Pages

Thursday, March 10, 2011

Indah Tapi Bingit Sikit... :)

Bestt... dah duk lepak kat kampung.  Relaks sambil baca RAPI + blogging + minum Super Coffeemix.. Sedap pula kopi segera nih.. Ala, kita memang gila kopi.. so, apa2 pun tetap jadi sedap!  Baru lepas lunch (at 4pm? hehehh..).  Lauk makcik masak simple je tapi sedap. Tumis pucuk ubi (first time makan nih!) dan ikan keli goreng kegemaran ramai..  Nasi je yg aku masak! lalalaaa....

Fawwaz lak tengah tidur lena selena2nya... walau di atas tu gedang gedung!! bunyi tukang paku lantai.. Bukankah sepatutnya telinga sikecik tu nipis je.. bunyi kertas jatuh pun boleh jaga haha.. Takpe, mungkin Allah tutup sebentar telinganya supaya dia yg penat bermain ni dapat rehat.  Thank You Allah..!!

Kami balik kg dari Selasa haritu.. Tanggungjawab utama melawat ibu dan ayah sudah terlaksana.  Tugas seram membayar saman polis pun sudah selesai awal pagi semalam demi buka je pejabat pos Sg Air Tawar.  Jumlah utk 3 saman ialah RM450 selepas 50% diskaun.  Aku sudah bebas dari saman yg membelenggu sejak hampir 4 tahun lepas (2007).  Maknanya, selepas itu akaklah pemandu berhemah sebab takde rekod lain.  WOW!! That's great!!  Tipsnya, kalau memandu di kawasan Simpang Lima kat Sg Besar tu, dan beberapa kawasan berdekatan, kena slow sikit.. Pandang kiri kanan kot2 ada keta pak polisi.  Tengok atas jejambat tuu... hehe!  Raya2 atau masa ops sikap jgn pecut..  Lagipun sejak ada Fawwaz ni, akak dah kurang laju.. cuma kekadang memandu dgn berbahaya sebab sambil layan si kecik.

Sok lusa kalau situasi membenarkan, kami beramai2 nak ke Kelantan.  Majlis bertandang adik bongsu yg kawin bulan Disember lepas.  Dekat Pekan Salor Pasir Mas.. Tapi tak berani janji.  Buatnya boss kecik taknak naik bas, apo den nak jawab... Kecuali masuk kereta balik huhu!!  Dah terbayang2 kopok gete aka kopok leko panas.  Tapi kalau tak jadi, kopok leko kat tepi BNO tu pun ada.  Adoi!!

No comments:

Post a Comment