Pages

Thursday, November 24, 2011

TOWUZ..or KAWOS!

Serabut lagi barang2 akak kat dapur tu... terutama bahan2 masak.  Nak buang macam sayang sikit.. tak buang nak buat apa?  Sat gi nak tunggu cleaners datang.. kot2 dorang nak stok rempah kari, kayu manis, bunga lawang dan yg sewaktu tu... Tepung pun ada yg belum berusik.  Hari tu masa ambik tempahan takut tak cukup.  Kita beli la sikit lagi.  Sudahnya tak terguna.

Malam ni dalam pukul 11 nak kena gi airport.. nak off ke London.  Syoknyee... walau sejuk, takpelah!  Boarding pukul 2 pg.  Bukan nak shopping macam yg orang selalu buat kalau ke sana.  Nak jalan2 je ke kota yg paling popular di dunia tu.  Saya buka kaki shopping, dan sentiasa mengukur poket sendiri hahah!  Lagipun alang2 dah separuh perjalanan (dlm 7 jam juga..).  Part jalan2 ni, kita kaki mengekor je, boss kat depan.  Dia berhenti, kita ikut berhenti... dia makan, kita ikut makan haha!  4 hari di London, balik semalam di Bahrain, pastu off pulak ke Malaysia.  Perghh.. malas nak fikir penat tu.  Just enjoy the journey je.. Harap2 Fawwaz OK.  Itu yg terpenting,

Bercakap pasal Fawwaz.. hari ni umi dia belajar satu lagi perkataan dari dia.  Perkataan Arab!  Dia memang selalu sebut "tawus.. tawus".  Saya ingat dia cakap "kawus or kawos".  Padan muka dalam bahasa Jawa.  Pasal umi dia pun selalu cakap gitu kalau dia tak reti diam dan terkena benda2 yg menyakitkan.  Rupa2nya "TAWUS atau TOWUZ" tu ialah "PEACOCK" atau burung merak.  Hehehe... mujur ada google translate!

Mmmm... mungkin ini post yg terakhir dari Bahrain setakat ni.  Esok kalau rajin, buat entri sikit dari sana.. atau entah2 dari KL nanti hehe.  Sambil tu merancang apa nak dibuat demi sampai rumah.. nak hantar abaya, ziarah, settle few things kat KL baru balik kampung.  Kali ni tak boleh dah lama2 kat kampung.  Nak kena normalise balik kehidupan seperti orang lain.  Wah!  Yg ternampak juga, nak buat makeover kat apartment tu.  Bior nampak berpenghuni...

No comments:

Post a Comment