Pages

Sunday, July 3, 2011

Aku Anak Malaysia

Sedang saya melapah ayam pagi tadi, dalam kepala ni dok berlegar2 pasal BERSIH nak buat perhimpunan tu.. kat mana di M'sia akak di sini pun tak berapa ambil tau.  Selama seminggu dua heboh diperkatakan ni, saya cuma baca 'title' dan sebaris dua ayat.. Sesekali baca habis juga, tapi macam tak perasan je lokasi perhimpunan tu.. KL yg pastinya.

Lantas saya teringat apa yg berlaku di beberapa negara di sebelah sini.. termasuk di Bahrain pada bulan Febuari hingga Mac.. Sebenar sampai sekarang tak berapa pulih sepenuhnya. Askar, kereta kebal dan polis masih menunggu jalan..  Baru Sabtu semalam inisiatif berdailog anjuran kerajaan berjaya dilaksanakan, namun entah apa hasilnya.  Kalau ikut suratkhabar, pembangkang syiah tetap mahu PM nya berundur.  Yelahh... melampau juga kalau fikir sebab dari tahun 1971 lagi jadi PM.  Dah tua... Agaknyalah, raja dia pun serbasalah sebab PM tu pok sedara dia... Akak la yg buat andaian sendiri!

Berbalik kisah bersih tu, saya pun tak menyokong agendanya.. Mungkin saya bias sebab banyak baca media aliran perdana... tapi kat Yahoo (M'sian Insider) pun saya baca.  Pada akal fikiran logik saya, tak perlulah nak melawan arus.. Kalau ada ruang, berbincanglah! Tak usah menganjurkan majlis yg penuh kebencian dan menggugat keharmonian negara.. Kesian kat mereka yg nak gunakan jalan, nak berniaga dan nak hidup aman tu.. Sama juga kepada Perkasa, pemuda UMNO atau lain2 NGO yg pakat nak lawan bersih tu juga... Nauzubillah, jgn lah hendaknya terjadi apa2 kekacauan... Kalau dah kena kaut ke ISA, lagi marah pula nanti...

Apabila ada kumpulan besar yg di dalam hati mereka penuh rasa tidak puas, marah dan sewaktu, takkan mudah nak mengawalnya... menjadikan ianya suatu perhimpunan aman.  Dan manusia ni, kadang2 kalau diberi betis nakkan peha pulak.  Terutama di tempat kita ni... M'sia bukan macam Amerika, UK atau seumpama.. Kat Greece pun huru hara, idaklah jadi perhimpunan aman!  Jangan juga disamakan dengan perhimpunan menentang Israel... Bila kita marah Israel, dari sudut hati yg lain ada kasih sayang terhadap Palestin dan Gaza.. tak gitu?  Ini bila kita marah SPR, hati lain juga marah kerajaaan dan sekutu2nya.  Yg menjadikan kesedihan saya ialah perpecahan sesama Melayu juga Islam... fikir2kan lah!!

Mungkin ada sedikit ketidakadilan... saya tidak tahu.  Tapi sebagai rakyat negeri Selangor, yang dulu gagah ditadbir kerajaan BN, saya yg bukan ahli UMNO ni tak terfikir negeri ni boleh jadi negeri pembangkang.  Adalah perubahan sikit kan... sekarang setiap Jumaat, adalah buletin S'gor yg cerita apa depa buat.  Kat Utusan atau BH takdelah cerita2 tu... Balairaya pun bertukar kunci... (adalah kisah kunci ni, saya pun dah tak ingat..).  Peniaga2 makan kat kampung pun dah tak boleh buat sewenang2nya sebab ada yg kena denda (ahli majlis dah straight sket..), dll. Belum masuk bab2 perangai, puak itu ini lagi... maklumlah, 'ahli syurga' huhu...Paling tak boleh blah (bahasa orang2 muda kini..) bila mengundi pakatan boleh masuk syurga kan.. Abis kalau duk mengata, boleh ka? Akai ada ka...?  Terus terbayang muka bob lokman... oppps!

En Abe saya pernah buat komen kat yahoo dan kemudian dikatakan pendapat paling "ridiculous" haha!  Katanya, siapa yg nak berarak tu, tak usahlah kerajaan nak halang2... tengok dulu apa jadi.  Siapa yg tak suka dan tak mau ikut, duduk diam2 kat rumah... beli CD, stok makanan extra.. Kalau dah teruk sangat, impose darurat... ha! baru tau... Ado je kan!!!  Ikut pengalaman kat Bahrain haritu lah kan... Nak keluar rumah atau balik kerja, jalan jam... Nak beli ikan, jalan tutup... pergi hypemarket, keperluan utama takde!  Rak ikan ayam telur kosong... sayur layu... itu baru sikit2!  Tapi tak terfikir pulak saya hal bersih tu boleh sampai ke tahap tu.... Cuma kalau baca respon perkasa dan persatuan Silat tu, agak umpama lagak ngeri juga... amit amit... kata org Jawa!

Ini cuma luahan hati perantau macam saya... Bila duduk berjauhan di negeri orang, perasaan sayang terhadap negara yg aman semakin membuak2.  Perasaan syukur tak boleh kata.. Sebab di sebalik kisah2 tak menarik di Malaysia, ada sisi keindahan di situ... Namun masih banyak pembaikan dan pembaharuan yg perlu dilakukan.  Kena kurangkan kadar jenayah, perbaiki tahap kebersihan, politik yg lebih bersih, kurangkan kadar korupsi, rakyat yg lebih bersivik dan hidup saling berkasih sayang dan menghormati... Rakyat kena lebih berusaha agar tidak terlalu bergantung pada kerajaan dan dalam waktu yg sama membantu kerajaan menjadi lebih baik dan maju.  Apabila ekonomi baik macam2 boleh buat... make it a win-win situation.

Banyak lagi nak membebel... tapi dah tiba sakit malas nih...hahaha..babaiii!!!  Please avoid bersih... jadi pembersih takpe... Hargai usaha titik peluh nenek moyang kita dulu... hayati sejarah tanah melayu!

No comments:

Post a Comment