Pages

Sunday, July 31, 2011

ABAYA MADE IN BAHRAIN (III)

Memenuhi tempahan kawan2.... semalam pagi pergi ke souk untuk mengambil tempahan ni dalam kepanasan mentari (selalu pergi belah petang sikit atau malam).  Tak dapat bayangkan puasa nanti macamana rasanya kat luar tu.. Rasa macam dekat sangat matahari tu dengan kita, Subhanallah..

Sepanjang Ramadan nanti dah tak pergi souk lagi.. Kalau ada yg berkenan lagi, kena tunggu lepas raya atau bulan Oktober nanti.. Hopefully ada design baru yg lebih menarik.  Memang banyak sangat yg menarik, tapi kena tanya budget dulu lah ye.. hehehh!  Agak flexible di situ..

Atie punya... warna-warni

Tati punya...bunga biru berlatar benang pink
dan sulam bunga pink + silver..

Zu punya... bunga kecil2 warna biru berlatar silver.. sweet sangat bila dilekapkan dengan syaila


Ita punya... sulam bunga biru firus dan silver

Makcikku punya... tak pasti color apa.. mungkin cyan kot ye?


SOLD! Nina punya... :)
Free size

RAMADAN KAREEM 1432

Ahlan wahsahlan ramadan... Ya Allah, semoga ku memperolehi segala nikmat ramadan dan diterima amal ibadahku.. ameen!
-----------------------

Tahun ni adalah tahun paling panas umat Islam di bumi Bahrain dan lain2 negeri yg sewaktu, menjalani ibadah puasa dalam beberapa dekad ini.  Dan ini akan berpanjangan untuk beberapa tahun lagi.  Menjalani ibadah puasa di musim panas.  Kalau semalam seorang kawan di Qatar mengatakan suhu di sana adalah 50C, di sini hanya setakat 39-40C, tapi dah cukup panas!  Ya Allah... inilah ujian dan inilah nikmat dariMu.. sesungguhnya Dikaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Esok, dah pasang niat bangun sahur pukul 2.45 pagi dan menyiapkan hidangan ringkas je.  Mungkin susu, kurma atau roti sahaja..?  Subuh harini pada pukul 3.33, mungkin esok dalam 3.34 pagi kot.  Waktu berbuka pula dalam 6.26 ptg.  Tahun ni tak dapat lagi jadual yg penuh macam selalunya.. kenalah catit sendiri.

---------------------------

19 hari lagi dah nak berangkat pulang ke Malaysia.  Kalini memang awal sikit... Banyak perkara nak diselesaikan, antaranya urusan2 JPJ spt lesen saya yg bakal expire 2/8 dan roadtax pada 23/8.  Nak buat urusan penghantaran abaya yang dipesan kawan2 lagi... :))  Memang meletup you!  Semalam nampak sorang perempuan mek saleh, sarung abaya.  Kena sangat dengan rambut perang keemasan dia...

Semalam petang asalnya gurau2 tanya en abe bila nak raya bersama kami... Seperti dijangka, jawabannya amat menyedihkan dan terus hilang mood! Kisahnya, saya dan Fawwaz memang tak pernah menyambut Eid ni dengan en abe.  Kami selalu berpisah di airport membawa haluan masing2... sob sob kan?!  Pada yg tahu, tahulah... pada yg tak tahu, lambat laun taulah ye hehe!  Hanya sekali Fawwaz beraya dgn abi di kampung, itupun pada raya ke-3 atau ke-4... Yang lain2nya jumpa kat KL je selepas hampir seminggu dan abi dah nak berangkat pergi.  Ada satu ketika masa balik dari S'pore nak raya dan flight delayed, Fawwaz macam terpinga2 sebab abi tiba2 takde.  Mama buat2 selamba dan strong for him.  Sebenarnya sedih... bukan untuk diriku, tapi kat Fawwaz.

