Pages

Tuesday, July 3, 2012

What a Day!

Tiba2 badan ni jadi lemah.. Tak tau perasaan ni nak diluahkan dengan cara mana... Ya Allah, memang inilah ujian-ujian yang terpaksa ditempuh.. kala ini dan mungkin akan datang.  Untuk menjadikan aku lebih kuat untuk berhadapan dengan hari depan.  Memang aku insan terpilih untuk diuji saban waktu.  Sedari kecil ujian ku memang banyak, selain ujian sekolah dan universiti.. (sempat nak buat lawak lagi).

Jiwa tengah bersemangat.  Kawan-kawan tengah membantu dengan respon yang baik kat 'airtangan' saya.  Dalam seminggu ni memang agak sibuk nak menyiapkan tempahan.  Kalau haritu, faktor storage menjadi kekangan, semua telah saya selesaikan.  Alhamdulillah, en abe mahu membantu.  Walau saya yang terpaksa membuat semua urusan.  Terpaksa juga mengangkut anak bujang saya kemana-mana.  Dia pula, kalau dah letih, ada je lah ragamnya.  Paling tak larat kalau tengah memandu, dia suruh stop dan ikut arahannya.  Masa tulah boleh 'bergaduh' mak dgn anak kecik tu.. Lagi satu, kalau dia dah kata penat nak jalan.  Kenalah saya mengendong dia di belakang saya, macam anak jepun (cerita dulu2).

Hari ni pulak, awal pagi dah siap 2 dulang karipap. Si bujang pulak cuti sekolah.  Bukan ponteng macam selalu, tapi sekolah yang tutup.  Pergerakan terbatas lagi.. setakat dapat seronokkan dia naik tren dan pergi ke kedai bakeri.  Itupun ada yang lupa dan tak ada.  Tengahari, siap satu adunan pau dgn jayanya.. Alhamdulillah sangat cantik dan gebu.  Tapi tak cukup.  Inti pun ada yg habis.  Kenalah memecut keluar beli bahan sambil melayan kerenah anak.  Seharian ni ada je kerenah dia yang menguji kesabaran.  Makin kita sibuk, makin dia buat banyak permintaan.  Biasa lah tu kan... nak test try uji mak dia penyabor ke tidak!

Balik je dari kedai, terus senseng lengan.  Nak buat 2 projek sekaligus!  Sejak ada gajet baru, agak mudah kerja saya menguli pau.  Sambil2 mengadun kek coklat... Tapi entah kenapa kek tu merekah pulak hari ni.  Selalu OK je.. Pau pulak..mmm malang yang bertimpa2.  Order kali ni banyak yg minta inti kaya.  Inti tu pulak dah kehabisan tengahari tadi dan tak dijual di kedai bakeri yg selalu tu.  Yg saya ingat, inti tu saya beli kat kampung..  Nak buat sendiri pulak, memang dah tak sempat sebab dah petang dan bahan takde.  Itu yg merempit ke MyMydin beli kaya Yeo's je.  Cayor le pulak!!  Asyik2 reject dan lotar ke tong sampah.  Berkat kesabaran, siap le jugak untuk yg order esok walau bukan bulat sangat bentuknya.

Astaghfirullahal aazim... mengucap panjang saya!  Rupa2nya gas habis!!!!  Gas yang rasanya baru beli tapi ada bau bocor.. Sejak maghrib hingga kini pukul 10 mlm, kedai tak hantar2 lagi tong baru.  Takde pekerja.. Saya memang tengah merancang nak double kan supply, dan nak order terus dari Petronas macam iklan dia tu.. Tapi, asyik2 kejadian berlaku di malam hari dan tengah ber'projek'.  Kalau setakat tengah masak mee sedap, belum pernah gas habis.  Bila nak call kedai, baru perasan yg HP saya pun takde dalam rumah.  Harap2 ada kat dalam kereta di bawah sana..

Pau ku dah sebesar kelapa gamaknya kat dapur tu.  Tak tergamak saya nak menjenguk, melainkan plan nak masuk plastik sampah hitam andai gasnya tak datang2 juga.  Dahle susah nak letak filling kaya tu tadi, tak boleh nak kukus pulak.. Kos lak jangan kira. Menangis tak berlagu akak ni.  Nilah agaknya tulah akak dok marahkan Fawwaz tadi.  Sebab macam-macam dia nak ambik perhatian saya.  Nak susu stoberi, nak biyak, nak cereals, nak nasi, nak roti... mmm satu persatu disebut.  Dah kita ni kusut, marah le sikit... hehe!

Inilah dianya.. Baru nak mula ujian2 kecil.  Bukan senang nak jadi usahawan yang jutawan lagi dermawan... hahaha!  Jangan terbawa2 stress tu.. Hidup perlu diteruskan.  Moga2 esok jadi orang kaya, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.  Cheers!!!

****************************
Baru sat ambik gambar.. Pau yg bakal masuk plastik hitam  :((


2 comments:

  1. Allahuakbar, moga2 ada hikmah disebalik setiap kejadian, amin. alhamdulillah, kental dinding kesabaran akak :D.

    me, dah dekat seminggu dgn masalah air..still cuba bertahan.manjang tadah air walau air dr paip sgt kecik mcm rambut.

    x kuasa nak serabut2 kepala mikir.lately dada ni mcm x boleh nk sesak2 sgt.mcm x cukup nafas n tak selesa.hmm,dah lama pun x jumpe doctor for medical check up , maybe its time for it la :D

    ReplyDelete
  2. Aduss!!Takde air lagi seksa.. ada anak kecik pulak tu! Awatlah lama sangat takda air..?

    Kita ni hidup memang kena lalui pelbagai dugaan. Kalau tak, tak meriah... Kadang suka, gelak ketawa, tak lama terduduk, nanges, melalak, sakit.. Agaknya biar berfungsi segala organ kat badan nih :))

    ReplyDelete