Pages

Saturday, January 25, 2014

Aktiviti Fawwaz Minggu Ni..

Pagi tadi mak joined Fawwaz menghadirkan diri ke sekolah dan berarak serta mengikuti program sempena sambutan Malidur Rasul anjuran sekolahnya.  Program tu rupanya tak wajib, tapi bagus juga kalau datang. Dan tak ramai pun parents yang ada. Cuma dalam surat Fawwaz, waris kena ada. Mungkin untuk murid khas je kot..

Bagusnya, Fawwaz dapat mengikuti program sampai habis tanpa masalah. Walau di hujung masa murid-murid lain ramai menggelisah bangun dan duduk terutama yang normal, Fawwaz tak berganjak dari tempatnya. Mak ni rasa dah cukup besar pencapaiannya tu. Maklum, kanak2 autisme ni terkenal dengan perilaku tak boleh fokus atau duduk diam. Kalau kat rumah tu tak mengapalah. Memang dia akan menggembirakan diri sendiri dengan melompat, berlari, berjalan, humming dan macam-macam lagilah... hehehe.

Sambil berarak tadi sempat berbuat dengan gurunya. And this was the best part to listen yang buat hati mak berbunga-bunga. Bermula dengan cikgu bertanya dulu mak ni kerja ke.. Pastu mak pun ceritalah, berhenti bila dapat anak (Fawwaz). Lepas tu duduk oversea, etc etc.. Niatnya biar cikgu2 tahu background Fawwaz serba sedikit. Dan pastinya, orang akan relate duduk luar negeri tu dengan speaking London Fawwaz tu.. Cepat2 mak cakap, bukan pasal duk luar negeri, tapi kartun Disney tu.. Dan sebenarnya bukan semua budak yang tengok katun Disney akan cakap English... Special Fawwaz ni.. hihi.

Cikgu cakap adanya Fawwaz ni menceriakan kelas. Sebab bahasa dia tu lah.. Cikgu pun kena cakap English la kot.. Sampaikan nak baca buku cerita BM pun, Fawwaz sampuk dalam English. "Ah sudahh..." kata cikgu yang pernah sembang dengan mak minggu lepas. Lepas tu, cikgu cakap Fawwaz sebenarnya dah naik kelas. Dari kelas D, dah upgraded. Selain tu, dah boleh tulis nama sendiri.. Ini yg buat mak paling suka dengar, sebab kat rumah langsung tak tunjuk talent. Walau kalau nak tulis tu, cikgu kena sebut huruf2 nya dulu.. Cikgu cakap, Fawwaz pandai... Aduhh, nak pengsan mak! Harap2 cikgu dapat mencongkil lebih banyak bakatnya.. In shaa Allah. Mak akan doakan sebanyak2 nya... Amin.

Macam yang selalu saya kata, kalau ada anak istimewa ni, setiap peningkatan walau sekecil mana pun, akan membuat hati mak ni kembang-kuncup. Gembira sangat.. Jadi, sentiasalah berfikiran positif. Walau adakala, akan terusik juga jiwa ni terutama bila memikir masa depannya..





  


SPEECH THERAPY (ST)

Hari Khamis kelmarin masa sesi ST di hospital pun mak dah teruja. Selain kesabarannya menunggu giliran tanpa berganjak dari tempat duduk, response nya pada sesi tersebut pun baik. Kali ni adalah dalam bentuk penguasaan cerita "cause and effect" dan jalan cerita menggunakan perkataan "first, next, then & finally". Cuma kalau boleh, therapist kena lebih pandai cipta suasana atau mahir bahasa yg Fawwaz guna tu.. Mak pulak rasa nak menyampuk-nyampuk kat sebelah. Mak bayangkan kalau Wardina jadi speech therapist, mesti Fawwaz lebih teruja... kikiki.

