Huhuu... dah berapa purnama akak duk teringin nasi lemak sambal kerang. Kalah orang mengidam 9 bulan... Hari2 teringant benda tu je.. Bukan tak boleh buat sendiri, nak yg beli jugak! Sebenarnya, to be specific, akak teringin nasi lemak kakak yg jual kat Apt Sri Rakyat suatu masa dulu. Tak ingat bila last beli nasi dia, tup tup stall dia dah ghaib. Agaknya dah pindah kot... Sri Rakyat tu jaraknya adalah beberapa meter dari Anjung ni, cuma nak kena pusing seround ikut jalan depan, lebih la 1km.. Nampak je bumbung dia dari balkoni ni.
Pagi ni cuba nasib juga ke situ, kot2 ada.. Takde lah dia!! Singgah satu stall tu, takde sambal kerang. Terus pergi ke area baru sebelah Anjung ni... Dapatlah beli sebungkus. Cuma saat order tu dah nampak sambal tu kurang merah dan pekat. Sambal kerang ni, kalau nak sedap kena goreng sikit2 dulu kerang tu... takpun masa tumis sambal, guna minyak yg banyak. Jadi tak secara langsung kerang tu jadi kering... Eh! Pandai pulak aku komplen dan bersyarah.. Buat sendri tak mau..hehehh! Tunggulah nanti balik kampung.. kena ada pemakan yg ramai baru ada feel nak buat nasi lemak. Setakat akak sorang..mmm tak balik modal!
Apa2 pun, hari ni dah tak mengidam nasi lemak sambal kerang lagi.. Dah habis urusan tu. Makan dengan bersulamkan nescafe O.. perghh! Esok nak cari lontong pulak lah... sementara masih di KL dan M'sia nih. Lagi best kalau ada geng... Geng oh mana geng?!!

Nescafe O kurang manis..
No comments:
Post a Comment