Tapi saya yang dah biasa ni, OK je.. from the very beginning I've set my mind to overcome all those feelings! Sebab saya jenis berdikari, tak susah hidup bersendiri atau menguruskan pelbagai perkara sendiri.  Dan memang perasaan tu boleh datang dan pergi.. sayang, rindu itu kadang ada kadang tidak sebab dah dilatih begitu.  Yang ada kekal hanya tanggungjawab.  Jadi kalau ada yg bertanya terutama di hari raya, jawab saya dengan selamba "best apa macam ni.... lagi seronok jumpa dan kumpul dengan sedara mara dan adik beradik!"  Takpun "macam biasalah..! hehehh.." boleh sengih2 lagi.. :D

Fawwaz sebenarnya sangat2 seronok beraya di kampung sebab ramai sangat kawan2.. Dah kami duduk rumah agam makcik tu.. rumah arwah nenek dulu.  So, semua menumpu kat situ terutama yg duduk di KL.  Masa ni dia tak ingat abah... sebab dia memang rapat dgn embah!  Dia akan jadi bintang di situ hihi... Kadang macam nak berwasiat, bila saya meninggal dunia, biarlah kubur di sana.  Supaya nanti Fawwaz ingat nak balik kampung selalu... sob sobs lagi!

Takpelah, tak usah berduka... Syawal itu hanya satu perayaan.  Yg penting Ramadan ni saya berharap akan dapat menumpukan diri ini lebih kepada ibadah.  Tak mau fikir yg sedih2... yang penting, balik ni masih ada peluang berjumpa ayah bonda pakcik makcik kakak adik dan saudara mara serta sahabat handai.  Teringat ada yg sakit2, rasa tak sabar nak jumpa mereka.  Semoga Allah beri kesabaran kepada mereka...

Sunday, July 24, 2011

Notebook Abe


This old NEC notebook P8100 is really out of control!  Lappy yg akak tengah guna sekarang, kepunyaan En Abe aka suamiku. Sebenarnya akak kesian tengok lappy En Abe yg tahap jurassic ni.  Dah 6 thn beli dan tahap kekuraannya melebihi sang siput.  Akak yg kekadang tukar profession jadi system admin ni dah tak mampu nak membantu.  Tapi akak salute abe yg sangat3x bersabar bila berdepan dengannya.  Memang itulah sifatnya yg sebenar, tidak seperti daku yg umpama ribun topan ni dalam bab2 sabar.  Nasib baik akak ni periang... boleh cover2 mana yg kurang.  Periang2 pun selalu gak stress kan..hihi.  

Lappy putih akak tu pulak sudah menjadi milik sikecik En Fawwaz yg demam postman pat, OSO, Alam Farhan dsb tu.  Manyak susah wooo....dia bukan tengok, tapi dengar je.. tapi tak boleh usik.  Kekadang sedar tak sedar, akak berebut lappy tu macam budak sebaya dia gak.. bukan apa, nak copy atau buka files yg kat situ sekejap je.. bermati-matian dia tak kasi..huhuu! mmmm... memang nampaknya nak kena buat sesuatu.  Nak kena kering hati menyembunyi atau memadamkan sesuatu... tapi takut nanti sudahnya den jugak yg susah :((

Semalam tengahari balik2 dari shopping, dengan tak sengaja ter'disconnect' lappy ni.. Amboi lamanya nak reboot... sampai malam tak OK dan hingga lepas subuh baru daku berjaya menyelesaikan masalahnya.  Akak asyik hints beli lappy baru.. banyak yg murah2 berbanding iPad2 kan.. hehehh!  Tengok je kesabarannya tahap mana, sebab setakat ni memang tak masuk dalam list... melainkan ipad, samsung galaxy dan yg sewaktu.. kan kannn.. :)  Adoi!! Takpelah, selagi boleh reboot dan keluaq gambaq semula, dah kira OK la.. boleh tgk screen bursa saham... boleh transfer RM.... $$$$$$$ :D:D

