Kalau orang bercerita atau menulis yg baik2, walau siapa dia, kita bersangka baik sajalah.. Ikhlas atau tidak, kita serahkan saja pada Allah untuk menilai. Tak gitu?
OK lah.. hari ni nak cerita pasal kejayaan saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan yang sentiasa gempak tu, di Shah Alam. Hari ni penuh membuak2 sampai ke luar dewan dan depan tangga. Setakat ni dah 2 kali saya pergi, tapi yang free je.. Alasan yang buat saya tak kaya2 walau dah masuk seminar (tapi Alhamdulillah ada lah juga benda yg positif masuk..) ialah perihal keluarga. Tak boleh nak buat komitmen masuk kelas advance. Sebab kursus advance selalunya mengambil masa 3 hari yang adakala sampai ke malam, mengikut pengalaman kawan. Sekian! ;)
Antara tips atau pesanan yg mudah untuk diingat, tak susah nak dipraktikkan ialah SENYUM.. dan berkata2 manis. Berkata2 manislah kepada pelanggan kita dan orang2 di sekeliling kita. Nescaya akan menarik lebih banyak rezeki..
Sentiasa MEMBERI.. Bersedekah, berzakat, membantu yg susah.. Berselawat, istighfar dan sedekah.. Kerana apa yang kita beri, akan kita perolehi semula (what you give, you get back). Sememangnya apabila kita berselawat, Allah dan malaikat akan berselawat kembali kepada kita. Begitu juga dengan perkara2 yang lain. Ini untuk peringatan diriku sendiri juga supaya tidak terlalu berkira untuk memberi walaupun kita kekurangan. InsyaAllah..
Selain itu, saya juga amat yakin dengan fadhilat solat Dhuha. Alhamdulillah, saya dikurniakan rezeki dari segi masa untuknya. Dulu2 saya sangat lalai dan malas nak buat solat ni. Kadang2 memang sangat ajaib.. Selepas je solat, ada order masuk.. sungguh! Ini bukan nak menunjuk2 yg saya buat, cuma nak share betapa hebatnya doa di waktu dhuha. Dan saya baru je dengar di radio IKIM, ustaz tu kata, waima nak mencari pekerjaan atau nak naik pangkat pun, buatlah solat dhuha. Cuma kalau di ofis, kena juga tengok situasi untuk mendapat berkatnya, kerana ia hanyalah sunat.
Tadi juga sempat saya curi2 berbual dengan Jana kawan lama saya masa sekolah rendah. Memang kami mendaftar sama2 secara online dan harini ada rezeki duduk bersama. Jana share dengan saya pasal membuat pinjaman.. Kalau meminjam, mesti pulangkan! Itu sudah pastilah kan... Dan, kalau kita pun dah senang masa tu, berilah saguhati kepada si peminjam masa pulangkan duit tu. Kalau yg meminjamkan tu 'orang' lah, bukan bank. Memang banyak liku2 dalam perniagaan, tapi andai kita jujur, berzakat, memberi, InsyaAllah pulangannya hebat. Itulah Jana, yang sekarang buat bisnes lauk pauk (kantin) dan katering.
Memang seronok kalau nak menulis pasal ni.. Esok2 lah saya kongsikan lagi apa ilmu yang saya dapat dari DAO. Walau lebih kurang sama pengisian dengan yang sebelum ni, impaknya tetap luar biasa..
Gambo kepala2 orang yang melimpah2 sebelum program bermula.. Kalau dah mula, mau sentap kena sound sesiapa yg langgar perjanjian dgn mengambil gambar... hehehe
No comments:
Post a Comment