Pages

Monday, September 26, 2011

Inilah dianya... :)

 Che Siti, Che Anizah, Che Ani @ Benny, Cikgu Shima & Che Zupp... haha baru je 5 org.. Kalau 30 org ada semua, mau bergegar...

Apa jelah yg seronok sangat tu... Makan bersembang, sampai rumah lapaq balik hehehe...

Sunday, September 25, 2011

Cerita Hujung Minggu dan iPad Baruku..

Akhirnya berlalu hujung minggu yg sedikit panjang dan memenatkan.... semalam saya menghabiskan sisa2 syawal dengan mengunjungi rumah sepulu di Sri Kembangan dan kawan baikku Nab di Ampang. Sebelum tu, mengunjungi The Mines dulu.. Al maklumlah, minggu lepas ni tak semena2 En Abe suruh collect iPad2 di Maybank Kepong. Pergh.. Teruja I tau... Heheh! Maybank telah bermurah hati nak bagi kat abe iPad.. Saya tolong merasmikan je. Saya tak berapa favor dgn benda ni, yg saya tgh guna ni, sebab saya tak boleh menulis dan membaca sambil chatting dsb.. Boleh tu boleh, tapi sulit la... Tp tetap cool terutama bila semalam kami terperangkap dlam jam yg panjang.. Sempat berfb dgnnya.. ;)

Rasa tak larat bila fikir jalan yg jam semalam. Dari Sri Kembangan ke Ampang Indah mengambil masa 2 jam lebih.. Sana sini kereta merangkak.. Baru nak laju kejap, dah kena tekan brake.. Oh, inilah Kuala Lumpur!

Apa2 pun seronok sgt dapat jumpa dan pergi ke rumah Nab. Berbelas tahun dah kami berkawan, ini pertama kali masuk ke rumah dia.. Tp tetap tergesa2 sbb dah lewat.. baru sembang itu ini dah masuk maghrib dan off... Balik lah! Sampai rumah dah tak larat.. Dan bangun tidur tadi dah macam nak kena gastrik sebab kebajikan perut tak terjaga semalam ditambah stress di jalan yg jam dan sibuk.

Hari ni pun sambung beraya lagi.. Jumpa geng2 lama masa buat DPA di ITM dulu... 88/91. Lama sungguh! Walau cuma 5 org dan seorang suami yg juga classmate, meriahnya ya ampunnn.. Tima kasihla Zupp sebab benarkan kami datang di luar waktu 'open hse' mu minggu lepas. Untung Zupp, sbb chef hari ni ialah En Suami dia... Hehe!! Semua pun duk bisik2 untungnya kawanku yg sorang nih..

Nak upload gambar tak boleh.. Ambil masa. Sebab akak dah potong sim card bband dan masuk dalam iPad nih. Akak tak reti nak transfer gambo dr lappy ke sini, kee.. Memang tak boleh? Akak tengah ala2 jakun campur boring sebenarnya. Inilah kegilaan peminat2 gadget dan org2 muda masakini. takpe takpe... Saya akan bersabar dan menghayatinya dulu. Mana tau lepas ni jauh cinta terus.. Biasalah kan, tak kenal maka tak cinta.. Ehehhh!!!!!

Tuesday, September 20, 2011

Macam2 Cerita

Tiba2 mata ni tak boleh tidur... segar bugar!  Padahal tak minum nescafe pun, melainkan teh tarik mamak Al-Madina tadi.  Harap2 tak di mandremkan daku, sebab suka benor makan kat kedai ni.  Bukan apa, tempatnya agak tenang, berdepan dengan rumah2 besar kat Bukit Jalil ni, agak ke dalam dan boleh dikatakan bersihla juga.  Pekerja2 nya pulak ramai yg macam pelakon2 Bollywood.. kih kih!!  Malam ni, sebab ada geng cikyum, akak makanle mi goreng mamak... sedaplah jugak.  Tapi yg akak baru perasan, harga roti canai biasa ngan roti telur jauh benar gapnya... RM1 vs RM2.  Maknanya, harga telur sebijik RM1... perghhh!  Padanla mampu cari pekerja ala bollywood.. :P