CERITA SAMPINGAN

Beberapa abaya telah ditempah dan ada yg dah siap.. Thank you Tati (merangkap promoter ku), Atie, Ita and Zu for your support.  Makin bersemangat saya nak memperkenalkan abaya Bahrain ke M'sia.  Bukan apa, sajalah... since kat M'sia pun dah ramai orang pakai.  Fesyen pun iya, tutup aurat pun ye...  Yang dalam gambar ni Tati punya corak bunga di lengan.. saja nak tayang.. boleh jadi terapi mata... :)  Tahun depan akak pun dah tak duduk sini lagi, so takkan ada lagi tayangan perdana abaya Bahrain... hehe


Monday, July 18, 2011

Summer Yang Indah

Wahh wah wahh... dah beberapa entries citer pasal abaya je!  Yelah, sejak duduk kat Bahrain, saya tengok abaya yang dorang pakai tu 'glam' sangat... Akak2 rambut perang pun sarung abaya kat shopping mall... Jogging pun dorang sarung abaya.. Kat Bahrain, walaupun agak modern dan terbuka berbanding Saudi, abaya lengkap dengan syaila hitam amat meluas pemakaiannya... Kalau pergi belah UAE, dah nampak kurang sikit atau fancy walau masih menjadi pakaian rasmi.. Tapi yang ketara sekarang, dah takde nampak akak2 bersanggul tinggi di sebalik tudung tu (dorang pakai sepit berbunga besar.. heheh).

Sejak balik ke sini, every weekend is shopping day!!  Weekend will always full with activities.. Nanti kalau dah puasa, duk diam2 kat rumah sebab kat luar panas nanti kering tekak... Dahle subuh masuk 3.30am...hehehe dah 3 puasa merasa, mungkin tak terkejut sangat... dan takkan merasalah kami ramadan di musim sejuk yg panjang malamnya.. next year Insya Allah puasa kat M'sia je.

Summer memang panas dan kering... tapi belum mencapai 50C.  Tak macam Qatar, Kuwait... Macam sekarang ni dalam 38 - 41C, masuk juga bahang dia terutama bila ke dapur. Tengahari ni terasa aircond lain macam pulak... huhu!  Dalam fanas kering tu, sabtu petang keluar juga ke 'marina park' tu... main2 sambil relaks merasai desiran angin laut... Tak ramai orang berbanding musim2 biasa.  Tempatnya dekat sangat dengan apartment kami, dalam 1km je kot..


Nyaman dan tenang sekali... walau tak cantik, persekitarannya sentiasa bersih...
standard... di mana2 mesti ada pokok kurma.. lebat buahnya dan hampir boleh dipetik


Abi dan Fawwaz bermain2... umi pulak baca majalah kat bawah pokok..

Makcik 2 org ni jogging/walking dengan pakai abaya... orang2 sini memang mcm ni... bersenam pakai abaya tu, biasa....

 Tren yg membawa abi & fawwaz ronda2 keliling park..
 

Masa saya baca majalah, ada article pasal burger... inilah rupa burger termahal di dunia kot.... harganya USD5000!!!!  Namanya "Fleur Burger 5000"....

Sunday, July 17, 2011

ABAYA BAHRAIN - READY MADE (I)

Untuk sesiapa yg berminat, saya memiliki koleksi 'ready made' abaya + syaila (tudung) untuk saya bawa pulang hari raya nanti iaitu pada bulan OGOS 2011.  
Material adalah satin yg sejuk bila dipakai.
Penghantaran dan pembayaran akan ditentukan selepas penempahan dilakukan.. TK  :))

Boleh email kepada saya :  okeedgz@gmail.com
_____________________________________________

ABM1 (kombinasi sulaman pink & biru)
Saiz - M (ukuran dada 38)
Harga : RM190

____________________________________________

ABS1 (kombinasi sulaman biru & silver)
Saiz - S (ukuran dada 36)
Harga : RM190

____________________________________________

ABL1 (Sulaman keemasa dan ada batu) - SOLD
Saiz - L (ukuran dada 40)
Harga : RM190

