Pages

Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan Yg Hening

Siang semalam (tadi) saya menyambut puasa pertama di bulan mulia ini dengan suasana senyap sunyi. Tak banyak aktiviti.  Nak melepak depan lappy pun, Fawwaz dah conquer hampir sepanjang hari.  Entah game apa yang dia jumpa.. bukan main pun, sekadar tengok.. Kejap2 terkekek2 ketawa sendiri.  Mak tak mampu dah nak buat apa2.. Tetiba macam lembik pulak.  Bukan apa, tak cukup tidur la tu.. Tido pukul 1 pagi, bangun pukul 5 sampai waktu subuh.. Pastu tidur dengan telekung sebab dah tak tahan, sampai pukul 8 pagi.  Tu yang lesu semacam, sebab saya tak pernah (atau jarang) tidur selepas subuh.  Ha! Malam ni ulang balik kesilapan semalam.. OKlah... saja buat intro. Esok sambung balik.. :)

****************************
Berbuka sendirian memang lah biasa.. Tapi tiba2 terkenang pula meriahnya orang lain berbuka beramai2.. Kan masing2 balik kampung.. Paling2 pun dengan keluarga sendiri.  Takpelah.. dah rezeki orang kan. Saya tak kisah pun sebab dalam diri ini dah sentiasa redha dengan setiap kejadian. Tahun2 lepas saya dah merasa berbuka dan bersahur dengan suami sepanjang masa. Saya suka berbuka cara simple, tanpa lambakan makanan dan lauk pauk.  Bimbang kerana makan yang keterlaluan selapas seharian berlapar akan membawa mudharat.  Kurma dan nasi dengan sejenis dua lauk dah cukup.  Sementelah dah ada karipap frozen, goreng je 2-3 biji.  Itupun untung kalau habis..

Selesai solat saya buat projek cuppies pula... saya namakan Velvet Rainbow.  Alhamdulillah siap dan mencukupi.. cuma tak berapa puas hati kerana warnanya tak menyerlah macam mula2 saya buat.  Agak sedikit penggunaan warna tu.. Takpelah...  Siap tu barulah tunaikan solat Isya' dan tarawikh.  Baru buka FB dan blog.. Fawwaz pun dah tidur sendiri awal2.. sian dia... ;))
. 
Yg kat bawah ni percubaan sebelum.. color bright sikit

No comments:

Post a Comment