Pages

Sunday, April 1, 2012

PENIPU?

Memang ada yang akan mengatakan kita penipu.. Jual itu tipu, jual ini tipu, bisnes penipu... Pendekata, untuk orang-orang macam ni, semuanya penipulah!  Hehe.. saya hanya mampu tersenyum.  Takpelah... Kalau setakat berkata tapi tak pernah melakukan, memang boleh je... hantam jelah!  Atau mungkin dah pernah lakukan dengan platform yang salah.

Kita kalau nak maju, berkawanlah dengan mereka yang sama nak maju atau orang yang memang dah maju.  Baru ada positive impact.  Dengar dan belajar cara mereka melakukannya sehingga berjaya.  Mereka pun bukannya berjaya dalam masa 24 jam.  Malah ramai yang menemui kegagalan terlebih dahulu.  Mesti ada usaha, matlamat dan keyakinan.  Mereka yang berjaya bukanlah orang yang mudah patah semangat.  Kalau kita dengar cakap-cakap negatif, tahap tu je lah.. Tak usah nak merungut atau menyalahkan orang lain.  Biarlah si lunchai terjun dengan labu-labunya.

Baru belajar shortform dari kawan saya MIMA pagi tadi... "SWSWSWN..!"
"SOME WILL, SOME WON'T, SO WHAT.. NEXT!"  hehehe... nice.

No comments:

Post a Comment