Memang kadang-kadang mak gelak bila ada Fawwaz ni. Pak long, Pak Tam, mbah, dan lain2 semua kena sama speaking dengan Fawwaz. Pak Long & Pak Tam kat Kedah ni jumpa Fawwaz je keluar kemahiran bahasa dorang..hihihi. Cikgu2 dari zaman duk KL dulu sampai la di Kedah ni, semua kena tukar bahasa bila cakap dengan Fawwaz. Kadang mak yang dengar ni tergelak dalam hati.. Mak pun kalau takde Fawwaz ni, mesti dah lupa bahasa penghantaran masa belajar dan kerja ni. Duk cakap merapu je. So, mind your language ya... tak pun terpaksa melatah Oh! My English... :D

Kesimpulannya, bercakap pasal Fawwaz memang sangat menghiburkan. Namun mak ni masih duk gali-gali juga apa sebenarnya kebolehan dia. Yang nampak sekarang, dia pandai melukis benda kecik2 dengan ekspresi muka dan mata. Cute! Tapi tak bagi kita tengok. Kalau kita jenguk2, dia akan padam doodle board merahnya tu...

 Di meja ST... berjaya selesaikan gambar

Kad cause & effect.. sebenarnya dia lebih kepada cipta situasi ikut suka dia, bukan ikut cerita sebenar.. hehehe

Ini pulak terapi umi untuk Fawwaz, belajar dari group AM... macam2 cara nak suruh dia pegang pensil dengan betul...

Mak pun nak menepek kat sini lah... :P

Tuesday, January 21, 2014

Ajar dan Fahami..

Gambar ihsan Google

Masih belum terlaksana misi mak ni nak hantar Fawwaz ke Akademi Autisme Kedah tu.. Borang semua dah isi, tinggal nak photostat dan submit je. Tapi yg lebih penting, green light en abi. Selagi abi diam je memang umi tak boleh nak buat apa2 atau umi main redah je. Takpelah, abi mungkin kena ambil masa untuk digest apa sebenarnya fokus pendidikan khas utk budak2 autisme ni. Nak hantar ke sekolah agama, memang belum nampak keupayaannya. Bimbang menjadi stress para pengajar, belum kira budaknya lagi.

So, apa yang boleh mak ni buat ialah masukkan sikit2 ilmu yang ada secara santai dan tak mendesak. Selain banyakkan bertanya itu dan ini supaya dia bercakap. Tanyakan apa yang dia belajar di sekolah. Selalunya memang tak faham pun... hehehe. Tapi kita kenalah belajar juga bahasa kanak2 macam ni. Contoh bila dia bercerita dan kita tak faham sangat, ambik ayat2 mana yang kita boleh tangkap dan ulang balik ayat2 tu pada dia. Kalau betul, dia akan kata 'yes'.. tapi kalau salah, cepat je jawabnya 'no'.

Semalam mak ajar dia tentang rasa.. suruh dia rasa gula dan garam. Rasa gula manis dan garam masin.. gula is sugar and sweet.. garam is salt and it's salty.  Hahaha... memang kena ajar dwi language. Tapi dia nampak seronok dengan sesi tu. Kemudian ajar perkara2 lain pula. Doa, hafalan surah pendek, selawat... itu yg paling mudah nak ajar secara santai atau sebagai pertukaran jika dia nak susu. Bacaan hafalannya walau Al Fatihah masih tak tentu sebutan lagi, begitu juga surah 3 Kul. Tapi dia dikira hafal.. Nak brush lidah dia tu asyik lupa je.. kurang kerjasama pun ada.

Tadi pagi, sambil menyarungkan uniform di dalam kereta, mak bacakan doa Robbish rohli.. tiup di mukanya. Lepas tu suruh dia ikut berselawat.. Alhamdulillah, mood nya baik untuk ikut. Kadang2 dia akan cakap "I don't want Allahumma...!" Huhuhu... moga2 Allah lembutkan hati anak ini. Dan yang pasti, walau perlahan dan hanya perkara2 baru yang kecil dilakukan, hati mak ni akan berbunga2 kegembiraan. Mungkin perasaan ni hanya kami parents kepada anak2 istimewa ni lebih merasanya sebab budak2 normal seusia dah jauh ke depan. Hanya pengucapan "good morning mom!" pun mak ni dah tersengih2... Syukur ya Allah... :)

P/S:
Ada satu situasi di satu petang di Ikea.. hari Jumaat lepas. Taulah petang, cuti umum pulak tu.. Ikea takkan kosong punya. Berpusing2 cari parking tak dapat. Akhirnya mak cakap "Fawwaz, baca bismillah...". Maka Fawwaz pun ucaplah Bismillahirrahmanirrahim dengan pelatnya.. Miracle la.. masa tu juga ada orang berjalan ke keretanya, nak keluar.. betul2 depan kami. Alhamdulillah... memang doanya makbul. Abi pun mengangguk bila umi cakap. Jadi, kita ni selalulah ajar anak2 yg suci lagi tu berdoa untuk kita...


