Pages

Thursday, April 5, 2012

Say NO to Drugs! Drink VeMMA

Pagi ni Ahmad Fawwaz meragam tak mau pergi ke sekolah.  Dah lengkap berbaju hingga stokin, songkok je belum pakai... macam-macam alasan diberi.  Perut pun dah penuh makan semangkuk cereals dan roti telur.  Alih-alih tak mau sekolah.  Kalau dipaksa sangat, nanti mak dia ni juga yang susah, dari nak mengendong sampai adegan di tempat perhimpunan.  Macam tulah selalunya.  Sebab sekolah tu bakal pak mertua dia ada share, mak pun bagilah ponteng sehari.  Tiap minggu ponteng sehari kan..huhuu!

Dah agak-agak jalan di MRR2 tu tak jam, saya pun tanya dia.. "jom pergi jumpa doktor!"

"OK!"  bukan main ceria je...

Ha! Memang sejak jumpa doktor masa bengkak di pipi tu, dia macam suka pulak kat insan bernama doktor. Kat rumah pun kami selalu lakon jadi doktor dan pesakit, check telinga dia yang agak berkerak tu.. Suka kalau saya suluh dengan torchlight.  Tapi tak bagi sentuh atau bersihkan.. boleh?!

Saya bawa dia ke klinik Kumpulan Perubatan Elektronik di Desa Melawati.  Jauh tu... Memang 2-3 hari ni saya duk berangan nak bawa dia ke situ, sebab batuk dan selsema tu macam tak baik sendiri macam selalu.  Batuk tu ada la juga kurang bila saya sapu minyak Morhabshi sambil berselawat.  Itu je cara saya mengubat dia selamakini.  Saya tak ingat bila kali terakhir dia makan ubat dari klinik, sebab susah dan menyusahkan. Mungkin setahun dua yang lepas! Kalau pergi klinik tu, untuk dapat kepastian doktor je sambil2 ada unsur saikologi.  Ubat simpan di petisejuk kalau-kalau ada kecemasan.  Jadi, memang saya biarkan dia membina antibodinya sendiri.

Saya ada testimoni yang baik untuk rawatan elektronik ni.  Kalau tak pernah dengar, ia ada kaitan dengan air ECPI yang popular dulu tu.  Bermula dengan masa saya kena penyakit kulit yang agak kronik, seumpama eczema, di seluruh badan (http://ciksitisblog.blogspot.com/2009/01/eczema.html). Kemudian Fawwaz mengidap batuk yang berpanjangan hampir setahun (atau lebih) sewaktu mula-mula sampai di Bahrain.  Alhamdulillah, rawatan itu serasi dengan kami.

Perubatan yang mengambil sampel DNA ni hanya memberi ubat berbentuk "drops" atau pil kecil yang selalu kita lihat pada ubat-ubatan homeopathy. Dalam kita tak sedar, penyakit tu hilang.  Macam tulah! Dengan izin Allah.. Hari ni doktor beri ubat yang banyak untuk Fawwaz.  Dan tanpa disangka si kecik tu suka pula makan setelah di 'psycho' oleh doktor.  How I wish ada banyak doktor seumpama itu.  Yang mesra kanak-kanak.

Saya cuba sedaya boleh untuk mengelakkan ubat berbentuk drugs atau steroids pada kami berdua. Tapi pada abi tu, belum berjaya lagi ;)  Kalau sakit tu, sebolehnya tahan dulu.. Kalau ada yg tradisional, cuba dulu.  Setakat ni Alhamdulillah.. Pernah Fawwaz demam 3 kali masa di Bahrain.  Hanya sekali je beli ubat di farmasi, tapi tak makan pun.  Doa dan selawat je yang saya lakukan sambil mengelap badan dan kepala dengan tuala basah.


Sebab itu saya untuk melanggan VeMMA. Saya percayakan khasiat mineral semulajadinya untuk pelbagai rawatan di dalam tubuh badan ni. Bukan baru semalam saya kenal produk ni, tapi dah bertahun.  Cuma ianya tidak ada di Bahrain dan lain-lain negara Timur Tengah, susah nak dapatkannya.  Bila dah balik ni, saya nekad untuk minum dan memberi kepada keluarga. Saya sangat berharap melihat kaki mak saya sembuh sepenuhnya.  Dan saya dapat rasakan ia akan sembuh!  Mak tak perlu jalan pakai tongkat lagi.


Say no to drugs and steroids! Kalau kita mampu, elakkan darinya.  Banyak makanan tambahan dan perubatan alternatif yang boleh kita cuba.. Yang penting usaha dan tawakkal!  MINUMLAH VEMMA. Anda tak akan menyesal...

No comments:

Post a Comment