______________________________________________

 ABL2 (sulaman keemasan dan leher ala cekak musang)
Saiz - L (ukuran dada 40)
Harga : RM190

_______________________________________________

ABX1 (kombinasi sulaman hijau & silver) - SOLD
Saiz - S (ukuran dada 36)
Harga : RM190

_________________________________________________

ABF1 (kombinasi sulaman gold & maroon) - SOLD
Saiz - Free size
Material : Crepe
Harga : RM160



 _____________________________________________

Gaya potongan leher dan depan abaya - belah di tengah 
boleh digayakan sebagai jubah sarung di luar
Gambaran keseluruhan

Monday, July 11, 2011

ABAYA MADE IN BAHRAIN (II)

Design abaya terkini... sulam yg sama di lengan baju dan tudung (shayla).  Style belah/terbuka di tengah (macam pakaian luar). 
Berminat boleh tempah kat saya ye!!  Siap RAYA nanti... :))

This one already BOOKED!


Harga - RM190 sepasang (abaya & shayla)









Yang ni RM280 sepasang (abaya & syaila)

Thursday, July 7, 2011

ABAYA MADE IN BAHRAIN (I)

Yahhh... inilah hasil abaya hunting semalam petang. Kat Manama Souq tu memanglah banyak sangat tailor abaya, sampai boleh rambang mata.. Macam2 style dan design.. kalau pergi malam, mau sampai pagi dok membelek2 sulaman dia je...  Kalau style saya, tak boleh pergi lebih 5 kedai... kalau takde yg berkenan atau mahal sangat, jom balik makan! hehe...

Memangle.. nak yg cantik kenalah dinarnya pun besor... Kalau kat city centre tu mau lebih RM1K.. kain lembut dan soft macam sutera.  Kalau setakat souk, boleh dapat bawah RM200 lagi.. tengok sulam  dan design dia lah!  Kalau biasa2 lagi murah... tapi confirm tak semurah di Dubai atau yg orang selalu beli kat Mekah... Orang sini agaknya tak kisah beli abaya mahal... dah memang pakaian harian dorang.  Penjual2 tu pun kalau letak harga, pada orang Asia macam kita ni adalah diskaun sikit... Dia pun tau kita suka tawar menawar kot..kih kih!  Tapi yang pasti, abaya di Bahrain ni memang nampak lebih esklusif dengan kainnya yg sejuk... satin bermutu tinggi.

Yang ni adalah syaila atau sheila... atau selendang.  Sulaman syaila ni selalunya sama dengan sulaman di lengan baju..  Saya dah tempah 3 jenis sulaman di bawah dengan saiz S, M & L untuk sesiapa yg berminat nak beli masa saya balik raya nanti...

Yg ni akak yg punya... akak design sendiri (tambah dari design yg asal..).. Macam ni kalau jual dalam RM280 dapatlah... ;)

Hat ni belikan anak menantu.... tapi tailor lupa letak sulam kat leher tu.. :)  Gambar2 tidak berapa memuaskan hati sebab cameraman tangan ketaq kot..hahaha

Yang bawah ni boleh lah tawar2 dalam harga RM280 juga... harga org bahrain RM300... Banyak dan berat sulam dia, ada batu2 pulak... Yg sebelah tu ana yg punya!!!

Yang lain2 akan menanti siarannya... hehehhh!

Wednesday, July 6, 2011

Tukar-Tukar Tajuk dan Cerita...

Dah reda kisah BERSIH nak buat perarakan ye... OK lah tu, nak berhimpun kat stadium pula ye... Teruskan je lah kalau rasa itu je jalan yg terbaik nak bersuara.. Namanya hak asasi kan... positively, pihak yg tertentu boleh mengambil kejadian yg entah bakal berlaku atau tidak tu sebagai pengajaran atau untuk memperbaiki apa yg dirasakan cacat selamakini.. Naturally, tak mungkin kita ni dapat memuaskan hati semua orang terutama mereka2 yg sentiasa tidak puas hati.  Apa2pun, kita ni mesti berhati2 dengan apa juga yg kita lakukan.. ikut pemikiran yg baik dan waras, bukan ikut emosi atau ikut2 orang... Sendiri juga mau ingat!