Monday, January 20, 2014

Gatalnya Kulitku...

Musim kering di Jitra ni.. Pagi2 kalau pukul 6 tu, angin akan menderu2 kat luar tu. Berbunyi-bunyi.. Daun-daun pokok kat dusun dan kebun getah depan rumah akan bergeser-geser.. Bunyinya agak menakutkan. Rasa macam nak melayang semua benda. Dan akak selalu bimbangkan rumah2 kongsi projek rumah Darulaman Realty tu melayang juga... lebih kurang 100 meter je dari rumah akak.. huhu.

Apa yang meresahkan sekarang ni ialah keadaan akak sendiri. Kulit pun mengering sama.. bersisik dan gatal mengerenyam. Tapi kalau dah start menggaru tu... perghh nikmat! Pastu tau-tau pedih sana sini.. Kalau setakat losyen tu, memang tak jalan. Dah letak minyak zaitun kat toilet, tapi asyik lupa je nak sapu kalau lepas mandi tu. Namanya otak tak pernah store apa yang dirancang..

Dalam seminggu ni adalah akak survey produk kecantikan & kesihatan kat kedai. Ingat nak cari minuman yang boleh merawat dari dalam. Kolagen ka... stem cell ka.. Konon nak pulihkan kelembapan kulit, jeragat, kurangkan rambut gugur, kuatkan kuku, dan macam2 lah. All in one kaedahnya.. Memang banyak kan. Dari murah ke yang paling mahal dan meletop di pasaran.

Tapi bila belek satu persatu, akak jadi ragu2 dengan logo halal dorang. Entah macam2 logo ada.. Tapi jarang yang ada logo halal Jakim. Jadi, akak bagitaulah penjual yang rasanya mostly tak berapa ambil berat. Asal produk bumi je, halal... Terus mati usaha akak kat situ. Tanggung jelah masalah kulit akak ni... Nak minum air kosong banyak2 pun tak lalu. Letih terkucil je nanti.

Terus teringat kat satu produk X yang pernah membantu masalah kulit akak dulu.. Masa tu lagi dahsyat kejadiannya. Dahlah duk kat Singapura. Kos perubatannya mahal. Balik Malaysia consumed produk X, Alhamdulillah baik. Tapi la ni tak berani nak guna sebab sesuatu.. Walau dah baik dari gatal yg seumpama eczema tu, masalah kulit kering ni takde baiknya. On n off jadi kegatalan. Dan selalunya cuma kat permukaan kaki ni. Garuk... garukk.. mmmm.


Thursday, January 16, 2014

Anakku OKU

Hari ni akak sibuk sikit.. Dari pagi keluar masuk gate. Ditambah dengan menyiapkan tempahan kek. Dari tengahari sampai masa tulis ni belum siap sepenuhnya. Sebiji je tu... huhuhu.  Bukan apa, sambil baking, tengok cerita sinetron terus cerita Filipina... layan anak makan, minum, mandi, shishi, etc. Banyak acara selingan kalau baking tu.. Abe balik pun akak sapa ala kadar je. Mujur juga sempat hulurkan air segelas air mango sebelum dia keluar semula.

Dalam tu jiwa agak kacau.. Bila membelek kad OKU berwarna pink yang baru diterima tengahari tadi dari Pejabat Kebajikan Masyarakat. Sebelum ni, walau akak dah beberapa keluar masuk pejabat tu untuk urusan kad, perasaan tu tak muncul lagi. Malah mak ni rasa bersemangat... demi kebajikan dan masa depan Fawwaz.


Tapi, jiwa ibu mana tak meruntun-runtun tatkala menatap kad tu. Anak yang membesar di depan mata sebagai normal dan sihat, jarang sakit maupun demam, cerdik IT, berbahasa Inggeris sebab gemarkan kartun English, dll... kini disahkan OKU.  Dalam kategori masalah pembelajaran. Bila tunjuk pada abinya, dia pun terdiam. Tak tahu apa yang difikir. Namun jangan salah tafsir. Tidaklah mak ni memandang rendah pada insan2 OKU... Merekalah insan istimewa dipilih Allah untuk diuji... MasyaAllah. Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya. Semoga Allah kurniakan kesabaran juga buat ibu yang serba kekurangan dan lemah ini... Aamiin.

