Pages

Saturday, April 30, 2011

Kembara Di Tanah Gersang

Pagi ini sesudah selesai solat subuh, hati terasa tenang.. Apatah lagi melihat permata hati yg seorang lagi amat manja tu lena di atas tilam.  Selalunya belum pukul 7 pg dia dah bangun, tapi hari ni pukul 8 lebih.  Sebenarnya tadi pukul 5 pg dia dah bangun kejap minta susu dan menyanyi2... lepas tu entah bila tidur balik hahaha...

Kejap tadi terdengar kat radio lagu kembara nyanyian M.Nasir.. Tak semena2 teringat satu lagi lagu kembara versi nasyid alunan Al-Jawaher.  Zaman tu memang sedap2 lagu dia, kebanyakan ciptaan M.Nasir juga... Tak rajin nak cari video clipnya, dapat hayati bait2 lirik nya pun jadilah... :))

---------------------------

Kembara berjalan bersendirian
Mencari jalan pulang
Bilakah masanya embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan

( korus )
Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagi rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa

Tuesday, April 26, 2011

Nasi Lemak

Kenapalah nasi lemak dijadikan isu di sekolah... Dari zaman dulu2 nasi lemak jadi makanan resmi kat sekolah.. Akak dulu kekadang makan 2 bungkus sekali masa sekolah rendah tak obese pung!  Tapi dulu2 takde nuget, ayam goreng, burger, dll tu.. Jajan tu adalah jugak.. dekat hari2 beli cikedis takpun o-ya (kalau tak beli mesti akak dah jd Dr hehehe...).

Pastu dulu2 makanan tak banyak, walau mak/nenek pandai masak.  Yg basic2 je macam sejenis kuih yg selalu berkukus, paling2 cekodok atau goreng tepung, pisang rebus ke... Masak lemak dan ikan goreng harus hari2... Takdelah ada kek selalu mcm di rumahku sekarang.. Ayam pun makan bila ada occasion penting, selain raya, bila pakcikku yg belaja obesee balik (kesiannyee...).  Minuman pula yg manis ala2 atau teh tanpa gula.  Susu? Mmmm... kalau pakcik balik dr obesee baru dia beli hahaha!

So?  Aku rasa penyumbang obese ialah minuman manis terutama yg bergas atau bersusu/krim lemak manis.. pastu lemak2 ayam/daging melalui makanan2 segera yg dicipta tu, then kuih muih termasuk karipap, kek, cupcake, choc cake yg sekarang menjadi kegilaan... di situ terkandung majerin, mentega, lemak segala... Eskrim yg manis tu? Haa... akak dulu eskrim malaysia je jual kat kantin.  Tapi sedap sehhh terutama eskrim cendol dan kacang merah... beli dua, ikat hujung dgn hujung... Jangan lupa fries atau kentang goreng..

Kadang risau juga masa depan anak akak yg sorang tu.. Tapi mujur setakat ni dia pemilih makanan dan ngeri bila disuruh makan nuget.  Tak taulah bila besor nanti... Kalau anak jenis suka makan, mak2 yg terer masak tu kenalah slowdown kot.  Memang seronok tengok anak selera.. akak pun gitu.  Tapi demi masa depan dan kesihatan anak kan... Kalau tak caya fast food tu punca obese, cuba tgk orang2 amerika tu... Yg slim melim kategori si Angelina Jolie and anak2 dia je.. bintang film n model je... Haha! Akak saja nak membebel di senja hari ....:D:D:D

Saturday, April 23, 2011

Tangguh Lagi..

Jumaat semalam pergi survey playpen dekat shop lots baru kat sebelah ni je.. Suasananya amat menyenangkan dan saya pun terus tanam hasrat.  En Abi setuju.  Disebabkan semalam pergi tanpa Fawwaz, ingat nak ajak dia tengok tempat tu pagi ni.  Tapi macam biasa, dia tak mau keluar dari kereta.  Dah tak boleh nak tolong, terus blahh.. (bahasa geram nih..).  Pegi je kat playland giant tu... Baliknya dia taknak keluar dr kereta juga sebab baru tertidur.. Saya tinggal je dlm kereta (buka tingkap sket), kunci dan naik atas.  Tengok2 juga dari tingkap, ingat nak ambil masa bertenang 10 minit ke.. Sekali neeno neeno.. alarm berbunyi.  Dia buka lock & pintu juga akhirnya.. berlari2 kencang daku ke bawah, takut kena tuduh dera anak ke, mengabaikan anak ke.... hehe!

