Pages

Tuesday, September 20, 2011

Macam2 Cerita

Tiba2 mata ni tak boleh tidur... segar bugar!  Padahal tak minum nescafe pun, melainkan teh tarik mamak Al-Madina tadi.  Harap2 tak di mandremkan daku, sebab suka benor makan kat kedai ni.  Bukan apa, tempatnya agak tenang, berdepan dengan rumah2 besar kat Bukit Jalil ni, agak ke dalam dan boleh dikatakan bersihla juga.  Pekerja2 nya pulak ramai yg macam pelakon2 Bollywood.. kih kih!!  Malam ni, sebab ada geng cikyum, akak makanle mi goreng mamak... sedaplah jugak.  Tapi yg akak baru perasan, harga roti canai biasa ngan roti telur jauh benar gapnya... RM1 vs RM2.  Maknanya, harga telur sebijik RM1... perghhh!  Padanla mampu cari pekerja ala bollywood.. :P

OKlah... itu je kisah kedai mamak Madina.. Semalam, saya dah selamat tiba ke KL dari kampung.  Keluar pagi, sampai rumah menjelang petang sebab hantar cousin ke UKM.  Hat sorang lagi dah turun siap2 kat Sg Buloh.  Hujan lebat sesangat sampai rasa nak mencecah ke lantai kereta je air tu, di sesetengah jalan.  Sempat beli dan suap Happy Meal kat cikmat...baru masuk Anjung.  Al-kisahnya, rumah kami blackout.  Rumah kami je!  Bukan pasal bil tertunggak.. sebab bil cuma terkurang bayar LIMA sen.. hehe!  Tapi pasal main switch yg kat depan pintu tu rosak.  Kesian Along & keluarga yg datang nak bercuti weekend semalam.  Bergelap dan berpanas la kott... Dah namanya weekend, kedai hardware pun tutup kan.. takde makna nak panggil kontraktor. Petang lak tu.. Akhirnya terpaksalah cari rumah tumpangan.. Mujur kaum kerabat ramai kat sini.  Fawwaz pun tak mencari pasal terutama bila saya jawab "TV rosak.." bila dia suruh buka katun..   Masa masuk tu, terus2 tuju fridge.. huhuhu.. memang penuh tray dengan air sampai tertumpah2 masa angkat... Bila lagi nak jadi cinderella.. :PPPP

Hari ni (Isnin) baru selesai masalah... itupun menjelang petang.  Legaaa sesangat.  Tula pasal kot akak tak boleh tidur sampai kini hehehh!  Inilah nikmat namanya... Tapi takde karen ni better lah jugak dari takde air macam masa baru sampai dari Bahrain haritu.  Dalam gitu terasa juga nak duduk hotel macam dulu, mujur Hotel Nouvelle yg terdekat dah penuh.  Boleh tahanla juga business hotel tepi petrol station ni ye.. Apa2 pun, fridge saya dah bersih.. bau vanilla la tu kott.. :)

-------------------------------
CREDIT CARD

Ada hamba Allah bertanya pasal credit card atau kad kredit. Macamana cara nak mengatasi hutang2 sebegitu.  Yelah, bagi saya kad kredit ni perlu la juga.  Saya guna sejak 1998 kot.. masa tu gaji RM1900 kira tinggilah.  Padahal syarat dapat kad masa tu, gaji kita kena sekurang2nya RM2000.  Tapi agaknya masa tu tercampur duit elaun kat slip tu, lebih la 2K.. Syok weh dapat kad citibank.  Bila nak bayar, keluar pukul 5 pg ke Jln Ampang, sebab senang nak letak kereta ikut suka.  Sorang2 tu... sungguh adventurous!  Dari S.Alam, siap lalu Petaling Street yg siangnya penuh dgn gerai.  Kalau tak, tak merasa lalu situ.  Tapi selalunya pukul2 mcm tu dah meriah kat tepi Citibank Jln Ampang dengan pengedar suratkhabar.  Tu yang tak takut tu.. Mmmmm... kalau zaman ni, harus untuk takut... Jgn tiru perbuatan saya, bahaya!

