Pages

Sunday, April 10, 2011

Petua Melembutkan Hati Anak

Saya terjumpa petua ni kat blog seseorang bernama Irnis... Agak menarik petua beliau yg diperolehi dari blog insan lain juga.. InsyaAllah, akan cuba mengamalkan ini.  Sebelum ni pun dah banyak amalan dilakukan dan ada kesannya.. cuma iyalah, saya juga insan lemah yg mudah lupa... :)


I)  Boleh cuba cara ni :


1)  Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar)


2)  Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3)  Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4)  Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5)  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
------------

II)   Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:

  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali ) - tak pasti apa bismillah 5 tu...
III)  Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

IV)  Cara ini juga boleh dicuba
  • Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
V)  Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

-----------------
Petua ini adalah untuk panduan saya... Saya sendiri sering membacakan surah 3 kul, Insyirah (Alam Nasyrah..), zikir ya Lateef selain selawat dan Al-Fatihah.  Kadang2 lepas ambil wudu', saya sapukan lebihan air pada tangan yg basah ke ubun2 anak.. Sesekali saya memanggilnya "Abdul Lateef" yg bermaksud lembut..  

Sesungguhnya anak itu adalah anugerah Allah yg suci dan kitalah yg bertanggungjawab menjadikan dia sebagai apa.  Wahai abdul lateef, meh la cepat mandi... dah lebih 2 jam mama ajak, tapi liat bebenor!!  huhuuu... nak  kena tanam susuk SABAR dalam2 kat hati sanubari ni... :D:D:))

No comments:

Post a Comment