Alhamdulillah.. masih bernafas lagi kita hari ini. Entah kenapa pagi ni saya tak berapa nak cergas walau masih mampu menyiapkan sarapan pagi yg meriah. Bangun seawal 4.15 pagi, bermalas-malasan sebentar dan terus merendam mihun untuk digoreng. Selain buat mihun goreng, ada juga donut untuk Fawwaz... Lepas tu pergi ke market (saya tunggu kat kereta je!) dan Geant. Mata ni berat dan mengantuk je! Mujur boleh skip masak untuk lunch...
Sejak semalam cuaca sangat berjerebu dek ribut pasir. Di sini pulak, bermula dari bulan Julai sampai Ogos, pekerja dilarang (ban) bekerja di luar dari tengahari sampai 4 ptg kerana panas (hottest hours). Kalau kerja juga, boleh kena denda BD300 atau lebih RM2K bagi seorang pekerja (mungkin cthnya buruh yg buat jalan tu). Mungkin sebab cuaca ni maka daku pun begini? hehee...
Perkhabaran dari makcik saya di kampung pagi ni sangat menyedihkan... pasal pakcik (adik mak) yg baru menjalani CT Scan.. and the condition is not quite good! Semoga pakcikku yg mula sakit demi nak melangkah usia pencen itu (sekarang dah pencen) dikurniakan kesabaran dalam menempuh ujian Allah... begitu juga insan2 di sekelilingnya. Moga2 dapat bertemu dia pada syawal nanti, InsyaAllah... Pakcik jarang sakit dulu... dan sentiasa committed terhadap tugas2nya sebagai anggota polis. Tahu sajalah kerja polis tu, tak kira masa kerjanya...
Alhamdulillah saya sendiri jarang ditimpa sakit atau demam. Cuma batuk memang sentiasa ada dalam badan ni.. kalau tak hari ini, lusa malam adalah bunyi sikit2... pantang sejuk! Minggu lepas kena ulser kat mulut ni.. Susah juga nak makan. Lepas tu, saya pun buat rawatan extreme macam selalu... Tenyehkan garam halus lama2 kat lopak yg putih kat mulut tu... PEDIH gila sehhh!!! Dua kali buat, lepas tu entah bila pun baiknya saya tak perasan.. Kira mujarab le tu kan hahahhh!
Macam kalau saya kena batuk yg teruk sampai sakit tekak dan tak baik2 walau dah nak habis ubat batuk, saya pun akan guna kaedah melawan arus... Samada akan makan aiskrim, ABC... atau makan berulam cilipadi. Nanti berasap dan pedih2 tekak kita tu...
Dulu masa di Singapura, saya dapat penyakit gatal2 tahap macam eczema tu... Seluruh badan merah! Bila dah tak tahan tu, saya garuk sepuas hati dan sapu dengan air garam... perghhh! Mujur juga tak ikut forumers yg rawat eczema dengan memotong kulit tu dgn pisau.. gila la!! Macam juga lepas bersalin, rendam tuuttt kita tu dengan air garam yg suam juga... bayangkan je la kan... ada bekas jahitan beranak tu! Tapi macam tak rasa pulak dan tak ingat pedih tu macamana... :P
Macam tulah ceritanya... sampai la ni tghari mataku masih tak bulat segar, amat mengantuk... Adalah lebih baik saya tidur.. tapi ternampak pula kain yg belum berlipat... ahahaaaa
No comments:
Post a Comment