Semalam hubby beritahu yg co belum beri pelepasan utk dependence datang ke Bahrain.  Sebabnya kerajaan S'pura masih mengarahkan untuk berjaga2 (take precaution) memandangkan negara2 jiran ada yg masih bergolak.  Sedari awal memang S'pura sangat berhati2 terhadap suasana tersebut.. Malaysia je yg cool.. Tarikh paling awal ialah 15 May.  Disebabkan dah dekat cuti sekolah, maka saya & Fawwaz boleh ke sana pertengahan Jun nanti.  Bulan Jun sebenarnya sudah penuh dengan appointment Fawwaz di hosp Ampang dan Selayang dan saya amat malas untuk menukar2 kepada tarikh yg baru walau diminta berbuat demikian.  It's either you go or not je.. Kalau ke Bahrain, maka saya akan biarkan Dr ENT dan ped tu tunggu je.  Saya hanya akan ikut arus dan jangan ditanya akan perasaan ini...

Harap2 berjaya juga pujuk Fawwaz ke playpen & montessori tu nanti... Nak tengok keberkesanannya...

Sunday, April 10, 2011

Petua Melembutkan Hati Anak

Saya terjumpa petua ni kat blog seseorang bernama Irnis... Agak menarik petua beliau yg diperolehi dari blog insan lain juga.. InsyaAllah, akan cuba mengamalkan ini.  Sebelum ni pun dah banyak amalan dilakukan dan ada kesannya.. cuma iyalah, saya juga insan lemah yg mudah lupa... :)


I)  Boleh cuba cara ni :


1)  Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar)


2)  Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3)  Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4)  Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5)  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
------------

II)   Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:

  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali ) - tak pasti apa bismillah 5 tu...
III)  Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

IV)  Cara ini juga boleh dicuba
  • Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
V)  Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

-----------------
Petua ini adalah untuk panduan saya... Saya sendiri sering membacakan surah 3 kul, Insyirah (Alam Nasyrah..), zikir ya Lateef selain selawat dan Al-Fatihah.  Kadang2 lepas ambil wudu', saya sapukan lebihan air pada tangan yg basah ke ubun2 anak.. Sesekali saya memanggilnya "Abdul Lateef" yg bermaksud lembut..  

Sesungguhnya anak itu adalah anugerah Allah yg suci dan kitalah yg bertanggungjawab menjadikan dia sebagai apa.  Wahai abdul lateef, meh la cepat mandi... dah lebih 2 jam mama ajak, tapi liat bebenor!!  huhuuu... nak  kena tanam susuk SABAR dalam2 kat hati sanubari ni... :D:D:))

Saturday, April 9, 2011

I Need a Break... please!

Petang ni betul2 rasa down dan emotional... macam nak gastrik, nak muntah, nak pening... lepastu macam nak demam pun ada.  Agaknya aku ni terlalu terbawa2 geram aku kat budak kecik sorang nih.. Sejak lepas demam 2 hari lepas, menjadi2 dia menduga kesabaranku... Sekejap OK, tak lama lg buat perangai... Sesekali macam nak gila dibuatnya... Mungkin dia sorang, nak perhatian selalu... Kadang tu memang serba-salah.  Diikut segala perintah dan kehendaknya, akan nampak terlebih manja.  Bila bertegas, dia jadi memberontak dan aku macam pendera.  Bila diikut juga, masih tak kena, nak meragam dan tunjuk berbagai ragam.. Kalau tak fikirkan seorang kanak2 yg tak faham apa2 lagi, tak taulah... Sudahnya aku yg melalak sorang2!!  Masa nilah syaitan datang keliling pinggang... Astaghfirullah!!!