Nak dijadikan cerita, ekonomi gawat.  Sampai satu tahap keborosan (tp taklah sampai max limit), tak mampu nak bayar ikut masa dan gaji cukup2 bayar perkara yg lebih penting.  Saya pulak berhenti kerja dan konon2 nak berniaga.  Memang gila!  Walau dah potong dan tak guna, interest tetap jalan.  Lepas tu jadi student pulak.  Mujur bank tak kejar masa saya jadi student.  Dah dapat kerja, macam tau je dia nak cari.. hehe!  Saya terus terang cakap tak mampu bayar sekali.. Akhirnya bank bagi alternatif, bayar ansur.  5 kali bayar kott..  OKlah, ikat perut sikit.. Tapi kira saya berjaya membayar ikut jadual.. Maklumla, masa tu pun baru beli kereta, duduk rumah sendirian pulak... pergh macam orang banyak duit la kan... padahal terpaksa!

Jadi, saya cuba memberi IDEA kepada para pengguna kad kredit yg dah ter'maksimum' limit.. hingga membawa kepada ketidakmampuan nak bayar dan seterusnya stress bagai nak rak!  Apakata, hubungi bank anda (bank kad kredit tu la..), minta sambungan kepada bhg Kawalan Kredit (credit control) atau yg sewaktu, dah cuba berbincang... mana tau mereka ada menyediakan solusi yg seperti citibank tu, iaitu bayaran secara ansuran.  Dalam waktu yg sama, dah tentu kena stop atau potong kad kita tu.  Sebab bila kita dah terjebak kepada hutang tak terbayar, maknanya memang kita tak mampu atau belum cukup mampu.  Cerita Citibank saya tu dah dekat 10 tahun dulu.. tak tau yg sekarang ni.

Saya pun tak berapa pasti undang2 kad kredit sekarang.  Sebab sejak jadi surirumah ni, walau 3-4 ratus sebulan pakainya (terutama bila balik cuti2 M'sia) dan pernah lebih 5K utk tiket flight dan medical, saya sedaya upaya bayar habis terus!  Sebab tu bank takde chance nak charge saya lebih.. Saya sanggup habis elaun diri yg tak seberapa tu dari bayar hutang tertunggak + interest.  Saya perlu kad sebab saya malas dan takut bawa duit banyak2.  Paling leceh nak bayar masa isi minyak... malas betul!  Bank pun pemurah bagi kad platinum pada surirumah ni hehe!!  JANGAN sekali rambang mata dengan card limit!!!  Satu ketika dulu, bank siap bagi cash cheque bernilai RM10K tanpa diminta.. memang pelik rasanya!!  Mungkin sebab saya dah ada pengalaman ngeri, atau saya dah biasa buat bajet company dulu menyebabkan saya sedikit kedekut berbelanja dan sangat berhati2... Lagipun kita ni kena mengukur baju di badan sendirilah kan..

Berhati2 menggunakan kad kredit.  Jangan senang2 je nak swipe kat kaunter pembayaran.  Guna kalau betul2 terdesak atau ada yg nak dicagarkan cth gaji dan wang yg cukup.  Belajar dgn kesilapan insan lain yg dah muflis, bankrap di usia muda.  Paling JANGAN ialah membeli barang berjenama yg memang kita tak mampu milik.  Bayar habis dan jangan cuma bayar tahap minimum 50 hengget tu je.. bahaya!  Apa2 pun, sebelum interest bertambah 'for nothing', hubungilah bank anda atau orang yg lebih mahir utk nasihat selanjutnya.

Fikir2kan... selamat beramal.. (hehe tetiba akak nak pinjam slogan Dr Izi)

No comments:

Post a Comment