OKlah... itu je kisah kedai mamak Madina.. Semalam, saya dah selamat tiba ke KL dari kampung.  Keluar pagi, sampai rumah menjelang petang sebab hantar cousin ke UKM.  Hat sorang lagi dah turun siap2 kat Sg Buloh.  Hujan lebat sesangat sampai rasa nak mencecah ke lantai kereta je air tu, di sesetengah jalan.  Sempat beli dan suap Happy Meal kat cikmat...baru masuk Anjung.  Al-kisahnya, rumah kami blackout.  Rumah kami je!  Bukan pasal bil tertunggak.. sebab bil cuma terkurang bayar LIMA sen.. hehe!  Tapi pasal main switch yg kat depan pintu tu rosak.  Kesian Along & keluarga yg datang nak bercuti weekend semalam.  Bergelap dan berpanas la kott... Dah namanya weekend, kedai hardware pun tutup kan.. takde makna nak panggil kontraktor. Petang lak tu.. Akhirnya terpaksalah cari rumah tumpangan.. Mujur kaum kerabat ramai kat sini.  Fawwaz pun tak mencari pasal terutama bila saya jawab "TV rosak.." bila dia suruh buka katun..   Masa masuk tu, terus2 tuju fridge.. huhuhu.. memang penuh tray dengan air sampai tertumpah2 masa angkat... Bila lagi nak jadi cinderella.. :PPPP

Hari ni (Isnin) baru selesai masalah... itupun menjelang petang.  Legaaa sesangat.  Tula pasal kot akak tak boleh tidur sampai kini hehehh!  Inilah nikmat namanya... Tapi takde karen ni better lah jugak dari takde air macam masa baru sampai dari Bahrain haritu.  Dalam gitu terasa juga nak duduk hotel macam dulu, mujur Hotel Nouvelle yg terdekat dah penuh.  Boleh tahanla juga business hotel tepi petrol station ni ye.. Apa2 pun, fridge saya dah bersih.. bau vanilla la tu kott.. :)

-------------------------------
CREDIT CARD

Ada hamba Allah bertanya pasal credit card atau kad kredit. Macamana cara nak mengatasi hutang2 sebegitu.  Yelah, bagi saya kad kredit ni perlu la juga.  Saya guna sejak 1998 kot.. masa tu gaji RM1900 kira tinggilah.  Padahal syarat dapat kad masa tu, gaji kita kena sekurang2nya RM2000.  Tapi agaknya masa tu tercampur duit elaun kat slip tu, lebih la 2K.. Syok weh dapat kad citibank.  Bila nak bayar, keluar pukul 5 pg ke Jln Ampang, sebab senang nak letak kereta ikut suka.  Sorang2 tu... sungguh adventurous!  Dari S.Alam, siap lalu Petaling Street yg siangnya penuh dgn gerai.  Kalau tak, tak merasa lalu situ.  Tapi selalunya pukul2 mcm tu dah meriah kat tepi Citibank Jln Ampang dengan pengedar suratkhabar.  Tu yang tak takut tu.. Mmmmm... kalau zaman ni, harus untuk takut... Jgn tiru perbuatan saya, bahaya!

Nak dijadikan cerita, ekonomi gawat.  Sampai satu tahap keborosan (tp taklah sampai max limit), tak mampu nak bayar ikut masa dan gaji cukup2 bayar perkara yg lebih penting.  Saya pulak berhenti kerja dan konon2 nak berniaga.  Memang gila!  Walau dah potong dan tak guna, interest tetap jalan.  Lepas tu jadi student pulak.  Mujur bank tak kejar masa saya jadi student.  Dah dapat kerja, macam tau je dia nak cari.. hehe!  Saya terus terang cakap tak mampu bayar sekali.. Akhirnya bank bagi alternatif, bayar ansur.  5 kali bayar kott..  OKlah, ikat perut sikit.. Tapi kira saya berjaya membayar ikut jadual.. Maklumla, masa tu pun baru beli kereta, duduk rumah sendirian pulak... pergh macam orang banyak duit la kan... padahal terpaksa!

Jadi, saya cuba memberi IDEA kepada para pengguna kad kredit yg dah ter'maksimum' limit.. hingga membawa kepada ketidakmampuan nak bayar dan seterusnya stress bagai nak rak!  Apakata, hubungi bank anda (bank kad kredit tu la..), minta sambungan kepada bhg Kawalan Kredit (credit control) atau yg sewaktu, dah cuba berbincang... mana tau mereka ada menyediakan solusi yg seperti citibank tu, iaitu bayaran secara ansuran.  Dalam waktu yg sama, dah tentu kena stop atau potong kad kita tu.  Sebab bila kita dah terjebak kepada hutang tak terbayar, maknanya memang kita tak mampu atau belum cukup mampu.  Cerita Citibank saya tu dah dekat 10 tahun dulu.. tak tau yg sekarang ni.

Saya pun tak berapa pasti undang2 kad kredit sekarang.  Sebab sejak jadi surirumah ni, walau 3-4 ratus sebulan pakainya (terutama bila balik cuti2 M'sia) dan pernah lebih 5K utk tiket flight dan medical, saya sedaya upaya bayar habis terus!  Sebab tu bank takde chance nak charge saya lebih.. Saya sanggup habis elaun diri yg tak seberapa tu dari bayar hutang tertunggak + interest.  Saya perlu kad sebab saya malas dan takut bawa duit banyak2.  Paling leceh nak bayar masa isi minyak... malas betul!  Bank pun pemurah bagi kad platinum pada surirumah ni hehe!!  JANGAN sekali rambang mata dengan card limit!!!  Satu ketika dulu, bank siap bagi cash cheque bernilai RM10K tanpa diminta.. memang pelik rasanya!!  Mungkin sebab saya dah ada pengalaman ngeri, atau saya dah biasa buat bajet company dulu menyebabkan saya sedikit kedekut berbelanja dan sangat berhati2... Lagipun kita ni kena mengukur baju di badan sendirilah kan..