Aku memerlukan seorang pakar psiakatri kanak2... untuk beri ceramah kat aku cara nak menangani kanak2 yg suka meragam ni.  Sekali dia cakap SANA, KUKA ke TUKA, SIMPAN, etc aku terus tak tau apa yg dia nak.  Sebab dia akan menjadi aggresif, menjadi seorang jenderal dgn tangan yang memukul2 atau menolak2... lepas tu aku pun naik angin! Lepas tu dia suruh aku masuk bilik, pastu tak bagi masuk, pastu suruh tutup pintu, pastu ntah apa2 ntah!!  Erkk.. letih betul la.. sebab umur macam aku ni dah tak larat nak stress lebih2. Kejap2 rasa dada ni berdenyut2... Kalau nanti aku mati terkejut, apa nak jadi?  Dahle duduk rumah berdua, jiran jemuran tak pernah jumpa, keliling sunyi belaka...

Macamanalah aku ni nak tunjuk contoh yg terbaik.. seorang ibu yg penyayang dan lemah lembut... Supaya menjadi acu yg baik utk anak.. Macam ustaz Awi cakap, senjatanya ialah SABAR, SABAR, SABAR... Manalah aku nak cari dan tanam susuk en sabar tu...?  Ya Allah... hanya satu yg kupohon, lindungi anakku dari segala kejahatan baik dari diriku atau orang lain, semoga dia menjadi insan soleh dan cemerlang...

Friday, April 8, 2011

Akhirnya... merasa juga

Huhuu... dah berapa purnama akak duk teringin nasi lemak sambal kerang.  Kalah orang mengidam 9 bulan... Hari2 teringant benda tu je.. Bukan tak boleh buat sendiri, nak yg beli jugak!  Sebenarnya, to be specific, akak teringin nasi lemak kakak yg jual kat Apt Sri Rakyat suatu masa dulu.  Tak ingat bila last beli nasi dia, tup tup stall dia dah ghaib.  Agaknya dah pindah kot... Sri Rakyat tu jaraknya adalah beberapa meter dari Anjung ni, cuma nak kena pusing seround ikut jalan depan, lebih la 1km.. Nampak je bumbung dia dari balkoni ni.


Pagi ni cuba nasib juga ke situ, kot2 ada.. Takde lah dia!! Singgah satu stall tu, takde sambal kerang.  Terus pergi ke area baru sebelah Anjung ni... Dapatlah beli sebungkus.  Cuma saat order tu dah nampak sambal tu kurang merah dan pekat.  Sambal kerang ni, kalau nak sedap kena goreng sikit2 dulu kerang tu... takpun masa tumis sambal, guna minyak yg banyak.  Jadi tak secara langsung kerang tu jadi kering... Eh! Pandai pulak aku komplen dan bersyarah.. Buat sendri tak mau..hehehh!  Tunggulah nanti balik kampung.. kena ada pemakan yg ramai baru ada feel nak buat nasi lemak.  Setakat akak sorang..mmm tak balik modal!

Apa2 pun, hari ni dah tak mengidam nasi lemak sambal kerang lagi.. Dah habis urusan tu.  Makan dengan bersulamkan nescafe O.. perghh!  Esok nak cari lontong pulak lah... sementara masih di KL dan M'sia nih.  Lagi best kalau ada geng... Geng oh mana geng?!!


Nescafe O kurang manis..

Thursday, April 7, 2011

Bohsan ke Apa Ye..?

Kebosanan tahap gaban..!  Tapi ye ke aku bosan? Berkata daku kepada diri sendiri... Selepas 2 hari siang yg dipenuhi aktiviti, hari ni tahap relaks mental dan fizikal.  Walau Fawwaz demam... Sebab bila dia demam, dunia jadi sunyi... takde budak melompat2 atau buat ragam tahap menguji kesabaran. Ditambah harini saya puasa.. so, sungguh tenang.  Cuma kena keluar juga ke klinik nun jauh di Serdang untuk beli ubat demam.  Tak jumpa Dr pun sebab dia kata "NO!".  Lepas tu lajak sikit ke Bandar Baru Bangi, ke kedai bakeri Yummy.. Setakat nak beli bekas makanan/kek dan piping bag hahaha!  Sepanjang tu memang Fawwaz tak keluar kereta dan siap buka pakaian lagi.. baring kelesuan.. Saya buka cermin tingkap sikit dan kunci kereta.  Kesian dia!