OK lah... sekarang akak dah tukar perhatian pada cerita kes Datuk Sosilawati pulak.. Tukar mood.  Kesianlah pada mereka2 yg terlibat baik yg telah tiada atau yg ditinggalkan.  Semoga roh mereka aman di alam sana dan sentiasa dirahmati Allah... Amin.  Dan semoga yg bersalah, tidak terlepas gitu saja serta mendapat pembalasan setimpal!!

Saya kalau macam ni memang takde apa nak buat melainkan selak dan menyelak suratkhabar online.. dari pagi sampai jemu.  Dapat pula boss kecik tengah tidur, amannya dunia ku!  Kepala ni tak boleh nak diam tanpa fikir apa2.. nak buat projek resipi, masih banyak lagi makanan kat dapur dan petisejuk tu.. heheh!

Petang nanti lepas maghrib, nak pergi melawat souq kat Manama.  Haritu tempah 2 helai abaya.. tak pasti apa hasilnya sebab saya tukar2 saiz dan design.  Pastu cakap pulak dgn pak arab yg entah faham ke tidak tu.. Kadang dgn dorang ni macam cakap ayam dgn itik.. kita pulak sama terpengaruh cakap gaya dorang.

Kalau cantik kejadiannya, ingat nak oder lagi... Untuk trip yg mungkin TERAKHIR ni, saya nak bawa ole2 dari Bahrain untuk dijual kepada sesiapa yg berminat.. Nanti saya post kat fb.. Nak jual ABAYA FROM BAHRAIN... tailor made dan ikut saiz orang Malaysia.  Satu saiz satu design je, exclusive... so, saya nak bawa balik 10 helai dengan 10 design atau corak bunga yg berlainan... Harga cerita nanti...

OKlah, itu je nak cerita di petang yg agak bosan ni... kalau dah bohsan apa nak buat? Pi dapo laa... ada kek cekelat, ada custard fruit tart, coklat beryl's yg makcik bawak haritu, ada maruku, naan breakfast pagi tadi pun ada lagi... hehehehhh!  Dah teringin puasa Syaaban pun tak boleh... :))

Sunday, July 3, 2011

Aku Anak Malaysia

Sedang saya melapah ayam pagi tadi, dalam kepala ni dok berlegar2 pasal BERSIH nak buat perhimpunan tu.. kat mana di M'sia akak di sini pun tak berapa ambil tau.  Selama seminggu dua heboh diperkatakan ni, saya cuma baca 'title' dan sebaris dua ayat.. Sesekali baca habis juga, tapi macam tak perasan je lokasi perhimpunan tu.. KL yg pastinya.

Lantas saya teringat apa yg berlaku di beberapa negara di sebelah sini.. termasuk di Bahrain pada bulan Febuari hingga Mac.. Sebenar sampai sekarang tak berapa pulih sepenuhnya. Askar, kereta kebal dan polis masih menunggu jalan..  Baru Sabtu semalam inisiatif berdailog anjuran kerajaan berjaya dilaksanakan, namun entah apa hasilnya.  Kalau ikut suratkhabar, pembangkang syiah tetap mahu PM nya berundur.  Yelahh... melampau juga kalau fikir sebab dari tahun 1971 lagi jadi PM.  Dah tua... Agaknyalah, raja dia pun serbasalah sebab PM tu pok sedara dia... Akak la yg buat andaian sendiri!