Gaya notti, gambar terkini merayukan susu secawan... Sebenarnya sambil2 umi nak establish eye contact nya.. Kanak2 autis memang lemah dalam soal eye contact..

Masa baby comel dan tembam... tapi kuat meragam. Masa ni segala skill masih mengikut yang sewajarnya..

Aktiviti berenang yang dah terhenti sekembali dari Bahrain.. Abi pun dah takda masa nak bawa ke swimming pool.. Berenang sebenarnya amat baik untuk terapi dia..

Nak sekolah mesti breakfast dulu.. Inilah yang mampu umi buat setakat ni. Menjaga kebajikan perut Fawwaz... :)

Kadangkala mak ni tak berapa nak kuat.. Mengharap sokongan dan galakan insan2 sekeliling terutama family. Seringkali juga merasa sendirian terutama dalam membuat keputusan dan proses pemulihan.. Yang betul2 faham dan menyokong masing2 duduknya amat jauh dari sini.. Namun syukurlah, walau jauh, masih boleh berhubung dan bercerita dengan makcik2 pendorong kuat akak. Sentiasa memikirkan tentang Fawwaz. Dan yang penting, kebergantungan kita kepada Allah. Letakkan sepenuhnya harapan kita padaNya. Kerana hanya Dia yang maha berkuasa atas segalanya..

Ya Allah... aku tidak mampu meminta yang banyak dari Mu. Kau lindungilah anakku di dunia dan akhirat.. Semoga kami sama-sama layak menjadi penghuni syurgaMu.. Aamiin.


Saturday, January 11, 2014

Rumahku... dan Kegusaranku

Diam tak diam dah 3 Sabtu akak pindah ke rumah baru ni.. Alhamdulillah, rasa tenang. Fawwaz pun takde sebut-sebut rumah sewa lama tu. Setakat ni banyak juga benda masih belum settled. Belum ada perabot masuk melainkan yang built in dan home office tempat akak duduk sekarang ni. Takde meja makan, sofa, katil bagai.. Semua dah letgo masa nak pindah hari tu. Belum ada masa sesuai nak melawat kedai perabot. Hari tu ada juga melawat Fella Design.. melawat je lahh kikiki. Tapi... macam best pulak macam ni. Lapang sikit sebab rumah akak ni comel je... Paling seronok bab nak menyapu. Kejap je dah siap... ehehhh.

Rumah kami ni satu2nya rumah yang dah berdiri di kawasan lot2 tanah milik asal Darulaman Realty. Bila entah jiran2 lain nak mai buat rumah dorang tu. Banyak kenderaan lalu yang lalang melawat kawasan, tapi takde pulak kenderaan lori bawa alat binaan masuk huhu. Ramai juga yang mengesahkan kesunyian akak di sini, terutama bila abe takda. Tapi sebenarnya, tak rasa apa2 pun bila dah kat dalam rumah. Ditambah suara TV, Radio.. suara Fawwaz yang semakin kuat bercakap, dan angin Timoq yang tengah hebat menderu-deru menerjah udara. Bergeser-geser daun pokok kat keliling tu. Berbunyi-bunyi blinds kat tingkap tu.

Pagi ni je akak duk perhati ada sebuah kereta dah masuk 3 kali kot (akak pun bukan sentiasa kat meja ni...).. Kereta kelisa dengan seorang lelaki yang duk angkut bahan buangan dan dibuang ke tanah lot yang paling hujung tu. Dah jadi tempat pembuangan sampah tempat tu. Kadang orang buang sampah, kadang orang kutip sampah... tapi takde lori sampah dari majlis bandaran setakat ni. 

jadi papparazi di sebalik tingkap...  :P
Rumah kami masih menunggu kelulusan CF, baru boleh mengatur hal pengutipan sampah. Tapi tak pernah tergamak nak buang sampah ke situ. Kami akan buang ke tempat yang ada tong sampah kat tepi jalan. Kadang sampai ke pekan tu bawaknya. Mana yang jumpa dulu.. Even masa kontraktor bina rumah ni, abe dah pesan jangan buang sisa bahan binaan kat tempat orang2 tu selalu buang (tanah hujung tu). Carilah tempat buangan yang sesuai. Masa penduduk2 rumah fasa baru di sebelah ni baru dapat kunci dan pindah beramai2, lagilah selalu orang buat shortcut buang sampah kat situ. Bukan setakat kotak2, tilam pun ada.. Abe pun pernah sound budak2 yang buang bagi pihak mak bapak.

