Berbalik kisah baking, hari ni dah bermula dengan kek coklat. Akan disimpan semalaman supaya lebih moist dan sedap, baru decorate. Tengah menunggu kek masak dan mengemas perkakasan, Fawwaz terjengket2 ke dapur. Merayu minta diapers. Kalau nak 'ber..', memang dia minta diapers. Dah pelbagai cara saya guna supaya dia tak bergantung padanya, tapi tak juga berjaya. Dah makan tahun.. adalah 3 tahun.. huhu! 3-4 hari ni saya buat dek je bila dia minta. Tapi kalau dah terjengket2 siang malam, kesian pulak. Nanti apa2 jadi kat usus dia, mak juga salah..
Tadi, masa baking saya tak layan langsung permintaan dia. Biar dia masuk toilet kalau nak. Kata kat dia 'ber' kat seluar pun mama tak kisah.. Dia pun berlalu.. Tiba2 dia panggil, "mama... mama.."
Saya pun keluar dari dapur. Terkejut! Bertakung air dekat lantai.. banyak pulak tu. Adoii... terkucil sudah anak aku yg tengah tunggu mama kat toilet. Entah kenapa sehari dua ni dia kerap ke toilet. Mama selesaikan dia.. Senyap.. jaga mulut dan hati. Dugaan kecil je. Ambik baldi dan MOP, masuk pencuci.. Celup2 mop dalam baldi dan putar pada tempat pemerah tu. TUP!! Tiba2 batang mop patah.. Huwaaaa saat tu lah akak rasa nak menangis. Belum sempat mop air kencing yg seruang tu, batang mop dah patah. Kat hujung sekali pulak tu.. Keluar segala habuk2 hitam.
Dengan perasaan penat (mula tadi terpacul juga perkataan baran ku.. Astaghfirullah..), terpaksalah mop sambil melutut. Buat ulang2 kali, sebab tak yakin. Macam tulah, kadang2 Tuhan nak uji kita ni sabar ke tidak.. Hati betul2 bersih ke tidak.. Kata orang, masa tengah marah tu lah diri kita sebenar. Tapi tadi akak taklah marah, tapi mulut hilang sabar je... cepat2 istighfar. Kesian kat Fawwaz. Bukan salah dia.. Mop pun satu, masa ni lah dia nak patah.. Selalu tu, elok je... Masa akak tengah tak baking, masa budak tak terkucil, masa tak penat...
Apa2 pun kek dah masak tu.. Tunggu nak sejuk dan simpan. Ironinya, kek pun agak meragam petang ni.. merekah. Memang kalau nak baking, jiwa kena betul2 tenang. Effectnya pada kek dan dekorasi. Fawwaz pun dah abis 2 1/2 ketul yg cuppies. Ya Allah, jadikan daku ibu yg sabar, sabar dan sabar... Juga isteri yg tidak berkeluh kesah.
Sambungan kisah... Tiba2 terbaca kata2 Ustaz Azhar & Ustaz Don "Pekerjaaan yg paling banyak beri pahala ialah SURIRUMAH" dan "SURIRUMAH ialah pekerjaan yang terbaik di dunia". Rasa motivated... Yg bukan surirumah macam akak jangan sentap. Adalah rezeki masing2.. Itu semua Allah yg nilai ;)
Sambungan kisah... Tiba2 terbaca kata2 Ustaz Azhar & Ustaz Don "Pekerjaaan yg paling banyak beri pahala ialah SURIRUMAH" dan "SURIRUMAH ialah pekerjaan yang terbaik di dunia". Rasa motivated... Yg bukan surirumah macam akak jangan sentap. Adalah rezeki masing2.. Itu semua Allah yg nilai ;)
No comments:
Post a Comment