Pages

Sunday, November 13, 2011

Minggu-Minggu Terakhir

Mata ni teramat mengantuk, tapi tak boleh tidur.. sebab tengah membakar karipap untuk dibuat "frozen curry puffs".  Officemate hubby order BD2.. adalah dalam 30 biji yg kecil.  Tak pasti ini tempahan terakhir atau bakal ada susulan yg lain.  Memandangkan tinggal tak sampai 2 minggu untuk saya 'menari2' di dapur kesayangan tu.  Lepas ni akan kutinggalkan dia sepi.. eheheh..yeke?  Perasan aku je rajin masak!

Weekend di sini tinggal Jumaat/Sabtu depan ni je.  Kemudian nak cuti2 London 4 hari, balik ke Bahrain sehari, terus terbang balik Ke M'sia.  Kiranya start 25 Nov tu dah takde lah akak di sini... Huhu sedih lah pulak kan..  Bukan tak best Bahrain ni.. Macam2 ada..

Semalam (Sabtu) ikut hubby isi minyak kereta.. Kalau convert, tak sampai RM30 dah penuh tank kereta Mitsubishi sedan tu.  1 litre berapa puluh sen je.. kira mahal lagi air minum yg selalu saya beli kat Mat Bangla kat parking tu (bila tak tahan kehausan).  500 ml = 100 fils (83 sen) utk air minum yg bukan mineral.  Kalau mineral tosah citer la kan...

Lepas tu pi bayar bill mobile broadband pulak - Viva.  Ingatkan haritu masa mula subscribe ada bayar.. rupanya hubby kata tak pun.  Ni baru first time nak bayor!  Wahh.. pakai dulu bayar kemudian!  Dorang ni business based on trust.  Jawaban masa mula2 hubby tanya pasal bayaran deposit ialah "because you are professional..".  Maknanya sebab kita professional, maka dia percaya kita takkan tipu dia... atau mungkin dia boleh tengok simpanan kita kat bank ada berapa.. hehe!

Bersyukur pernah merasa tinggal di negara yg macam ni.  Tapi manusia mana pernah puas kan?  Rakyatnya sendiri tak habis2 buat onar... Highway tu kira dah aman tak aman je.. kekadang dituang minyak dan nyalakan api.  Nasib baik belum ada yg rentung terbakar!  Tapi ribut la kot... jalan jam.  Kami pernah juga merasa hari tu.. tak semena2 jalan sehala jadi 2 hala.. Panik la juga sebab rasa macam nak dilanggar je kita... Bebudak tu pi bakar tayar kat highway kot..

Sekarang ni pula nak mula sejuk di luar tu.  Tahun ni cepat la pulak sejuk datang.  Sejak raya haji haritu, terus tak 'on' aircond.  Bercutilah aircond tu selepas berhempas pulas bekerja terutama masa summer.  Malam pun makin panjang.. 4.50 dah maghrib.  Tapi tak terasa sebab banyak sangat aktiviti termasuk main game kat iPad.  Sejak install sudoku, berebut aku dgn Fawwaz.  Sebelum ni duk tengok dia main angru bird je.. :D

Tadi pulak dapat bersembang lama dengan Kak Yah jiran kami yg baru sebulan dua di apartment ni.  Best betul sejak ada kak yah ni... Boleh antar makanan... pastu adalah benda nak di 'sok sek' kan.. Antaranya pasal abaya.  Kira dah handover perniagaan abaya kat dia.. dah turunkan segala tips yang ada. Biar dia pulak buka kedai kat sini hihi.  Tapi yelah, takdir kami cuma dapat berdekatan utk waktu yg singkat je.  Moga2 ada kesinambungannya nanti.. mana tau saya pulak jadi re-seller utk dia  :D

Kat Malaysia nanti sudah ada perkara yg tengah laju berlegar2 di kepala.  Tak sabar nak implement pulak..  Mungkin tak dapat saya nak meneruskan cita2 duduk sedap2 kat office yg ber'aircond' dan kerusi yang boleh berpusing dan berjalan.  Mungkin nanti hanya sekadar melawat kawan2 je, mana yg dekat.. Tapi, itu cuma mungkin... sebab segalanya berkemungkinan... apa punya ayat daaaa... hahaha!

No comments:

Post a Comment