Kesimpulan akak, negara kita dan rakyat2 ni masih lemah dalam pengurusan sampah. Kesedaran sivik rendah dalam bab2 sampah. Masih tahap dunia ke-3. Kalau duk tanah sendiri yang jauh dari pandangan orang macam rumah kami di kampung dan tepi kebun tu takdelah kisahnya. Private property lagi luas. Ni di kawasan perumahan dengan penduduk yang akak agak berduit dan berpendidikan pun sama je mentaliti. Ye lah, kalau tak, mampu ke nak beli rumah semi-D yang bernilai lebih RM400K tu. La ni dah naik harga ke RM600K tau... Tapi penduduk buang sampah merata... hampeh. Marah dan keciwa akak memikirkannya.

Sembang kat sini pun tada guna kan kalau tak bertindak.. hehe. Nantilah, tengah nak fikir apa patut dibuat. Dan bukanlah pasal sampah saja yang kami fikir kat rumah baru ni.. tapi 'baja organik' tinggalan sang lembu entah kerbau kat jalan depan rumah ni. Lombu nyo tak pernah nampak. Taik nyo merato.. adohh. Tapi den lagi sakit mato tengok orang buang sampah tu...

Sorrylah... letak pemandangan jelik kat sini.. ;)


Friday, January 3, 2014

Sesi Persekolahan Baru

Alhamdulillah... dah masuk hari kedua hari ni. Persekolahan Fawwaz di tempat baru. Sekolah baru bernama SK Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) yang terletak di pekan Jitra. Terpaksa bertukar sekolah, dari SK Darulaman Heights yang cuma 2km jaraknya dari rumah ke SKSAT yang lebih kurang 7km. Sebabnya, nak mencari sekolah terbaik dan lebih berpengalaman dalam menyediakan kelas pendidikan khas (PKI). Target umi dan abi biarlah Fawwaz lebih seronok dan selesa belajar. Walau murid2 PKI di situ agak ramai iaitu 50 orang dengan 11 guru. Kalau dalam setahun ada perkembangan yang baik padanya, InsyaAllah cadangnya akan kembali ke sekolah lama. Sekolah lama baru memulakan PKI tahun ni dan kami memilih untuk tidak ke situ.

Sekolah barunya ni mengikut abi adalah antara sekolah yang terlama di sini. agak besar. Nampak lengkap dengan pelbagai kemudahan. Cantik dan bersih. Tengok suasan kantin pun makcik boleh terpegun. Setiap meja diletakkan maklumat bergambar. Pencapaian UPSR tahun lepas pun bagus dengan 50 pelajar mendapat 5A.

OK la... berbalik cerita Fawwaz di sekolah. Macam selalu, bangun je tidur doanya ialah "no skolah". Tapi setakat 2 hari ni, mak berjaya juga bawa dia ke sekolah. Sempat sarapan dan membawa bekal. Pakai baju bila dah sampai sekolah huhu... Semalam bagi juga duit belanja, tapi abi kata tak payah. Bagi je bekal.. Bukan apa, dia pun jenis memilih dan tak makan sebarangan. Mak ni je yang tau apa dia suka. Setakat 2 hari ni nampak gaya dia minum susu Dutch Lady yang dibekalkan dan tadi sosej je dia makan.

Balik sekolah, gumbira dan macam2 ceritanya. Mak ni terpaksa ulang2 ayat dia sambil tanya balik. Memang kalau bukan mak sendiri susah nak faham... hehehe! Macam tadi, dia cakap ada story telling kat sekolah. Pasal frog dengan snake.

Jadi, mak tanyalah.."snake eats frog ke..?"
"no.. no no... " jawabnya. Pastu dia bercerita laju...tak paham mak.
Alih2 ada pulak shark kat cerita tu...
"Frog thank you shark.."
"aaa.... frog and shark are friends? Shark save the frog... ye?" (save from the snake, the frog eater..:P)
"Yes...." katanya. Haahaha....

Cool je cik mat. Tak payah bertunggu pun.. Serah kat cikgu je..

Kita minum dulu... :D