Berbalik kisah bersih tu, saya pun tak menyokong agendanya.. Mungkin saya bias sebab banyak baca media aliran perdana... tapi kat Yahoo (M'sian Insider) pun saya baca.  Pada akal fikiran logik saya, tak perlulah nak melawan arus.. Kalau ada ruang, berbincanglah! Tak usah menganjurkan majlis yg penuh kebencian dan menggugat keharmonian negara.. Kesian kat mereka yg nak gunakan jalan, nak berniaga dan nak hidup aman tu.. Sama juga kepada Perkasa, pemuda UMNO atau lain2 NGO yg pakat nak lawan bersih tu juga... Nauzubillah, jgn lah hendaknya terjadi apa2 kekacauan... Kalau dah kena kaut ke ISA, lagi marah pula nanti...

Apabila ada kumpulan besar yg di dalam hati mereka penuh rasa tidak puas, marah dan sewaktu, takkan mudah nak mengawalnya... menjadikan ianya suatu perhimpunan aman.  Dan manusia ni, kadang2 kalau diberi betis nakkan peha pulak.  Terutama di tempat kita ni... M'sia bukan macam Amerika, UK atau seumpama.. Kat Greece pun huru hara, idaklah jadi perhimpunan aman!  Jangan juga disamakan dengan perhimpunan menentang Israel... Bila kita marah Israel, dari sudut hati yg lain ada kasih sayang terhadap Palestin dan Gaza.. tak gitu?  Ini bila kita marah SPR, hati lain juga marah kerajaaan dan sekutu2nya.  Yg menjadikan kesedihan saya ialah perpecahan sesama Melayu juga Islam... fikir2kan lah!!

Mungkin ada sedikit ketidakadilan... saya tidak tahu.  Tapi sebagai rakyat negeri Selangor, yang dulu gagah ditadbir kerajaan BN, saya yg bukan ahli UMNO ni tak terfikir negeri ni boleh jadi negeri pembangkang.  Adalah perubahan sikit kan... sekarang setiap Jumaat, adalah buletin S'gor yg cerita apa depa buat.  Kat Utusan atau BH takdelah cerita2 tu... Balairaya pun bertukar kunci... (adalah kisah kunci ni, saya pun dah tak ingat..).  Peniaga2 makan kat kampung pun dah tak boleh buat sewenang2nya sebab ada yg kena denda (ahli majlis dah straight sket..), dll. Belum masuk bab2 perangai, puak itu ini lagi... maklumlah, 'ahli syurga' huhu...Paling tak boleh blah (bahasa orang2 muda kini..) bila mengundi pakatan boleh masuk syurga kan.. Abis kalau duk mengata, boleh ka? Akai ada ka...?  Terus terbayang muka bob lokman... oppps!

En Abe saya pernah buat komen kat yahoo dan kemudian dikatakan pendapat paling "ridiculous" haha!  Katanya, siapa yg nak berarak tu, tak usahlah kerajaan nak halang2... tengok dulu apa jadi.  Siapa yg tak suka dan tak mau ikut, duduk diam2 kat rumah... beli CD, stok makanan extra.. Kalau dah teruk sangat, impose darurat... ha! baru tau... Ado je kan!!!  Ikut pengalaman kat Bahrain haritu lah kan... Nak keluar rumah atau balik kerja, jalan jam... Nak beli ikan, jalan tutup... pergi hypemarket, keperluan utama takde!  Rak ikan ayam telur kosong... sayur layu... itu baru sikit2!  Tapi tak terfikir pulak saya hal bersih tu boleh sampai ke tahap tu.... Cuma kalau baca respon perkasa dan persatuan Silat tu, agak umpama lagak ngeri juga... amit amit... kata org Jawa!

Ini cuma luahan hati perantau macam saya... Bila duduk berjauhan di negeri orang, perasaan sayang terhadap negara yg aman semakin membuak2.  Perasaan syukur tak boleh kata.. Sebab di sebalik kisah2 tak menarik di Malaysia, ada sisi keindahan di situ... Namun masih banyak pembaikan dan pembaharuan yg perlu dilakukan.  Kena kurangkan kadar jenayah, perbaiki tahap kebersihan, politik yg lebih bersih, kurangkan kadar korupsi, rakyat yg lebih bersivik dan hidup saling berkasih sayang dan menghormati... Rakyat kena lebih berusaha agar tidak terlalu bergantung pada kerajaan dan dalam waktu yg sama membantu kerajaan menjadi lebih baik dan maju.  Apabila ekonomi baik macam2 boleh buat... make it a win-win situation.

