!

Pagi tadi ada juga keluar jalan2 ke BBB dgn Fawwaz.  Baru betul2 terasa macam lady of leisure sampai tak tau arah tujuan.  Isk, ini bukan jawatan permanentku.. Tak tahan seh kalau tak buat apa2.  Sempat singgahkan red velvet kat Ayu kat CSM.  Tak tau kenapa, CSM dan kawan2 di situ masih amat dekat di hati.  Bukan nak ampu balik kerja situ, tapi masih teringat zaman dulu2 masa baru2 nak form company nih.  Boleh tahan kerjanya... dan saya amat berbangga menjadi salah seorang yg turut serta dalam pembentukannya walau sekadar membantu.

 Red velvet yg saya buat Ahad semalam utk cousin yg tolong jaga Fawwaz semasa ada urusan, dan sebahagian untuk Ayu... entah bila nak mencapai tahap seperti gambar di atas...huhu!!

Masa kat BBB, singgah kejap kat Yummy penjual barang2 bakeri.. gila sekejap.  Nasib baik bawa duit cukup2..hehe.  Lepas tu sementelah Fawwaz masih tidur lena, ronda2 kejap kat Seri Petaling.  Kononnya nak cari taska utk si kecik ni.  Tak jumpa la pulak yg dikehendaki.  Yg ada tadika cina dan yg kat Vista tu.. tak maulah!  Kita macam nak cari tadika islamik.  Kejap tadi browse jumpa nama Tadika Islam Khasyiful Ulum kat Seri Petaling, tapi takde website dan maklumatnya.. Nak kena siasat dan cari juga esok.. Bukan apa,  sekadar nak buat plan B if plan A doesn't work.. Plan A tu tentunya balik ke Bahrain semula dan plan B jika tak ke sana langsung.. Walau teringat2 kat barang2 yg masih banyak di sana (terutama 2 kuali kesayanganku), dalam hati suka juga... Yg agak sedih nanti nak memisahkan si kecik dgn abah dia utk sementara waktu tp jangkamasa yg agak lama.. Tulah yg selalu menjadi dilema dalam hati seorang ibu dan isteri nih...  Takpe, tenang... tenang.. :D


No comments:

Post a Comment