Pages

Tuesday, September 6, 2011

Kisah Hari Raya 2011

Diam tak diam dah masuk hari raya ke-8.. Baru pagi tadi saya menghantar En Abe ke KLIA untuk pulang semula ke Bahrain.  Saya dan Fawwaz tinggal dulu sebab Fawwaz perlu menghadiri ujian Autisme di Hospital Selayang pada 14/9 nanti, sementara saya perlu mengambil suntikan imunisasi HPV yg terakhir (ke-3) pada 4/10.

Kami berada di KL sejak Ahad lepas... Lega, jalan masa tu tak sibuk dan jam macam hari2 sebelumnya.  Lepas tu teramat sibuk pula di atas jalan dengan pelbagai urusan termasuk urusan makan2.. :D   Tak senang Matrix saya kat bawah porch tu..

Hari Raya seperti biasa tersangat meriah di kampung, walau tanpa kehadiran en suami.  Rumah agam yg kini bertukar tajuk kepada rumah kuning memang tak pernah sunyi.  Selain anak2 cucu arwah nenek, sanak saudara termasuk adik-beradik pakcik (menantu nenek) juga tetap menuju ke rumah kami.  Alhamdulillah, setiap yg ziarah pasti membawa rahmat. Bila dah makpak sedara + sepupu sepapat + menakan tidur berkumpul serumah, tak terkata betapa seronok dan meriahnya.  Ini pun agak sedih sebab pakcik yg seorang sedang bertarung dengan penyakitnya dan terlantar di KL..

Selain tu, cerita yang tak sedap di kampung kami kebelakangan ini ialah kisah kehilangan wang dalam keadaan misteri.  Toyol? Entahlaa.... Orang kata bulan puasa syaitan dirantai, tapi menjadi2 duit hilang ghaib termasuk milik penghuni2 rumah kami.  Bukan sikit tau..  tapi ratus2 dalam satu2 masa.  Inilah misteri yg perlu dibongkar... huhuhu!

Raya kali ni walau meriah, jumlah rumah yg saya kunjungi agak susut.  Masa terlalu cepat berlalu... Dalam sibuk di dapur, sekejap je dah malam.. Hari2 berulang macam tu dan akhirnya balik ke KL.  Bila kat sini, dah tak tau apa nak buat melainkan cita2 nak mencantikkan rumah tinggal ni.  Jangan tinggal cecita udah le... Pelan2 buat sebab kejap lagi nak duduk lama kan.. biar bersemangat!  Lepas tu nak intai2 peluang pekerjaan kat mana2.. mmm tak taulah, tepu pulak tiba2 otak ni nak kerja balik.  Haritu macam excited, tapi kalini macam risau pulak.

Berita seronok, ABAYA saya mendapat sambutan meriah dari sepupu sepapat.  Sekarang ni tinggal 3 helai je belum berpunya.. New order pun boleh tahan.. hehehe!  Boleh laa... untuk kenang2an dari Bahrain.  Lepas ni tak pasti sapa pulak nak ke Middle East ni..  Tak sangka juga dorang berminat.. Tapi terima kasih jelah kepada promoter saya, iaitu makcikku kat rumah tu hehehh...

Saya, makcik & anak2 dara dan bujang nya...


Tiap kali raya macam nilah... berdua je.  Tapi hati tetap gumbira, takde apa nak disedihkan... prinsip saya senang je, "life is too short to feel otherwise (unhappy)"..

Rumah maklong saya... best dapat posing kat tangga hehehe!


2 comments:

  1. meriahnye!!! Selamat Hari raya kak..miss the riuh moment masa kita sama2 kat ofis..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Ayu... memang miss.. tp apa nak buatkan, tinggal nostalgia je huhu...

    ReplyDelete