Berhati2 menggunakan kad kredit.  Jangan senang2 je nak swipe kat kaunter pembayaran.  Guna kalau betul2 terdesak atau ada yg nak dicagarkan cth gaji dan wang yg cukup.  Belajar dgn kesilapan insan lain yg dah muflis, bankrap di usia muda.  Paling JANGAN ialah membeli barang berjenama yg memang kita tak mampu milik.  Bayar habis dan jangan cuma bayar tahap minimum 50 hengget tu je.. bahaya!  Apa2 pun, sebelum interest bertambah 'for nothing', hubungilah bank anda atau orang yg lebih mahir utk nasihat selanjutnya.

Fikir2kan... selamat beramal.. (hehe tetiba akak nak pinjam slogan Dr Izi)

Tuesday, September 6, 2011

Kisah Hari Raya 2011

Diam tak diam dah masuk hari raya ke-8.. Baru pagi tadi saya menghantar En Abe ke KLIA untuk pulang semula ke Bahrain.  Saya dan Fawwaz tinggal dulu sebab Fawwaz perlu menghadiri ujian Autisme di Hospital Selayang pada 14/9 nanti, sementara saya perlu mengambil suntikan imunisasi HPV yg terakhir (ke-3) pada 4/10.

Kami berada di KL sejak Ahad lepas... Lega, jalan masa tu tak sibuk dan jam macam hari2 sebelumnya.  Lepas tu teramat sibuk pula di atas jalan dengan pelbagai urusan termasuk urusan makan2.. :D   Tak senang Matrix saya kat bawah porch tu..

Hari Raya seperti biasa tersangat meriah di kampung, walau tanpa kehadiran en suami.  Rumah agam yg kini bertukar tajuk kepada rumah kuning memang tak pernah sunyi.  Selain anak2 cucu arwah nenek, sanak saudara termasuk adik-beradik pakcik (menantu nenek) juga tetap menuju ke rumah kami.  Alhamdulillah, setiap yg ziarah pasti membawa rahmat. Bila dah makpak sedara + sepupu sepapat + menakan tidur berkumpul serumah, tak terkata betapa seronok dan meriahnya.  Ini pun agak sedih sebab pakcik yg seorang sedang bertarung dengan penyakitnya dan terlantar di KL..

Selain tu, cerita yang tak sedap di kampung kami kebelakangan ini ialah kisah kehilangan wang dalam keadaan misteri.  Toyol? Entahlaa.... Orang kata bulan puasa syaitan dirantai, tapi menjadi2 duit hilang ghaib termasuk milik penghuni2 rumah kami.  Bukan sikit tau..  tapi ratus2 dalam satu2 masa.  Inilah misteri yg perlu dibongkar... huhuhu!

Raya kali ni walau meriah, jumlah rumah yg saya kunjungi agak susut.  Masa terlalu cepat berlalu... Dalam sibuk di dapur, sekejap je dah malam.. Hari2 berulang macam tu dan akhirnya balik ke KL.  Bila kat sini, dah tak tau apa nak buat melainkan cita2 nak mencantikkan rumah tinggal ni.  Jangan tinggal cecita udah le... Pelan2 buat sebab kejap lagi nak duduk lama kan.. biar bersemangat!  Lepas tu nak intai2 peluang pekerjaan kat mana2.. mmm tak taulah, tepu pulak tiba2 otak ni nak kerja balik.  Haritu macam excited, tapi kalini macam risau pulak.

Berita seronok, ABAYA saya mendapat sambutan meriah dari sepupu sepapat.  Sekarang ni tinggal 3 helai je belum berpunya.. New order pun boleh tahan.. hehehe!  Boleh laa... untuk kenang2an dari Bahrain.  Lepas ni tak pasti sapa pulak nak ke Middle East ni..  Tak sangka juga dorang berminat.. Tapi terima kasih jelah kepada promoter saya, iaitu makcikku kat rumah tu hehehh...

Saya, makcik & anak2 dara dan bujang nya...


Tiap kali raya macam nilah... berdua je.  Tapi hati tetap gumbira, takde apa nak disedihkan... prinsip saya senang je, "life is too short to feel otherwise (unhappy)"..

Rumah maklong saya... best dapat posing kat tangga hehehe!