Banyak lagi nak membebel... tapi dah tiba sakit malas nih...hahaha..babaiii!!!  Please avoid bersih... jadi pembersih takpe... Hargai usaha titik peluh nenek moyang kita dulu... hayati sejarah tanah melayu!

Friday, July 1, 2011

Petua Extreme... :))

Alhamdulillah.. masih bernafas lagi kita hari ini.  Entah kenapa pagi ni saya tak berapa nak cergas walau masih mampu menyiapkan sarapan pagi yg meriah.  Bangun seawal 4.15 pagi, bermalas-malasan sebentar dan terus merendam mihun untuk digoreng.  Selain buat mihun goreng, ada juga donut untuk Fawwaz... Lepas tu pergi ke market (saya tunggu kat kereta je!) dan Geant.  Mata ni berat dan mengantuk je! Mujur boleh skip masak untuk lunch...

Sejak semalam cuaca sangat berjerebu dek ribut pasir. Di sini pulak, bermula dari bulan Julai sampai Ogos, pekerja dilarang (ban) bekerja di luar dari tengahari sampai 4 ptg kerana panas (hottest hours).  Kalau kerja juga, boleh kena denda BD300 atau lebih RM2K bagi seorang pekerja (mungkin cthnya buruh yg buat jalan tu). Mungkin sebab cuaca ni maka daku pun begini?  hehee...

Perkhabaran dari makcik saya di kampung pagi ni sangat menyedihkan... pasal pakcik (adik mak) yg baru menjalani CT Scan.. and the condition is not quite good!  Semoga pakcikku yg mula sakit demi nak melangkah usia pencen itu (sekarang dah pencen) dikurniakan kesabaran dalam menempuh ujian Allah... begitu juga insan2 di sekelilingnya.  Moga2 dapat bertemu dia pada syawal nanti, InsyaAllah... Pakcik jarang sakit dulu... dan sentiasa committed terhadap tugas2nya sebagai anggota polis.  Tahu sajalah kerja polis tu, tak kira masa kerjanya...

Alhamdulillah saya sendiri jarang ditimpa sakit atau demam.  Cuma batuk memang sentiasa ada dalam badan ni.. kalau tak hari ini, lusa malam adalah bunyi sikit2... pantang sejuk!  Minggu lepas kena ulser kat mulut ni.. Susah juga nak makan.  Lepas tu, saya pun buat rawatan extreme macam selalu... Tenyehkan garam halus lama2 kat lopak yg putih kat mulut tu... PEDIH gila sehhh!!!  Dua kali buat, lepas tu entah bila pun baiknya saya tak perasan.. Kira mujarab le tu kan hahahhh!

Macam kalau saya kena batuk yg teruk sampai sakit tekak dan tak baik2 walau dah nak habis ubat batuk, saya pun akan guna kaedah melawan arus... Samada akan makan aiskrim, ABC... atau makan berulam cilipadi.  Nanti berasap dan pedih2 tekak kita tu...

Dulu masa di Singapura, saya dapat penyakit gatal2 tahap macam eczema tu... Seluruh badan merah!  Bila dah tak tahan tu, saya garuk sepuas hati dan sapu dengan air garam... perghhh!  Mujur juga tak ikut forumers yg rawat eczema dengan memotong kulit tu dgn pisau.. gila la!!  Macam juga lepas bersalin, rendam tuuttt kita tu dengan air garam yg suam juga... bayangkan je la kan... ada bekas jahitan beranak tu!  Tapi macam tak rasa pulak dan tak ingat pedih tu macamana... :P

Macam tulah ceritanya... sampai la ni tghari mataku masih tak bulat segar, amat mengantuk... Adalah lebih baik saya tidur.. tapi ternampak pula kain yg belum berlipat... ahahaaaa