Sampai malam ni masih tak berjaya nak bagi dia makan ubat.  Mak dah tak kuasa nak guna tenaga, paksa2 dia telan ubat macam selalu (yg paling selalu ubat batuk atau selsema lah).  Cuma sekejap2 saya rasa badan dia... masih panas atau tak (sekarang agak berkurangan).  Bagi makan vitamin, pastikan dia minum dan makan walau sedikit2.  Selera nak makan macam ada sebab kerap juga dia minta itu ini..nasi, roti, biskut, kek.. tapi bila dah masuk mulut, tak jadi... Alaaa, macam kita orang dewasa ni jugalah.  Kalau demam, mulut pahit.. mana selera makan walau perut kruk krak..!!  Tak dapat nak ambik suhu badan sebab lupa je cari ganti thermometer yg dah rosak.

Petang tadi pula saya ingat nak cuba buat macaron lagi.  Tapi awal2 lagi telur putih tu dah meragam.  Kalau meragam, bila kita putar tu dia macam berair je.. So apalagi.. tuang terus ke sink sebelum merugikan masa!  Sok lusalah kalau nak cuba balik sebab nak kena simpan dulu putih telur at least 24 jam.. Jadi makin kurang le hiburan.. mulalah rasa blank mencari arah tuju.. Kejap tengok laptop, kejap baca paper, kejap buka majalah... pastu masak sup ayam.  Sampai bila ntah nak macam ni... Otakku jadi lembaps!  Adoi, harus berbuat sesuatu nih!  Macam2 dalam kepala nak buat sebenornya.  Nak cari buku kanak2 tadika, beli pakaian kanak2, beli baju mak kanak2... erk! tapi tak pasti akan berjaya ke tidak... Kalaulah 'handbag' ku itu boleh ditinggal di mana2 sebelum dia merosakkan rancangan...huhu!

I need a nanny, a baby sitter right now...  apesal lambat pulak bebudak U yg rajin2 tu nak periksa... siapakah bebudak itu? hehehe...

Monday, April 4, 2011

Nasi Lemak, Ketupat dan Cendol


Nasi lemak dan ketupat
Kalau balik kampung di Sg Air Tawar, Sabak Bernam, memang tak susah bab2 sarapan ni.  Awal2 pagi, pergi je ke kedai runcit Tajudin & Putubudin kat pekan tu.. Ada macam2 jenama nasi lemak, ketupat dan kuih-muih buatan orang2 kampung.  Tak macam yg kebanyakan dijual di KL, kuih-muih kat kampung rasanya lebih sedap dan original.  Takde terlebih tepung, guna inti recycle, dll.  Penuh keikhlasan nak bagi orang makan gitu!

Harga nasi lemak dan ketupat yg disiram kuah sate macam kat atas tu, cuma 50 sen.  Untuk perut kecik macam saya memang dah kenyang.. kalau sesapa rasa tak cukup, 2 bungkus baru seringgit.  Sambalnya pula sedap.. ikutla sapa yg buat.  Ada 2-3 pembekal kat situ, pilih je bakul mana.. Sambal dia ringkas, ada bilis dan kacang je.  Kuih muih pula cuma berharga 25 sen seketul.  Agak kalau keluar duit RM10 tu, penuh juga semeja... cukup sangat untuk 7-10 orang makan.. Ketupat tu pula dia kemaskan bungkusan daun pisangnya dengan pencucuk lidi.. so, kalau nak makan, cucuk je dgn lidi pembungkus tu... baru ada feel hehehh!



Yang atas ni pula cendol mamak kat depan Anjung Hijau ni (bawah pokok). Semalam tengahari kan panas... terus rasa nak me'nyendol'..  Inilah cendol tersedap di sini seperti yg selalu saya war-warkan.  Ada letak cincau, red bean dan cendol.  Dulu2 dia letak jagung krim.. walau kini takde, masih sedap juga.. Harga pun dah naik.. Tak silap mula2 dulu RM1.40.  Semalam beli dah jadi RM1.80... Sejak balik Malaya akhir Feb lepas, baru ni membeli..